27 Januari 2011

Daging Black Pepper

Assalamualaikum :D
Pertama kali saya mencuba resepi daripada umah Kak Nor (Secubit Garam) iaitu Daging Black Pepper. Saya cuma tambah bawang besar dan carrot, yang lain ikut resepi asal sepertimana mengikut resepi Kak Nor (Secubit Garam)  Terima kasih Kak Nor sedap resepi Daging Black Pepper Ni... Muaaaahhhhhhh!!!

DAGING BLACK PEPPER
Sumber : Kak Nor 
Dicuba Oleh : LinRosly

Bahan2:-
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
½ sudu garam halus dan 1/2 sb gula
-  minyak utk menggoreng


Cara2:-
1.Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan     toskan selama satu jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

2.Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada

3.Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjuk ajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4.Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram.

5.Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


12 ulasan:

  1. wah sedapnya daging ni kak...saya suka black pepper ni selalu juga msk mcm ni..tapi nampak kak lin msk ni sungguh menyelerakan...baru jer sudah mkn ni terasa lapar blk...hehe

    BalasPadam
  2. saya suka ni daging blackpepper....ish nak kena p b'fast nih..lapar pulak tengok gambar ni

    BalasPadam
  3. salam lin, oo buat daging bp ya..tak ajak akak makan sorang hehe.. mekasih ya sudi cuba :)

    BalasPadam
  4. ohh feberet saya jugak ni kak leen....... mesti berasap2 telinga tapi bukan pedas.. tapi hangat.. heeee...

    BalasPadam
  5. kak lin..
    wah..wah....daging tu...
    terbaik

    BalasPadam
  6. Nieza > Mmg Sedap Pun Daging Black Pepper Ni...Satu Hari Nanti Nak Cuba Resepi Masakan Nieza...

    BalasPadam
  7. Zarin > Bila Tgk Sahabat2 Nya Block Yg Rajin Masak Ni Kak Lin Pun Terasa Lapar...

    BalasPadam
  8. Kak Nor > Walaikumsalam...

    Hehehehe Sajer Tak Nak Beritahu Kak Nor...Biar Kak Nor Tau Sendiri....Kihkihkih....Sedap! Kak Nor...Terimakasih Kembali...

    BalasPadam
  9. Madiha > Betul3 Sedap Makan Panas2

    BalasPadam
  10. CitaRasa Rinduan > Terima kasih Ayu...

    BalasPadam
  11. Salam ziarah petang, sedapnya nampak daging goreng black paper k.lin...dah lama tak buat..kalau makan dengan nasi panas2 sedap ni..

    BalasPadam
  12. Adiwieyah > Walaikumsalam...Terima kasih...mmg sedap resepi dari Kak Nor ni ubah2 selera...

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...