31 Julai 2012

Puding Warna-Warni

Assalamualaikum :D
Semalam Kak Lin mencuba resepi Puding Warna-Warni dari buku Resepi Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi tak tahulah jadi ke tidak, itu Kak Liza jer yang dapat menilaikannya...hik3. Mungkin belang warnanya tu tak sama dengan yang Kak Liza buat... janji rasanya sedap pasti habis!

PUDING WARNA-WARNI
Sumber : Chef Hanieliza 1Hari 1Resepi
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan A:
10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
2 cawan gula halus
Bahan B:
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
Bahan C:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu makan air suam
Bahan D:
Pewarna merah dan hijau


Cara2:
1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula halus hingga hancur
2. Bancuhkan bahan B
3. Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga sedikit pekat
4. Asingkan adunan kepada 4 mangkuk
5. Masukkan bancuhan bahan C (Nescafe) ke dalam satu mangkuk
6. Masukkan pewarna hijau ke dalam satu mangkuk dan kacau rata
7. Kemudian masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau rata
8. Biarkan satu bahagian pada warna asal (kuning kastad)
9. Lapiskan perlahan-lahan adunan Nescafe ke dalam acuan berselang seli dengan adunan warna merah, hujau dan juga adunan kastad.
10. Biarkan adunan keras sebentar
11. Sejukkan di dalam peti sejuk dan boleh dipotong
12. Sedia untuk dihidangkan.



26 ulasan:

  1. As salam Lin, menarik dan bahan bahan pun simple. Dpt banyak tak? Guna loyang saiz apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Azie,
      Dapat banyak jugalah...Kak Lin guna loyang 8" x 8"
      sedap rasanya...

      Padam
  2. ASsalam kak lin , cantik dah belang2 tu kak, rasanya mesti sedapkan sebab ada susu cair tu..yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Rosa,
      Rasanya mmg sedap...sebab ada kastad dan susu cair...

      Padam
  3. asslm Kak Lin...wah pepagi bulan posa ni nmpk puding belang2 lak...ni yg xberkelip2 mata nk tgk ni..hehe..kecur tgk...cantik la puding tu...rasanye tu tentu sedap...senang nti nk cuba jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Qasey Honey Cayang,
      Bahaya kalau sampai mata tak berkelip tu...silap2 nanti kena oprate pulak..kih3 Mintak2 dijauhkan semoga mata kita terang hingga ke akhir hayat...amin..

      Padam
  4. As'salam Kak lin

    kalau diruamh kuih2 yang biasa buat anak2 kurang makan dah. Tapi dalam bulan pausa ni dessert2lah yang paling laju habisnya. terang kaler puding tu, pastilah sedap kalau dah resepi dari chef liza tu kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walakumsalam CT Delima,
      Mmg sedap resepi puding Kak Liza ni cuma warnanya tu terang menderang sbb terlebih letak warna...

      Padam
  5. assalamualaikum kka linnn
    wiii suke la puding gini. ada tepung kastard wangiii gitu. ank2 saya suke kaamain puding gini.insyaAllah nak try jugak buat. tq kak lin sudi share resepi akk liza ni. kak lin nka karipap frozen ke? akk duduk kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Izah Cayang,
      Terima kasih kembali, Pasal karipap frozen tu Kak Lin dah mesej Izah kat FB. Kak Lin duk di Batu Pahat, Johor.

      Padam
  6. Assalam Kak Lin, sedapnya puding warna warni lagi tu...saya pun suka mkn puding kalau bln puasa ni:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nieza Cayang,
      Betul3 dibulan puasa ni mmg sedap makan puding bila berbuka...

      Padam
  7. salam syg kak lin..
    akk dh kira jadi la tue..zila tgk perfct jew..x der yg x lawa pun..nampak ayu jew..klu dapat sepotong tue.waalllaaa bestnya..leh try jgk nnt kak..bahan2 pun simple ..thnks share resepi kak:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Zila Cayang,
      Sama2 kasih...kan kita berblog utk share2 resepi...amal jariah di zaman cyber...hik3

      Padam
  8. Assalamualaikum Kak Lin,
    cantik dan menarik puding akak ni, tq sudi berkongsi resepi..leh cuba ni...bln puasa ni mmng sedap makan puding2 mcm ni...kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Yati Cayang,
      Cantik ke? dah mcm belang apa dah...terang menderang mcm warna pelangi...sedap laju jer bila masuk mulut...:)

      Padam
  9. Salam K.Lin.menarik puding warna warni k.Lin ini.
    mmg sesuai utk berbuka...manis dan sejuk....sedapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Mama Cayang,
      Mmg sedap puding ni..lembut jer..Kak Lin suka...jap jer dah licin...

      Padam
  10. Assalamualaikum kak Lin cayang!!

    sihat ke kak?? Wah meriahnya bila masuk sini..puding
    akak pun happening gitu..cantik warna nya...sesuai utk
    berbuka nanti buat penyejuk tekat sangat elok tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nur Cayang,
      Alhamdulilah sihat....sihat org tualaaa katakan hahaha, Betul tu Nur buat penyejuk tekak yg kekeringan setelah sepanjang hari berpuasa...selain dari mendapat pahala puasa, begitu banyak nikmat yg Allah berikan untuk kita...Alhamdulilah :)

      Padam
  11. Assalamualaikum kak linn...
    wah2, meriahnyer puding tuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Tun Cayang,
      Dibulan puasa ni kena meriah2 sikit....kalau nnt tak berseri...kwang3

      Padam
  12. salam k.Lin..cantiknya puding berwarna warni..nambah selera tuk mkn.

    KakLin....atie jual barang yerrrrr:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Atie,
      Terima kasih...Kak Lin beli...:D

      Padam
  13. salam kenal kak Lin,
    cantekk puding ni..lagu ni mengingatkan saya pd ramadhan tahun 1998 masa kat kolej dulu..rindu pulak pd sdahabat2 lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga daripada Kak Lin,
      Terima kasih sudi berkunjung ke sini dan sudi follow blog Kak Lin..
      Mestilah rindu kalau lama tak berjumpa dgn sahabat2 lama...

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...