15 Ogos 2012

Ikan Cencaru Bakar Dgn Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum :D
Iftar hari ini Kak Lin memasak simple2 jer...sebab projek membuat biskut raya sudah bermula...jadi hari ni Kak Lin hanya masak sawi putih masak lemak, sambal goreng, ayam goreng dan ikan bakar.  Cerita pasal ikan bakar ni, Kak Lin bakar ikan ni menggunakan Pemanggang Ajaib yang Kak Lin beli dari SINI . Ok juga Pemanggang ni tak melekat dan rasa ikannya pun sedap. Promotelaaa...pulak hik3

IKAN CENCARU BAKAR
Resepi : LinRosly


Bahan2:-
2 ekor ikan cencaru
3 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
Garam dan serbuk kunyit

Cara2:-
1. Tumbuk bawang putih kemudian lumur pada ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Perap lebih kurang sejam atau lebih.
2. Kemudian balut ikan dengan daun kunyit dan bakar sehingga masak.
3. Sedia untuk dimakan dengan pencicah.


Bahan Pencicah:-
5 tangkai cili padi - dihiris
1/2 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
2 biji limau kasturi
Kicap manis secukupnya

Cara2:-
1. Bahan yang dihiris dan didadu dimasukkan kedalam mangkuk kemudian perah limau  kasturi  dan masukkan kicap. Sedia dimakan dengan ikan bakar.


10 ulasan:

  1. salam syg kak lin
    klu dh ada pemanggang tue mmg mudah la keja kan kak..aritu zila ada jgk tgok2..tp x beli lg:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam sayang Zila,
      Mmg mudah kerja Kak Lin,
      Bersih dapur Kak Lin,
      Hehehe

      Padam
  2. Assalam kak lin, sedapnya ikan cencaru bakar, ratah2 cicah sambal kicap memang mables, memang bagus pemanggang ajaib ni kan, bonda saya guna ni juga nak bakar2 walaupun dok kampung heheh.

    Selamat hari raya kak lin dan selamat mengukis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Rosa Syg :D
      Pemanggang ni buka utk org Bandar, Org kg pun boleh pakai gak,
      Senang, Mudah, Bersih..
      Hehehe

      Padam
  3. Salam Kak Lin...dah rasmi la pemanggang tu ya.Nampak sedap ikan cencaru bakar tu & terima kasih jg tolong promote juge:D

    Seronok sembang dgn Kak Lin semlm...ceria jer orgnya.

    Dikesempatan ini atie ingin memohon kemaafan andai sepjg akak mengenali atie ada silap & salah atie pd akak.

    Selamat hari raya kpd akak sekluarga..raya kat Johor la ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Atie Syg :D
      Selamat Hari Raya Aidilfitri
      Maaf Zahir Batin..

      Tak ada salahnya Atie pada Kak Lin...apa2 pun Kak Lin sedia memaafkan jikalau ada salah dah silap.

      Kak Lin beraya di Johor suami Kak Lin pun org Johor.

      Padam
  4. sedap tu cencaru bakar..
    wahhh..senang keje ada pemanggang tu kan kak..
    mas pun nak beli juga nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple jer Mas cencaru bakar jer..
      senang dgn pemanggang ni bolehlah Mas beli yer..

      Padam
  5. Slmt menyambut hariraya Aidilfitri buat k.Lin sekeluarga .mohon maaf jika ada salah silap.
    senang ada pemanggang gini...senang bila2 nak mkn ikan bakar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Mama..Kak Lin juga ingin mengucapkan
      Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Mama sekeluarga..
      selalu makan masakan bakar2 ni kurang kolestrol,
      hehehe

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...