13 September 2012

Ayam Goreng Tomyam

Assalamualaikum :D
Alhamdulilah hari ni Kak Lin nak kongsi resepi daripada Chef Hanieliza melalui buku 1 hari 1 resepi iaitu Ayam Goreng Tomyam, senang dimasak, sedap dimakan! janji semua bahan ada kat rumah....Hehehehe. Kak Lin hanya tinggal dengan suami jer, jadi Kak Lin masak pun cukuplah sekadar untuk makan berdua.

AYAM GORENG TOMYAM
Sumber : Chef Hanieliza
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan A:-
300 gram isi ayam *dipotong nipis
1 batang serai *diketuk
1 sudu makan pes tomyam
5 biji limau kasturi *diambil airnya
1 pokok daun ketumbar *dipotong kecil 
(Kak Lin tk bubuh sbb tk suka bau daun ketumbar)
1 sudu teh minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Hiris:-
5 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci halia
2 labu bawang besar


Cara:-
1. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan serai yang sudah diketuk.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3.Tutup api dan masukkan air perahan limau kesturi yang sudah dibancuh dengan pes tomyam dan daun ketumbar.  Kacau sehingga rata.
4. Hidangkan dengan nasi.


20 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak..
    sedap plak nampak ayam goreng tomyam ni.. cukup la tu kalau berdua.. kalau nani ni, tak cukup ler kak.. ber5.. hehee:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nani :D
      Masa anak2 ada kat rumah mmg Kak Lin masak lebih, itu pun kadang2 tk cukup.

      Padam
  2. Salam kak LIn....mesti sedap ni sbb ada rasa2 kemasaman limau & paste tomyam tu.Mkn lak ngna nasi panas2..nambah2 nasikkk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Atie :D
      Memang sedap...masam2 manis..

      Padam
  3. Salam k.Lin.ada lauk ayam juga rumah k.Lin....jom kita tukar pinggan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Mama :D
      Kalau kita berjiran seronok tukar2 masakan ni..

      Padam
  4. Salam kak lin! sedapnyaaaa! dah terbau bau tom yum tgk ayam akak nii, nanti nak cubalah, mcm best pulak :D meskaeh kongsi :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Ija :D
      Boleh kalau nak cuba, Kak Lin pun mencuba resepi dari Kak Liza..

      Padam
  5. kak lin cayang sedapnya kak ,tapikan kat umah saya kalau isi ayam susah bebenor nak laku budak2 yg yg part tulang2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer mmg betul...biasanya budak2 mmg suka yg ada tulang2 ayam tu...tapi isi ayam ni bagus utk kesihatan...bahagian dada kurang kolestrol...hehehe

      Padam
  6. sedapnyer kak lin...senang pulak nak sediakan...nanti nak try jugalah...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap..simple jer. Boleh kalau nak cuba..

      Padam
  7. salam kak lin cyggg..sedapnya kak..dh terasa2 kt tekak nie..he he heee nnt zila nk cuba jgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Zila Cyggg :D
      Boleh kalau nak cuba apa salahnya...

      Padam
  8. Salam kak Lin,menu kita sama rupanya, berasaskan tom yam..pasti umphh ni!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Rohah :D
      Kalau tomyum mestilah umphh ada rasa masam2 gitu..

      Padam
  9. Assallamualaikum kak Lin..

    Kak, terasa air liur nak meleleh dari celah bibir ni. Perut tgh lapar. Ngadap blog2 yg tayang gambar2 makanan. Mana tak nak meleleh air liur ni..hehehee..

    Sedap ni. Rasa tomyam mmg best.. Suka nak ngap cam tu jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Naz :D
      Hehehehe bila ngadap blog masakan mesti meleleh erk? bahaya3..

      Padam
  10. slm Kak Lin cygg...aduh lambat pula spi ke sni...line tenet yg tenat..hhihi..

    nmpk mnarik la kak resepi ni..mesti sedap ni sbb ade rasa tomyam tu..mkn gitu pon dh sedap ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam QH Sayang :D
      Line internet mmg kadang tak ok...kat tempat Kak Lin ni linet TM tak ada yg ada line broadband celcom, maxis, digi tapi semuanya slowwww...

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...