23 Ogos 2010

Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum :D
Resepi ni daripada Majalah Saji, bila tengok resepinya ada bunga kantan mula lah teruja nak buat sebab Kak Lin suka masakan yang ada bunga kantan....resepi ni kira kenalah dengan selera Kak Lin....

SIAKAP TIGA RASA
Sumber : Majalah Saji
Dicuba Oleh : LinRosly
Bahan2:-
180 Gram Siakap
20 Gram Serai – Kisar
20 Gram Bunga Kantan – Kisar
20 Gram Bawang Merah – Kisar
5 Gram Cili Padi – Kisar
15 Gram Sos Plum
10 Gram Sos Cili
20 Gram Sos Tomato
10 Gram Sos Tiram
1 Biji Limau Nipis
5 Gram Serbuk Kunyit
- Garam Secukup Rasa


Cara2:-
Lumurkan Bersama Garam Dan Serbuk Kunyit.  Goreng Ikan Hingga Garing. Angkat Dan Letakkan Dalam Pinggan. Kemudian, Gorengkan Bawang Putih Bersama Sayur Kailan. Angkat Dan Hidangkan Bersama Ikan Tadi.
Selepas Itu Tumiskan Bahan-Bahan Yang Di Kisar Bersama Bahan Lain Untuk Membuat Sos.  Masukkan Sedikit Air Sekiranya Terlalu Pekat Dan Tambahkan Perasa Secukupnya Dengan Air Limau Nipis.
Kalau Ada Acar Buah Panaskan Dan Hiaskan Bersama Ikan Mengikut Kretiviti Masing-Masing





2 ulasan:

  1. salam kak leennnnnnnnnnnnnnn.... baru buat rumah baru tak kabor pun ye............. ni yg nak nanges nihhh..hehehee.... slmt berblog kembali kak leenn...

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam...Dah Tinggalkan Pesan....Tapi Diha Tak Perasan Kot.....Selamat Berblog...Hehehehe.

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...