25 November 2011

Soto

Assalamualaikum :D
Sudah agak lama juga Kak Lin tidak membersihkan rumah Kak Lin ni daripada sesawang. Hari ni baru Kak Lin berupaya untuk mengemasnya... Maaflah pada semua rakan-rakan blog sebab dah lama Kak Lin tak bertandang kerumah kalian. Sebenarnya Kak Lin tak ada Laptop nak mengemas rumah Kak Lin ni.. Guna PC asyik berebut dengan Cik Abang....

Baru jer duduk dia dah tunggu kat belakang! Laptop dia anak dah bawa pergi belajar.  Laptop Kak Lin pulak dah rosak.  Beberapa minggu ni dapatlah beli Laptop baru. Ni yang dapat mengemas semula!. Jom! tengok apa pula selera Kak Lin kali ini:-

SOTO
Resepi : Norazlina Nordin
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan Kuah:
2-3 Rangka Ayam
10 Pasang Kaki Ayam-Di Potong Hujung
2 Keping Dada Ayam
3 Batang Serai* Di Titik
2.5 Sm Lengkuas* Di Titik
3.5 Liter Air
3 Sudu Besar Rempah Sup
1 ½ Sudu Besar Rempah Kurma

Bahan A:
1 Batang Kayu Manis
1 Kuntum Bunga Lawang
5 Kuntum Bunga Cengkih
3 Biji Buah Pelaga

Bahan Kisar:
1 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Merah Kecil
3 Ulas Bawang Putih
5 Sm Halia
1 Sudu Teh Lada Hitam
4 Biji Buah Keras
2.5 Sm Kunyit


Bahan Kicap:-
10-15 Biji Cili Padi
2 Ulas Bawang Putih
250 Ml Kicap Manis

Bahan Bergedel:-
500 GramUbi Kentang* Di Rebus, Kupas Dan Lecek
100 Gram Bawang Merah * Di Hiris, Goreng DanTumbuk
2 Sudu Besar Hirisan Daun Sup
2 Sudu Besar Hirisan Daun Bawang
2 Sudu Teh Serbuk Ketumbar
1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
2 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih
4 Biji Telur
Minyak Untuk Mengoreng
Garam Dan Serbuk Lada Sulah secukup Rasa

Bahan Sampingan:-
Nasi Impit
Bergedel
Kacang Tanah Goreng
Suun * Goreng Dalam Minyak Panas
Taugeh * Di Celur
Bawang Goreng
Hirisan Daun Sup Dan daun Bawang


Cara2:
Untuk Kuah: Panaskan Minyak Tumis Bahan A.  Apabila Naik Bau, Masukkan Bahan Kisar,  Kacau Sehingga Terbit Minyak. Masukkan Rempah Sup Dan Rempah Kurma, Dada, Kaki Dan Rangka Ayam, Serai, Lengkuas. Bila Mendidih, Perlahankan Api Dan Renihkan Selama 45 Minit.

Keluarkan Dada Ayam, Siat Isinya. Ketepikan Kaki Dan Rangka Ayam. Untuk Bergedel: Satukan Semua Bahan, Bentukkan Bebola Dan Leperkan Sedikit, Celup Di Dalam Telur Dan Goreng Keemasan. Untuk Kicap: Tumbuk Cili Padi Dan Bawang Putih, Campurkan Dengan Kicap. Untuk Menghidang: Letak Nasi Impit Di Dalam Mangkuk. Bubuh Bahan Sampingan. Tuangkan Kuah Soto.


24 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Lin,
    waduhhhhhh terliur di buatnya tngk soto akak ni...sedap tul..

    BalasPadam
  2. Yatie > Walaikumsalam...Soto Ni Mmg Kegemaran Akak...Hari2 Makan Soto Pun Tak Jemu...Hehehe...

    BalasPadam
  3. adoooiii Lin...sekali bersihkan sawang terus kuar soto....mak aiii...sedapnya!!!!

    BalasPadam
  4. Amie > Hahahaha...Tu La Tu...Lepas Penat Bersihkan Terus Ngap Soto Jer...

    BalasPadam
  5. Aslkum K.Lin.

    Ingatkan napa lama K.Lin hilang....rupa2nya laptop rosak....
    sedapnya soto...favorit sy..wpun baru mkn..nengok soto k.Lin terliur dibuatnya.
    slmt menyambut Maal Hijrah buat k.Lin sekeluarga...

    BalasPadam
  6. aslmkum klin.. soto mmg best.. selalu mkn pun tak rasa jemu.. patutlah lama mghilang.. memberi keutamaan pd org2 yg trsyg tu lebih baik kan..

    BalasPadam
  7. Aduh kakkkk soto lama sungguh tak buat sesekali kurasa teringinnn

    BalasPadam
  8. Assalam Lin sedapnya tgk soto tu, ooo ptt la lama senyap , pas ni boleh merempit balik la heheh

    BalasPadam
  9. Salam ziarah,

    Amboi sedapnya....

    BalasPadam
  10. hurm,,,sedap ni boleh la kita cuba nti...akak asal time kita wat begedil mesti bila goreng jd lembik n hancur?tips plzzz...:)

    BalasPadam
  11. Mamasya > Walaikumsalam Mama. Soto Ni Mmg Fav Kak Lin Juga...Hari2 Kalau Boleh Nak Pekena Soto...Tapi Soto Yang Sedap Laaaa....

    "Selamat Menyambut Maal Hijrah Juga Buat Mama Sekeluarga"

    BalasPadam
  12. DZana > Walaikumsalam. Terima kasih Sudi Meninggalkan Komen Pada Akak Punya Blog. Nasib Baik Ana Tak Lupa Pada Akak. Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Chik Mimi > Bila Udah Teringin Mmg Kena Buat Dong...Barulah Lepas Idamnya...Hehehe

    BalasPadam
  14. Embun Rosliza > Walaikumsalam...Hehehehe Tak Larat Rasanya Nak Merempit...Terima kasih sudi komen di Blog Kak Lin..

    BalasPadam
  15. Ros > Terimakasih Sud Ziarah..

    BalasPadam
  16. Melor_ku > Tunggu Minyak Biar Betul2 Panas...

    BalasPadam
  17. Assalamualikum...Kak Lyn...musim-musim hujan macam ni kalau dapat makan soto panas2 sedappppp ni.....Saya kalau makan soto mesti nak ada kacang tanah goreng...sedapppppp

    BalasPadam
  18. Walaikumsalam...Mmg Sedap Lagi Kalau Kena Sambal Kicapnya Pedas...Tentu Musim Sejuk Dah Jadi Musim Panas...Hehehehe

    BalasPadam
  19. salam windu kak Lin, salam maal hijrah juga buat kak lin sekeluarga.lama tak singgah sini rupanya tak ada laptop yer kak lin...tak pe boleh rehatkan diri masa tu.dah puas rehat bolehla sapu sawang ni,.hehe

    sedapnya tgk soto tu kak tak pernah buat lagi ni..mknnya jer pernah..:)

    BalasPadam
  20. Assalam..
    Mak mertuaku rajin buat time rasa...
    Salam perkenalan. Jom singgah teratak usang..

    Uruskan Android Dari Komputer|Teratak Usang

    BalasPadam
  21. Nieza > Ada Org Rindu Pada Kak Lin? Terima kasih3..

    Semoga Persahabatan Kita Berkekalan...Amin

    BalasPadam
  22. Iza > Walaikumsalam...Kak Lin Dah Follow Teratak Usang...

    Terima kasih Sudi Singgah Di Blog Kak Lin...

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Kak Lin,

    akak sihat ke?? Lama kak Lin menghilang...rindu rasanya....soto salah satu fav Nur anak beranak...hehe...sedap tk kak resipi nie?? Boleh masuk list dulu.

    BalasPadam
  24. Nuridah > Walaikumsalam...

    Kak Lin Sihat Alhamdulilah....Sedap..Kak Lin Tak Ubah2 Ikut Resepi Sedia Ada...

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...