21 Februari 2013

Sup Ayam Pencen

Assalamualaikum :D
Apa khabar agaknya rakan-rakan blog Kak Lin yer? Harap semuanya beroleh kesihatan yang baik dan diberikan kebahagiaan yang berkekalan.  Amin....Untuk menu hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Sup Ayam Pencen.  Sup Ayam Pencen atau Sup Ayam Kampung adalah menu kegemaran Kak Lin. 

SUP AYAM PENCEN
Resepi Asal : CMG
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2nya:-
1 ekor ayam tua @ ayam pencen (lebih kurang 1 kilo)
4 biji kentang - Kak Lin tak letak
1 pokok daun sup kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya - anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas - dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" - Kak Lin tak letak

Bahan Kisar Halus:-
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
11/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca besar jintan kasar
1/2 camca besar jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

Bahan Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara2:-
1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci bersih dan rendam. Ketepikan.
2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil, Tambah ayam, gaul rata, biar ayam kecut sedikit.
3. Tuangkan air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan daun sup. Masak dengan api besar hingga mendidih kemudian kecilkan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna)  kacau dan biarkan masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
4. Rasa, jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daunsup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning.


8 ulasan:

  1. Salam kak Lin...kat sini payah nk jumpa ayam pencen,buat rendang pon sedap nih!:)

    BalasPadam
  2. Aslmkm Kak Lin Sayang. .pekabo kakakku? Hehe..lama x nyinggah..saya x prnh bli ayam pencen..hee

    BalasPadam
  3. salam kak Lin,lama betul sy tak pekena dengan ayam pencen...masa kecik2 dulu selalu sangat kami sembelih ayam sendiri/ ayam pencen..sekarang dah tak bela ayam kat kg..

    BalasPadam
  4. salam syg kak lin,
    alahaii rindu dgn akk..ayam pencen sedapnya...dh lama x makan..mak zila rajin jgk masak camne kak..

    BalasPadam
  5. salam kak leen...
    yeaaa.. kak leen dah rajin update blog.. tahniah..

    sedap tu kak.. hirup kuah & cicah ngan roti pun best kan... teringat zaman saya budak2 dulu kat kg (felda krtg) bila buat yasinan.. ada juga di kalangan tuan rumah yang sajikan menu sup ayam panas2 dicicah dengan roti keping tu.. maklumla dulu2 kan peneroka susah.. jd tak mampu le nak hidang menu yg grand2 sgt.. tak mcm sekarang.. tp masa tu kalau hidang menu tu.. memang dah rasa grand habis dah tu kalau nak dibandingkan dengan menu bihun goreng.. hehehe.. tiba2 terkenang pulak zaman budak2 tu.. yg best bila dpt ikut mak pegi yasinan.. yg ditunggu mestilah time mkn tu.. hehehe...

    p/s: sy dah buat dah kek santan resepi yang kak leen kongsikan tu.. time panas2 tu pun dah habis suku dah kami kerjakan... husband suka mkn kek yg panas2/suam2.. t.kasih kak leen..

    BalasPadam
  6. Aslmkum k.Leen
    lama baru k.Leen update blog....moga sejahtera selalu.
    sup ayam pencen....sy belum pernah masak ayam pencen....sbb selalu org ckp ayam pencen lambat masak itu yg tak pernah.

    BalasPadam
  7. assalam k.lyn
    tq sudi singgah di bolg sy tu ye
    ayam pencen kat kg banyak ekor jg he he pak sy cukup sayyang dgn ayam2 dia tu
    mesti kena rebus lama kan k.lyn ayam pencen ni tp say yessssss sedappp
    bagus lg takda bahn2 kimia kena suntik ke kan
    makan dgn bihun pun sodappp ni

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...