08 Ogos 2011

Asam Pedas Ikan Sembilang

Assalamualaikum :D
Sebenarnya Asam Pedas Ikan Sembilang Ni Memang Kegemaran Suami Dan Anak-Anak Kak Lin. Al-maklumlah Suami Kak Lin Orang Muar...Di Muar Sememangnya Terkenal Dengan Masakan Asam Pedas Ikan Sembilang Terutamanya Di Kawasan Parit Jawa Dan Jalan Jonet.  Biasanya Dalam Asam Pedas Tersebut Mereka Bubuh Kelapa Bakar, Tu Yang Ada Rasa Lemak2. Resepi Yang Kak Lin Masak Ni Lebih Kurang Jerlah Cuma Tak Bubuh Kelapa Bakar....Yang Penting Bila Suami Dan Anak-Anak Makan Habis Licin...Kira Sedaplah Tu!

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Bahan:-
2 Ekor Ikan Sembilang
20 Tangkai Cili Kering
5 Ulas Bawang Kecil
1 Labu Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
1 Inci Kunyit Hidup
1 Mangkuk Air Asam Jawa
2 Ikat Daun Kesum
2 Biji Buah Tomato
2 Mangkuk Air * Tambah Jika Tak Mencukupi
1 Sudu Kecil Gula
Sedikit Belacan
Garam Secukup Rasa


ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Cara:-
Ikan Sembilang Di Bersihkan Kemudian Di Perap Sebentar Dengan  Asam Jawa/ Perahan Limau Dan Garam. Kemudian  Di Basuh Bersih. Kisar Cili Kering, Bawang Kecil, Bawang Besar, Bawang Putih, Halia, Kunyit Dan Belacan.

Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Kisar Hingga Naik Baunya.  Masukkan  Garam, Gula, Air Asam Jawa Dan Tambah Air. Biarkan Mendidih. Masukkan Pula Ikan, Daun Kesum Dan Buah Tomato. Bila Ikan Telah Masak Bolehlah Di Hidangkan.


10 ulasan:

  1. assalam kak lin sedapppppnya,saya pulak suka menggulai heeh tapikan kak pernah makan kt luar orangnya tak pandai cuci dah masak still berbau huuhhuuh memang tak boleh telan

    BalasPadam
  2. Salam K.Lin..mmg sedap asam pedas!.cukup masamnya...cukup masinnya...ngan bau daun kesum lagik!

    BalasPadam
  3. mas suka sangat asam pedas...
    sedappnya tengokk...

    BalasPadam
  4. Salam Kak Lyn..Selamat Menyambut bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa..Asam pedas ni nampak sedapppppkecur saya di buatnya

    BalasPadam
  5. sedapppp nyaaaa.... i sukaaa.

    BalasPadam
  6. Chik Mimi > Walaikumsalam.

    Biasanya Ikan Sembilang Ni Kak Lin Rendam Dengan Garam Dan Air Asam...Lepas Tu Basuh Dan Buang Perutnya...

    Lepas Tu Perap Dgn Air Limau Nipis Dan Garam Sekali Lagi...Baru Cuci Bersih...

    BalasPadam
  7. Azatie Sayang > Walaikumsalam...

    Betul3 Kalau Secukup Rasa Sedaplah Rasanya...

    BalasPadam
  8. Mas > Mesti Makan Tak Cukup Sepinggan Kalau Jumpa Asam Pedas Kan Mas...Hehehe

    BalasPadam
  9. Sue @ Nanie > Walaikumsalam.

    Hehehehe Raya Dah Lepas Baru Nak Reply....Busylah Katakan....

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...