30 Januari 2011

Banjir Di Kg Paya Merah, Labis

L.A.P.O.R.A.N.B.A.N.J.I.R


Assalamualaikum :D
Selepas Mak Kak Lin menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi Kak Lin nak bawa Mak  balik ke Segamat tapi malangnya sebelum sampai di Lembah Bakti Tenang Station, Labis jalan raya telah dinaiki air dan diarah oleh Polis untuk berpatah balik. Hujan telah turun dengan lebatnya dari pagi tadi hingga ke petang kesihan pada mereka-mereka yang pergi mengundi.... Mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku...Hanya Allah Jer Yang Tahu....

Sampai jer di rumah Mak, Kak Lin tengok semua rumah-rumah yang berhadapan dengan rumah mak telah dinaiki air...mereka terpaksa berpindah dan menumpang dirumah saudara mara....Nasib baiklah rumah mak tak terkena banjir.....cuma setakat air lalu jer....

Inilah gambar-gambar suasana banjir di Kg Kak Lin.
  






29 Januari 2011

Coklat Oh Coklat Dan Hadiah Dari Yatie

Assalamualaikum :D
Malam ni Kak Lin nak balik Kg Di Labis....Esok Mak Kak Lin nak pergi mengundi.... Kak Lin tak terlibat dengan pilihanraya tersebut sebab DUN Tenang terima orang yg tenang jer.... Kak Lin ni jenis orang yang tak tenang..... sajer nak jadi pelawat yang tak bertauliah!!!! hahahahahaha....

COKLAT GREAT "A"
Sumber : LiLy

Kak Lin ni memang pengemar coklat...tempohari Kak Lin order coklat great A daripada Lily pagi tadi baru Kak Lin terima coklat tersebut.  Terima kasih Lily....sedappppnya..... berat badan pun bertambah kihkihkihkih... Hari ni Kak Lin tak masak apa2 pun...pagi tadi sarapan kat luar....tengahari tadi tak makan, perut masih kenyang.....malam nanti dalam perjalanan  balik rumah mak singgah mana2lah berhenti makan....Gitulah gayanya kalau tinggal berdua jer....Tak sabar nak jemput anak2 balik 1hb Februari ni....


Banyak-banyak order coklat ni bukan untuk Kak Lin seorang jer tau, tapi untuk Kak Lin sekeluarga...Okeylah sampai disini jerlah celoteh Kak Lin.... Ampun!!! jikalau ada salah dan silap.


Bunga yang cantik ni hadiah daripada Yatie kerana Followers Beliau telah genap 1000 orang...Terima kasih banyak-banyak di atas ingatan  Yatie  pada Kak Lin....Muaaaaaahhhhhhhhh...... Tahniah!!!! semoga bertambah ramai lagi rakan-rakan dan sahabat handai yang sudi ikuti blog Yatie dan juga blog rakan-rakan yang lain serta blog Kak Lin yang tak sepertinya ini.....kwang..kwang...kwang.... Dengan cara ini sahaja kita dapat mengeratkan sillaturrahim....semoga ianya akan terus berkekalan....Aminnnnn....

27 Januari 2011

Daging Black Pepper

Assalamualaikum :D
Pertama kali saya mencuba resepi daripada umah Kak Nor (Secubit Garam) iaitu Daging Black Pepper. Saya cuma tambah bawang besar dan carrot, yang lain ikut resepi asal sepertimana mengikut resepi Kak Nor (Secubit Garam)  Terima kasih Kak Nor sedap resepi Daging Black Pepper Ni... Muaaaahhhhhhh!!!

DAGING BLACK PEPPER
Sumber : Kak Nor 
Dicuba Oleh : LinRosly

Bahan2:-
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
½ sudu garam halus dan 1/2 sb gula
-  minyak utk menggoreng


Cara2:-
1.Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan     toskan selama satu jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

2.Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada

3.Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjuk ajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4.Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram.

5.Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


25 Januari 2011

Kek Lapis Seri Kaya

Assalamualaikum :D
Pada hari-hari biasa, Kak Lin tinggal berdua jer dirumah....tu yang Mr.M pun datang... kwang... kwang... kwang... tapiii baru2 ni Along ada balik cuti, Kak Lin mulalah menunjukkan kerajinannya.... Kak Lin cuba pula resepi Kek Lapis Seri Kaya yang ada dalam simpanan Kak Lin. Kak Lin ni kalau buat sesuatu mesti nak cepat memang tak boleh sabar punya....Inilah hasilnya....

KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : LinRosly

Bahan2:-
300gm tepung gandum
300 gm mentega
200 gm gula pasir
180 gm seri kaya
6 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
- sedikit pewarna merah


Cara2:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
3. Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
6. Kukus setiap lapis hingga habis.



22 Januari 2011

Muffin Pelangi

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin teringin nak buat muffin pelangi...resepi daripada koleksi buku-buku resepi Kak Lin...tak tahulah jadi ke tidak tapi inilah hasilnya....

MUFFIN PELANGI
Sumber: LinRosly

Bahan2:-
300 gram tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
165 gram air                                                          
120 gram butter                   
30 gram madu
15 gram susu tepung
2 biji telurl
½sudu teh esen vanilla
pewarna hijau, merah dan kuning


Cara:-
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan madu dan pecahkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung, susu tepung dan air secara berselang seli hingga habis.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.
5. Masukkan adunan kedalam bekas muffin dengan warna yg berselang seli.
6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

20 Januari 2011

Petola Masak Lemak

Assalamualaikum :D
Balik kerja dah penat, nak makan kat luar, malas nak keluar...... tibai jerlah apa yg ada kat rumah....hehehehe.....Petola masak lemak, makan dengan sambal belacan dan ikan masin....Nasib baiklah Cik Abang cayang tu tak kisah apa yang Kak Lin masak, dia makan jer....sedap makan banyak....tak sedap makan sikit....Petola masak lemak ni mmg sedapp....Terima kasih Kak Liza...Muaaahhhh.....Muncung tak cukup panjang nak kiss sampai pipi Kak Liza....huahuahua..

PETOLA MASAK LEMAK
Sumber: Chef Hanieliza 
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:-
2   Biji Petola
½ Batang Lobak Merah
1   Sudu Makan Udang Kering
2  Cawan Santan Pekat
1  Cawan Air
3 Ulas Bawang Merah – Di Hiris
1 Biji Cili Merah – Di Hiris
- Sedikit Kobis
- Garam Secukup Rasa


Cara2:-
1.Petola Di Buang Kulit Dan Di Hiris Nipis. Lobak Merah Dan Kobis Di Potong Kecil. Kemudian Semua Sayur Di Cuci Bersih.

2.Masukkan Kesemua Bahan Kecuali Santan Pekat Ke Dalam Periuk Dan Masak Sehingga Mendidih.

3.Masukkan Santan Dan Masak Sehingga Mendidih Sekali Lagi.  Kemudian Tutupkan Api Dan Hidangkan.


17 Januari 2011

Puding Kastard

Assalamualaikum :D
Resepi koleksi sendiri dulu pernah di poskan didalam fotopages dan sekarang Kak Lin ulang tayangkan di blog Kak Lin ni pulak yer...

PUDING KASTARD
Resepi : Koleksi Sendiri 
 Dicuba Oleh: LinRosly

Bahan A:-
2  Cawan Tepung Kastard
6 Cawan Air
½  Cawan Gula
½ Sudu Teh Garam
½ Tin Susu Cair

Bahan B:-
1 Tin Susu Cair
½  Cawan Gula
2 Cawan Air
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Sudu Tepung Kastard


Cara2:-
Masukkan Kesemua Bahan A Kedalam Periuk. Masak Dengan Api Perlahan  Dan Kacau rata Jangan Sampai Bergentel. Bila Adunan Kental Dan Berkilat Tuang Diatas Loyang Atau Acuan Kecil.
Masak Gula Dengan Air Hingga Mendidih Kemudian. Masukkan Susu Cair Dan Satu Sudu Tepung Kastard. Sejukkan.
Masukkan Buah-Buahan Campuran Kedalam Susu Cair Tadi. Akhir Sekali Masukkan Kastard Ke Dalam Mangkuk TuangkanSusu Cair Diatasnya. 



13 Januari 2011

Pengat Ubi Kayu

Assalamualaikum :D
Sebelum Balik Ke Asrama Tempohari Anakanda Puteri Nak Makan Pengat...Dia Kata Tak Kiralah Pengat Apa.....Kak Lin Terfikir Nak Masak Pengat Ubi.  Sebelum Ni Kak Lin Tak Pernah Masak Pengat Ubi  Pun Sajer Nak Cuba-Cuba.... Anak-Anak Dan Cik Abang Cayang Pun Tak Komen Apa-Apa Kira Okeylah Tu...

PENGAT UBI KAYU
Sumber : LinRosly

Bahan2:-
1 Kilo Ubi Kayu
1 ½ Mangkuk Santan
1 Buku  Gula Melaka* Ikut Manis
4 Helai Daun Pandan
½  Cawan Sagu Mata Ikan * Basuh Dan Tapis.


Cara2:-
Ubi Kayu Di Potong Kecil Dan Di Rebus.  Apabila Ubi Empuk Masukkan Santan.  Bila Santan Telah Mendidih Masukkan Sagu Mata Ikan, Daun Pandan Dan Gula.
Kacau Perlahan. Bila Masak Angkat Dan Hidangkan.

10 Januari 2011

Ikan Tiga Rasa

Assalamualaikum :D
Ikan 3 Rasa resepi daripada buku 1 hari 1 resepi daripada Kak Liza yang begitu enak dan sedap rasanya.   

IKAN TIGA RASA
Sumber : Chef Hanieliza 
Dicuba Oleh : LinRosly



Bahan A
1 ekor ikan siakap
1 sudu makan tepung jagung
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia         
minyak untuk mengoreng

Bahan B
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
1  sudu teh gula
        
Bahan C
1 tangkai daun bawang
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji buah tomato


Cara2:-
Sapukan Tepung Jagung Di Sekeliling Ikan.   Goreng Ikan Menggunakan Minyak Yang Banyak Sehingga Masak Dan Kuning Keemasan. Angkat Dan Letakkan Di Dalam Pinggan Hidangan.

Keluarkan Minyak Dan Tinggalkan Dua Sudu Makan Minyak Bagi Menumis Bahan Yang Di Hiris Sehingga Wangi.

Masukkan Bahan Sos Dan Biarkan Mendidih Kacau Rata.  Masukkan Bahan Hiasan Dan Tutup Api.  Akhir Sekali Curahkan Sos Di atas Ikan.
















08 Januari 2011

Muffin Chocolate Chips

Assalamualaikum :D
Resepi Muffin ini Kak Lin ambil daripada buku resepi Kak Lin iaitu daripada air tangan Puan Rohayati...sedap dan enak rasanya.... Kak Lin suka dengan resepi ini...

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS
Sumber : Puan Rohayati
Dicuba Oleh : LinRosly

Bahan A:-
3 Biji Telur Great A
1 Cawan Susu Segar
1 Cawan Minyak Jagung
1 Sudu Kecil Esen Vanila

Bahan B:-
3 Sudu Kecil Serbuk Penaik
2 ½ Tepung Naik Sendiri
½ Cawan Serbuk Koko

BahanC:-
1 Cawan Gula Halus
1 ½ Cawan Chocolate Chip
- Sedikit Garam


Cara2:-
Putar Bahan A Hingga Kembang. Seterusnya Ayak Bahan B Dan Campur Bersama Bahan C. Gaul Dan Ketepikan. Masukkan Bahan A Ke Dalam Bahan B Dan Gaul Hingga Sebati.  Masukkan Ke Dalam Acuan Muffin Dan Tabur Chocolate Chip.  Bakar Pada Suhu 200 Darjah Selama 15 Minit.
*Kak Lin Bakar Pada Suhu 180 Darjah Selama 20 Minit.

07 Januari 2011

Kari Ayam Special Dan Roti Jala

Assalamualaikum :D
Tempohari Kak Lin Masak Kari Ayam Special Resepi Dari Kak Ummi Utk Hidangan Tengahari. Memang Sedap Kari Ayam Special Kak Ummi Ni...Untuk Minum  Petang Pula, Kak Lin Buat Roti Jala Makan Dengan Kari Ayam Special... 
                                    
KARI AYAM SPECIAL
Resepi : Ummi Zaihadi 
Dicuba Oleh : LinRosly

Bahan2:-
1/2 Kilo Ayam (Lebihkurang 6 Ketul Sederhana Besar)
1 Paket Rempah Kari Daging/Ayam Adabi ) *Bancuh
2 Cawan Santan Pekat ) Bersama
3 Sudu Besar Cili Kering Yang Dikisar
1 Sudu Kecil Serbuk Ketumbar
2 Cawan Santan Cair
3 Sudu Besar Air Asam Jawa
2 Biji Cili Hijau - Belah
3 Biji Kentang - Belah 6
Garam Secukup Rasa


Bahan Kisar:-
5 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
2 Cm Halia
2 Cm Lengkuas
1 Biji Buah Keras


Bahan Tumis:-
1 Batang Kulit Kayu Manis
2 Kuntum Bunga Lawang
3 Kuntum Bunga Cengkih
3 Biji Buah Pelaga
3 Batang Serai - Dititik

Cara2:-
Panaskan Minyak Dan Tumis Dulu Bahan Tumis. Kacau Sebentar Dan Masukkan Bahan Kisar. Kacau Hingga Naik Bau. Masukkan Rempah Kari Bersama Santan Pekat Tadi. Kacau Dan Masukkan Cili Kisar. Masak Dengan Api Perlahan Hingga Rempah Naik Minyak. Masukkan Ayam, Gaul Rata Dan Mesra. Masak Lebihkurang 10 Minit. Masukkan Air Asam Jawa, Kentang Dan Santan Cair. Masukkan Garam Secukupnya. Biar Mendidih Dan Perlahankan Api. Bila Kuah Agak Pekat Dan Kentang Telah Lembut, Masukkan Cili Hijau Dan Tutup Api.


ROTI JALA
Resepi: Mak  
Sumber: LinRosly

Bahan2:-
3 Cawan Tepung Gandum
4 Cawan Air
1 Biji Telur
2 Sudu Besar Minyak Masak
-  Sedikit Garam
- Sedikit Pewarna Kuning
  
Cara2:-
Campurkan Tepung Bersama Garam – Gaul Rata.  Masukkan Minyak Dan Gaul Rata Kemudian Masukkan Telur Dan Air.  Masukkan Pewarna Kuning Dan Kacau Bancuhan Hingga Menjadi Cairan Tepung. -   Elak Daripada Berketul-Ketul.
Biarkan Seketika.

Panaskan Kuali Pada Api Yang Sederhana.. Jalakan Bancuhan Ini Dengan Menggunakan Acuan Roti Jala. Setiap Kali Masak, Satu Gorengan Sedia Melipat Atau Mengulungnya. Hidangkan Bersama Kari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...