10 Januari 2011

Ikan Tiga Rasa

Assalamualaikum :D
Ikan 3 Rasa resepi daripada buku 1 hari 1 resepi daripada Kak Liza yang begitu enak dan sedap rasanya.   

IKAN TIGA RASA
Sumber : Chef Hanieliza 
Dicuba Oleh : LinRosly



Bahan A
1 ekor ikan siakap
1 sudu makan tepung jagung
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia         
minyak untuk mengoreng

Bahan B
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
1  sudu teh gula
        
Bahan C
1 tangkai daun bawang
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji buah tomato


Cara2:-
Sapukan Tepung Jagung Di Sekeliling Ikan.   Goreng Ikan Menggunakan Minyak Yang Banyak Sehingga Masak Dan Kuning Keemasan. Angkat Dan Letakkan Di Dalam Pinggan Hidangan.

Keluarkan Minyak Dan Tinggalkan Dua Sudu Makan Minyak Bagi Menumis Bahan Yang Di Hiris Sehingga Wangi.

Masukkan Bahan Sos Dan Biarkan Mendidih Kacau Rata.  Masukkan Bahan Hiasan Dan Tutup Api.  Akhir Sekali Curahkan Sos Di atas Ikan.
















6 ulasan:

  1. sedap.....
    mr.mama baru nk bercita2 nk beli buku 1 hari 1 resepi tu.....insyallah....

    BalasPadam
  2. salam kak leen..

    nampak sedap ikan 3 rasa tu kak.. sy ni jarang masak ikan 3 rasa.. kalau nak masak mesti nak kene refer resepi jugak... bebila boleh cuba resepi kak liza ni..

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam....
    kak lin dah sihat? harap2 k.lin cepat2 sembuh dari sakit ye..
    windu kat k.lin gak.. :)
    sedappp ikan siakap 3 rasa tu...
    nani blom pernah try wat lagi 3 rasa..
    stock ikan kat umah tengah banyak ni..
    nak test gak wat kalau cukup bahan kat dapur nanti.. :D

    BalasPadam
  4. Mr.Mama > Beli Jg Tak Beli....

    BalasPadam
  5. MaDiHa > Sedap Resepi Kak Liza Ni...Ringkas Gitu!

    BalasPadam
  6. Jassnani > Buat Jg Tak Buat...Semalam Kak Lin Pergi Urut..Nampaknya Dah Okey...Kalau Tak, Tak Boleh Angkat Tangan Sebelah Kanan Ni...

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...