17 Mac 2012

Sup Ayam Ala Thai

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin siarkan resepi daripada CendanaKasih iaitu Sup Ayam Ala Thai, Kak Lin memang suka Sup Ayam Ala Thai ni ada rasa pedas2 dan terasa semua rempah-rempahnya. Memang sedap dan amat menyelerakan bila makan dengan nasi panas....


SUP AYAM ALA THAI
Resepi: CendanaKasih 
Dicuba Oleh:LinRosly


Bahan2:
1/2 Ekor Ayam *Dipotong Sederhana Besar 
2 Batang Serai * Dititik
2 Inci Lengkuas *Diketuk
2 Batang Saleri *Dikerat2
2 Biji Tomato * Dibelah 4
3 Batang Akar Daun Ketumbar * Kak Lin Tak Letak
6 Biji Cili Padi
1 Jag Air
- Sos Ikan
- Garam Dan Serbuk Perasa

Bahan Tumis:
2 Kuntum Bunga Lawang
5 Biji Buah Pelaga
3 Kuntum Bunga Cengkih
1 Batang Kulit Kayu Manis



Bahan Kisar:
5 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia

Bahan Serbuk:
1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Manis
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih

Bahan Hiasan:
Daun Ketumbar *Kak Lin Tak Letak
Daun Bawang
Bawang Goreng



Cara2:
Ayam  Dibuang Kulitnya (Kak Lin Tak Buang Kulit) Cuci Bersih Dan Toskan. Panaskan Sedikit Minyak Dalam Periuk Tumis Lengkuas Yang Di Ketuk, Bahan Kisar, Bahan Tumis Dan Bahan Serbuk Sampai Garing Dan Pecah Minyak.

Tuang Air Dan Masukkan Batang Saleri, Akar Ketumbar Dan Serai. Biarkan Mendidih Sekejap Dan Masukkan Ayam.  Didihkan Lagi Hingga Ayam Masak. Tambah Sos Ikan Dan Serbuk Perasa.

Akhir Sekali Masukkan Tomato Dan Cili Padi Yang Di Ketuk Dan Masak 1-2 Minit Lagi. Taburkan Hirisan Daun Ketumbar (Kak Lin Tak Letak Sebab Tak Suka), Daun Bawang Dan Bawang Goreng.



16 ulasan:

  1. salam kak.. tun pun peminat sup ayam pedas2. kalau sup x pedas n xde sambal, mesti tun mkn ngan cili padi jugal. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Tun_Telani*
      Walaikumsalam. Kak Lin pun suka makan pedas2...Kalau tk pedas Kak Lin pun tk berselera nk makan...

      Terima kasih :-)

      Padam
  2. woww nampak simple n fresh je. kengkadang kan kak lin, sup yang simple tapi bahan2 segar ni, hasil dia sedaaap sangat kan. hmm nak buat tapi lengkuas dah tumbuh kulat dah kat badan dia. haha.. tangguh dulu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. *IzahDaut*
      Alahai sup ayam ni biasa2 jer Izah, ubah2 selera dh lama tk masak...

      Padam
  3. assalam kak Lin, sedapnya tgk sup ni kak...saya suka. kalau dpt hirup kuah panasx2 ni bestnye..slurrppp..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Nieza*
      Walaikumsalam...yer Kak Lin pun suka hirup kuah sup ni...lebih2 lg kalau ditambah sambal kicap..

      Padam
  4. lama jugak tak buat sup ni... ala2 kedai tomyam gitew...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. *CendanaKasih*
      Terimakasih sudi komen...dan bg resepi sup...

      Padam
  5. xpenah lg cuba sup ala thai ni...mesti sedapkan kak...walaupon simple tp myelerakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. *QaseyHoney*
      Kak Lin sekeluarga mmg suka sup ala thai ni...ada rasa masam2 dan pedas2...

      Padam
  6. salam kak Lin..terima kasih singgah ke blog atie ya.
    Dah lama gak xmasak sup ayam ni...makan ngan nasi panas & sambal kicap.. mmg best

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Azatiesayang*
      Walaikumsalam. Sama2 kasih...Kak Lin mmg suka makan dgn sambal kicap...selera kita serupa...

      Padam
  7. Salam Kak Lyn..Ok gak idea sup ni...Tapi nampak gayanya saya kena skip cili tu..klu tak mesti anak2 tak nak makan..kena buat cili potong asinglah nampak gayanya...

    BalasPadam
  8. *Sue @ Nenie*
    Walaikumsalam. Cili potong asing pun tak apa. Budak2 ada yg tak tahan makan pedas2.

    Terima kasih :)

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...