31 Julai 2012

Puding Warna-Warni

Assalamualaikum :D
Semalam Kak Lin mencuba resepi Puding Warna-Warni dari buku Resepi Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi tak tahulah jadi ke tidak, itu Kak Liza jer yang dapat menilaikannya...hik3. Mungkin belang warnanya tu tak sama dengan yang Kak Liza buat... janji rasanya sedap pasti habis!

PUDING WARNA-WARNI
Sumber : Chef Hanieliza 1Hari 1Resepi
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan A:
10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
2 cawan gula halus
Bahan B:
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
Bahan C:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu makan air suam
Bahan D:
Pewarna merah dan hijau


Cara2:
1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula halus hingga hancur
2. Bancuhkan bahan B
3. Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga sedikit pekat
4. Asingkan adunan kepada 4 mangkuk
5. Masukkan bancuhan bahan C (Nescafe) ke dalam satu mangkuk
6. Masukkan pewarna hijau ke dalam satu mangkuk dan kacau rata
7. Kemudian masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau rata
8. Biarkan satu bahagian pada warna asal (kuning kastad)
9. Lapiskan perlahan-lahan adunan Nescafe ke dalam acuan berselang seli dengan adunan warna merah, hujau dan juga adunan kastad.
10. Biarkan adunan keras sebentar
11. Sejukkan di dalam peti sejuk dan boleh dipotong
12. Sedia untuk dihidangkan.



28 Julai 2012

Masak Lemak Udang - Azza Elite

Assalamualaikum :D
Hari ini Kak Lin nak kongsi resepi daripada Azza Elite dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan baru-baru ini... Resepinya Masak Lemak Udang.  Aduhai! dah berapa hari ni asyik makan lemak-lemak jer.... bertambahlah kolestrol yang sudah sedia ada dalam badan ni....kwang! kwang! kwang!.... :)

MASAK LEMAK UDANG
Sumber : Azza Elite (Ketuk-Ketuk Ramadhan)
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2:
1/2 kilo udang hidup - buang kulitnya
bawang merah*
bawang putih*
kunyit hidup*
cili padi*
halia*dikisar berasingan
kentang
susu sejat dairy champ* Kak Lin ganti santan
asam keping
serai
1 sudu minya masak


Cara2:
Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik baunya. Masukkan cili padi, kunyit hidup, halia, asam keping, serai, kentang dan santan. Biarkan sampai kentang separuh empuk. Masukkan isi udang dan masak hingga udang masak.

Note: Bahan2 diatas tu Kak Lin pakai agak2 jer...




27 Julai 2012

Kari Ikan Tenggiri...Ringkas Dan Mudah

Assalamualaikum :D
Semalam Kak Lin berbuka dengan kurma, hehehe itu dah semestinya kan? asparagus goreng, telur masam manis, popia goreng, puding karemel, dan kari ikan tenggiri, tapi...Kak Lin sempat ambil gambar kari ikan tenggiri sahaja. Maaflah yer menu yang lain2 tu tak dapat nak tayang kat sini sebab dah tak sempat nak ambil gambar, dah dekat sangat waktu berbuka...

KARI IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG 
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2:
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, kerat ikut suka bersih dan toskan
10 batang bendi muda, cuci dan toskan 
2 biji tomato, belah 3 setiap satu 
1 cawan santan
1/2 cawan jus asam jawa
3 1/2 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 camca besar penuh cili kisar 
4 biji bawang merah, kisar halus
3 ulas bawang putih, kisar halus
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
1 inci halia, dikisar halus
Air secukupnya
Garam dab gula secukup rasa

Bahan Tumis:
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, lurut - Kak Lin tak bubuh, kehabisan stock hik3
1 camca teh halba campur


Cara2:
Bancuh rempat kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.  Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.

Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.

Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...

25 Julai 2012

Masak Lemak Ketam Dan Salam Ramadhan

Assalamualaikum :D
Kali ini Kak Lin nak poskan masak lemak ketam...bukan tak biasa masak ketam tapi kali ni Kak Lin masak mengikut resepi majalah keluarga keluaran Jun 2012.  Lagi pun anak perempuan Kak Lin ingin menikmati masak lemak ketam. 

MASAK LEMAK KETAM
Resepi : Majalah Keluarga
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2: 
4 ekor ketam - dibersihkan
3 sm kunyit hidup*
5 tangkai cili padi* kisar
1 cawan santan
1 daun kunyit 
1 keping asam gelugur
- sedikit garam

Cara2:
Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama-sama dengan santan, ketam dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan dan jangan sampai samtan pecah lemak.  Kemudian masukkan garam dan asam gelugur (keping). Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.



"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"


Pada semua rakan-rakan blogger Kak Lin ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" semoga puasa dan amalan kita selama ini dan sepanjang bulan ramadhan diterima oleh ALLAH swt. Jikalau ada terlanjur kata, terguris hati atau jarang2 datang menziarahi blog rakan2 (bukan Kak Lin tak ingin melawati blog kalian semua tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan...) Kak Lin minta maaf zahir dan batin.  Halalkan jikalau ada yang termakan, terminum, tercopy resepi tanpa izin maafkan Kak Lin yer....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...