TeRiMa KaSiH

11 April 2012

Selamat Hari Lahir Along

*ASSALAMUALAIKUM*

Selamat Hari Lahir buat anak Kak Lin yang pertama bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-20. Semoga dipanjangkan usia, diluaskan rezeki, cemerlang dalam pelajaran dan  senantiasa di dalam rahmat dan hidayah ALLAH hendaknya...Aamin...Aamin...Aamin

Kak Lin nak belikan Kek tapi Along tak nak Kek dah jemu katanya. Jadinya Kak Lin dan suami bawa Along pergi makan Nasi Bariani Power di Batu Pahat. Memang sedap nasi Bariani tersebut, kedainya senantiasa ramai pelanggan.



Kalau ada sesiapa nak merasa nasi Bariani Power ni jomlah datang ke Batu pahat...hehehehe. Promote laaa pulak...


RESTORAN BP BARIANI POWER SDN BHD
No. 18, Jalan Tukas 2, Taman Soga
83000 Batu Pahat.

05 April 2012

Kek Karamel

**ASSALAMUALAIKUM**

Hari ni Kak Lin cuba2lah buat Kek Karamel...semalam Kak Lin terjumpa resepi dari blog Anna Qawina tapiiii...Kek Karamel yang Kak Lin buat ni tak gebussss....dan tak berapa jadi...adalah sebab2nya......hanya Kak Lin jer yang tau....hahahahaha...Insya Allah lain kali Kak Lin buat pasti gebusssss....Rasanya mmg sedap ni anak2 belum rasa kalau dah rasa pasti dia suruh buat lagi...

KEK KARAMEL
Sumber : AnnaQawina Dicuba Oleh: LinRosly



Bahan2:-
(A)-Gula Hangus
2 Sudu Besar Gula - Untuk Buat Gula Hangus
*Tabur Gula Dlm Loyang. Masak Atas Api Perlahan. Biar Gula Hangus Dan Bertukar Perang.
*Ketepikan Dulu - Gula Tersebut Akan Mengeras Dan Bunyi Macam Kaca Pecah.
(B)-Bahagian Atas
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Susu Pekat Manis
1 Sudu Teh Esen Vanilla
3 Biji Kuning Telur
2 Biji Telur - Putih Dan Kuning


(C)-Lapisan Kek
140 Gram Tepung Gandum - Ayak Bersama Baking Powder
70 Gram Gula Kastor
3 Biji Kuning Telur
135 Ml Air Biasa
1 Sudu Teh Baking Powder
45 Ml Minyak Masak - Kak Lin Guna Minyak Jagung
2 Sudu Besar Susu Pekat Manis
(D)-Merinque
6 Biji Putih Telur
70 Gram Gula Kastor
1 Sudu Teh Krim Of Tartar


Cara:-
Sediakan Bahan (A) Dahulu. Ketepikan.
Kacau Semua Bahan (B) Perlahan2...Jangan Berbuih2 Nanti Tak Jadi Karamelnya.
Tapis Bahan (B) Tadi Dalam Loyang Gula Hangus (A) Tadi. Ketepikan.
Pukul Bahan (C) * Campurkan Semua Sekali Dan Pukul Guna Senduk Jer. Ketepikan.
Pukul Bahan (D) Sampai Jadi Kembang Dan Bila Kita Angkat Dia Tak Jatuh (Meringue)
Campurkan Adunan (C) + (D) Dan Gaul Dengan Senduk Hingga Sebati. Jangan Terlebih Kacau. Agak2 Bercampur Sebatinya.
Bahagi Kepada Beberapa Bahagian Dan Letak Warna And Paste. Jika Suka.
Masukkan Kedalam Loyang Yang Ada Gula Hangus Dan Karamel Tadi (A) + (B) Selang Seli Warna. Letak Ditengah2 Loyang. Adunan Kek Akan Terapung.


Bakar Cara Double Boiling (Loyang Kek Berada Didalam Loyang Berisi Air Panas) Selama 1 Jam 10 Minit Dengan Suhu 175C Dgn Menggunakan Api Bawah Dahulu Selama 40 Minit, Kemudian Api Atas Bawah Sehingga Masak. * Boleh Juga Menggunakan Api Atas Bawah Tetapi Guna Suhu 160C / 170C Sahaja. (Bergantung Pada Oven Masing2 Juga Ya)

Jika Tak Pasti Karamel Dah Masak Ke Belum Boleh Tambah Lagi Masa Membakar Lebih Kurang 10 Minit.   Bila Masak Angkat. Rehatkan Selama 25 Minit / Setengah Jam Baru Terbalikkan Kek Yang Di Bakar Tadi. Masa Ni Dah Agak Sejuk Senang Nak Kuarkan Kek. Masukkan Dalam peti Sejuk 1 Jam Dan Lepas tu Makan Sejuk2 Lebih Sedap Semalaman.

04 April 2012

Isi Ayam Goreng Tomato

**ASSALAMUALAIKUM**

Hari ini Kak Lin nak poskan Isi Ayam Goreng Tomato. Kak Lin mencuba  resepi dari  blog Izah ini sebelum Kak Lin masuk  ICU. Kak Lin sekeluarga suka masakan ni sedap dan anak-anak Kak Lin kata sedap macam rasa sambal sardin. Resepinya pun sangat ringkas, senang dan mudah untuk disediakan.  Terima kasih Izah ku cayang.

ISI AYAM GORENG TOMATO
Sumber : Izah Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:-
300 Gram Isi aAam Didadu
1 Biji Tomato
2 Sudu Besar Cili Kering Kisar
1 Tangkai Cli Merah - Dihiris Nipis
1 Tangkai Cili hHjau - Dihiris Nipis
2-3 Tangkai Cili  Padi - Dihiris Nipis
1 Sudu Besar Minyak Masak
4 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
3-4 Helai Daun Limau Purut
- Sedikit Garam Dan Gula



Cara:-
1. Panaskan Minyak Dan Tumis Bawang Merah Dan Bawang Putih Yang Dicincang.
2. Setelah Wangi, Masukkan Cili Kisar Dan Tumis Hingga Pecah Minyak.
3. Masukkan Ayam Dan Masak Kira2 3 atau 4 Minit.
4. Kemudian Masukkan Limau Purut Dan Cili Padi.
5. Masukkan Pula Tomato Didadu Dan Leyek Hingga Hancur.  Rasa Garam Dan Gula.
6. Akhir Sekali Masukkan Cili Hiris Dan Bolehlah Diangkat.


22 Mac 2012

Sambal Ponorogo

**ASSALAMUALAIKUM**
S.E.L.E.R.A.I.M.P.I.A.N

Hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Sambal Ponorogo. Kak Lin belajar memasak resepi ini dengan arwah Embah (Nenek suami Kak Lin) semasa Kak Lin pergi menunaikan fardhu haji bersama-sama dengan arwah dalam tahun 1989.  Masa tu kita boleh masak sendiri dibilik hotel dan dibenarkan membawa dapur dan barang-barang kering seperti bawang, kentang, ikan bilis dan lain-lain.  Sekarang ni kalau kita pergi kesana semua telah disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jadi dah tak perlu nak masak2 lagi...

Sambal Ponorogo ini sedap dimakan bersama lempeng, nasi dan bubur.  Senang dan mudah untuk memasaknya....

SAMBAL PONOROGO
Resepi Asal : LinRosly
Bahan2:-
2 Biji Kentang -dibelah 4 dipotong2
2 Biji Bawang Besar -dihiris
2 Ulas Bawang Putih -dihiris
3 Biji Lada Merah -dihiris
2 Biji Lada Hijau -dihiris 
5 Biji Cili Padi -dihiris
1 Biji Buah Tomato -dibelah 4
50 Gram Ikan Bilis
1/4 Keping Belacan *
1/2 Mangkuk Air Asam Jawa* diramas sekali
- Sedikit Gula - ikut rasa
- Sedikit Garam - ikut rasa
- Sedikit Minyak


SAMBAL PONOROGO
Resepi Asal : LinRosly

Cara:-
1. Panaskan Minyak Masukkan Ikan Bilis Dan Kentang. Goreng Sehingga Ikan Bilis Kekuningan.
2. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih, Lada Merah, Lada Hijau, Cili Padi, Buah Tomato Dan Belacan Yang Telah Di Ramas Bersama Air Asam Jawa.
3. Masak Sehingga Agak Pekat Dan Berkuah.
4. Rasa Gula Dan Garam (Kalau Dah Masin Jangan Bubuh Garam) 



17 Mac 2012

Sup Ayam Ala Thai

**ASSALAMUALAIKUM**
S.E.L.E.R.A.I.M.P.I.A.N

Hari ni Kak Lin siarkan resepi daripada CendanaKasih iaitu Sup Ayam Ala Thai, Kak Lin memang suka Sup Ayam Ala Thai ni ada rasa pedas2 dan terasa semua rempah-rempahnya. Memang sedap dan amat menyelerakan bila makan dengan nasi panas....

SUP AYAM ALA THAI
Resepi: CendanaKasih * Dicuba Oleh:LinRosly

Bahan2:-
1/2 Ekor Ayam *Dipotong Sederhana Besar 
2 Batang Serai * Dititik
2 Inci Lengkuas *Diketuk
2 Batang Saleri *Dikerat2
2 Biji Tomato * Dibelah 4
3 Batang Akar Daun Ketumbar * Kak Lin Tak Letak
6 Biji Cili Padi
1 Jag Air
- Sos Ikan
- Garam Dan Serbuk Perasa

Bahan Tumis:-
2 Kuntum Bunga Lawang
5 Biji Buah Pelaga
3 Kuntum Bunga Cengkih
1 Batang Kulit Kayu Manis


Bahan Kisar:-
5 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia

Bahan Serbuk:-
1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Manis
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih

Bahan Hiasan:-
Daun Ketumbar *Kak Lin Tak Letak
Daun Bawang
Bawang Goreng

Cara:-
1. Ayam  Dibuang Kulitnya (Kak Lin Tak Buang Kulit) Cuci Bersih Dan Toskan. Panaskan Sedikit Minyak Dalam Periuk Tumis Lengkuas Yang Di Ketuk, Bahan Kisar, Bahan Tumis Dan Bahan Serbuk Sampai Garing Dan Pecah Minyak.
2. Tuang Air Dan Masukkan Batang Saleri, Akar Ketumbar Dan Serai. Biarkan Mendidih Sekejap Dan Masukkan Ayam.
3. Didihkan Lagi Hingga Ayam Masak. Tambah Sos Ikan Dan Serbuk Perasa.
4. Akhir Sekali Masukkan Tomato Dan Cili Padi Yang Di Ketuk Dan Masak 1-2 Minit Lagi.
5. Taburkan Hirisan Daun Ketumbar (Kak Lin Tak Letak Sebab Tak Suka), Daun Bawang Dan Bawang Goreng.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...