26 Februari 2013

Ayam Bifstik

Assalamualaikum :D
Salam sayang rindu selalu khas buat rakan-rakan blog. Kak Lin doakan kalian semua senantiasa beroleh kebahagian yang berkekalan disamping anak-anak, isteri dan suami tersayang. Amin...Amin...Amin... Bagi diri Kak Lin alhamdulilah sihat walafiat dan masih dapat kongsi resepi melalui blog ini.

Hari ini Kak Lin nak kongsi resepi yang Kak Lin salin daripada Ketuk-Ketuk Ramadhan 2012 bersama Sheila Rosly. Memang sedap resepi ni anak-anak Kak Lin laju jer makan bila Kak Lin masak resepi ini.

AYAM BIFSTIK
Resepi Asal : Rizman - Ketuk2 Ramadhan
Dicuba Oleh :LinRosly




Bahan2:-
1 ekor ayam - dibersih dan digoreng separuh masak
2 biji kentang - dipotong 6 digoreng
1 inci halia * 
15 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih *dikisar
2 sudu cili kisar
1 tin kecil tomato puri * Kak Lin guna tomato sos
1 mangkuk kecil kicap manis* Kak Lin agak2 jer
Sedikit lada putih 

Cara:-
1.Tumis halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar.
2. Masukkan cili kisar, tomato puri atau tomato sos, kicap manis, ayam dan kentang satu persatu. Gaul hingga rata setelah masak bolehlah dihidangkan.



4 ulasan:

  1. assalam
    menyelerakan masakan malam ni
    harus di cuba jg nanti ni he heee

    BalasPadam
  2. xpernah makan ayam bistik..kalau telur bistik pernah la jgk makan..buat sendiri xpernah..uhuhuhuuh...

    BalasPadam
  3. salam kak..sdap tgk ayam yang berkuah macam tu..

    BalasPadam
  4. We are a group of volunteers and starting a new scheme in
    our community. Your website provided us with valuable info to work on.
    You have done a formidable job and our whole community will be thankful to you.



    Feel free to surf to my web blog :: erectile dysfunction symptoms

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...