01 Ogos 2012

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 26

Assalamualaikum :D
Hari ini 1hb Ogos, 2012 genaplah usia perkahwinan kami 26 tahun. Sepanjang melayari kehidupan sebagai suami isteri, segala suka duka, sedih pilu, susah senang, pahit maung telah kami hadapi bersama dengan tabah dan sabar. "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Jodoh pertemuan, ajal dan maut ALLAH jua yang menentukan. Semoga kami diberikan kebahagiaan yang berkekalan, diperluaskan rezeki kami, diberikan  kesihatan yang baik, jodoh yang berpanjangan sehingga keakhir hayat...Amin...Amin...Amin... 


Untuk pengetahuan kalian semua,  kami dikurniakan 3 orang permata hati 2 orang putera  dan seorang puteri,  yang sulong Mohamad Akmal 20 tahun masih belajar di salah sebuah IPT tempatan, dan yang ke 2 Muhamad Hafiz 18 Tahun di Metrikulasi dan yang bongsu Nabihah 15 tahun SMAKJ Kluang.  Kesemuanya masih belajar dan tinggal di luar daerah tempat kami tinggal.  Pada hari-hari biasa hanya Kak Lin dan suami sahaja yang tinggal dirumah. Anak2 balik sewaktu cuti hujung minggu atau cuti penggal dan cuti semester. Kalau mereka tak balik giliran Kak Lin dan suami melawat mereka. Begitulah perjalanan kehidupan kami....




18 ulasan:

  1. Assalam kak lin, selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 26 tahun, semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat. Sunyi je rumah kan bila anak2 semua tak ada. saya semua masih kat rumah lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Rosa sayang,
      Amin...Terima kasih.

      Padam
  2. alhamdulillahhh .. dah 26 tahun .. moga kekal hingga kesyurga ..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah kak lin,semoga kasih mekar berpanjangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Chik Mimi,
      Insya Allah...

      Padam
  4. HAPPY ANNIVERSARY kakLIn.Alhamdulilah,bahgianya akak & Suami!26 tahun tu!...

    Semoga terus bahgia hingga ke akhir hayat.

    Semoga atie & HB pon akan kekal bahgia cam akak gak.
    Aminnnnnnnnnnnnnnnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...Terima kasih Atie
      Kak Lin juga doakan agar Atie senantiasa bahgia disamping suami dan anak2 tersayang...Amin

      Padam
  5. Assalam Lin, selamat ulangtahun perkahwinan ke 26, semoga semakin bahagia dan diberkati selalu hendaknyaa...amiiin... Ni bulan pose sambut, wat pulut kuning ke Lin...hehee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Kak Ummi Sayang..
      Amin...Terima kasih kak Ummi, tak buat pulut kuning pun...

      Padam
  6. Tahniah Kak Lin... 26 tahun tu dah Jubli Perak! Syukur alhamdulillah... mudah-mudahan bertambah kasih sayang dan berbahagia hingga ke syurga. Amin ya Allah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Amie,
      Amin...Semoga Amie juga bahagia disamping suami dan anak2 tersayang...Amin...

      Padam
  7. tahniah kak lin semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dZana
      Insya Allah...Amin..

      Padam
  8. salam syg kak lin..smoga kekal hingga ke akhir hayat aminn..doa yg terbaik utk kak lin n en somi:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Zila Sayang,
      Amin...Terima kasih Zila, Muaahhhh...

      Padam
  9. Alhamdulillah dah 26 tahun

    Tahniah dan semoga terus kekal bahagia hingga ke hujung nyawa ye kak

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...