02 September 2010

Ayam Masak Semur

Assalamualaikum :D
Resepi Ayam Kampung Masak Semor Ni...... Kak Lin Dapat Daripada Seorang Kawan Yang Tinggal Di Kg Melayu Raya....Memang Sedap Pun....Tapi Anak2 Kak Lin Tak Suka Ayam Kampung.....Jomlah Tengok Resepinya.....

AYAM MASAK SEMUR
Sumber: LinRosly

Bahan2:-
1 Ekor Ayam Kampung - Potong 8
1 Mangkuk Santan Pekat Dari Sebiji Kelapa
8 Biji Bawang Merah
6 Ulas Bawang Putih
3 Biji Buah Pala
1/2 Sudu Kecil Lada Sulah
1/2 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan Putih
3 Sm Kulit Kayu Manis
1 Peket Soo Hoon
Kicap Manis
Garam
Gula



Cara2:-
Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, Jintan Manis, Dan Jintan Putih. Ayam Di Bersihkan Kemudian Di Rebus Bersama-sama Dengan Bahan Kisar, Kulit Kayu Manis, Buah Pala Dan Kicap Manis.  Biarkan Ayam Empuk Dan Air Rebusannya Tinggal Sedikit, Masukkan Pula Santan Pekat, Lada Sulah Dan Soon Hoon.  Biarkan Mendidih Dan Kuahnya Pekat. Selepas Itu Bolehlah Di Hidangkan.  



2 ulasan:

  1. Ayam msk semor=ayam msk kicap...ada beza tak?

    BalasPadam
  2. Serupa Tapi Tak Sama...Hehehe...

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...