16 Oktober 2010

Belanak Rebus Asam Tempoyak



Assalamualaikum :D
Rebus Asam tempoyak beginilah yang Mak Kak Lin sangat suka, tapi suami Kak Lin tak makan tempoyak, kalau teringin balik rumah Mak baru masak apa juga makanan yang dibubuh tempoyak....



Bahan2:-
1 Ekor Ikan Belanak 
1 Inci Kunyit Hidup
4 Ulas Bawang Merah
10 Biji Cili Padi
5 Biji Cili Merah
5 Biji Asam Cepu - Di Belah Dua
1 Senduk Tempoyak 
Garam Mengikut Rasa
 Air 


Cara2:-
Ikan Yang Telah Di Perap Sebentar Tadi Tu Di Bersihkan Sekali Lagi Dan Di Masukkan Ke Dalam Periuk. Kemudian Kisar Atau Tumbuk Semua Bahan Kecuali Asam Cepu Dan Tempoyak. Masukkan Bahan Kisar Dan Asam Cepu Kedalam Periuk Yang Berisi Ikan. Kemudian Bubuh Air Dan Masak Hingga Mendidih. Setelah Mendidih Masukkan Tempoyak Dan Kacau Rata. Kemudian Bolehlah Di Hidangkan.



7 ulasan:

  1. Masakan di atas memang enak rasanye. Cumanya tidak larat 'merealisasi'kannya saban hari. Kan enak ya kalau hari-hari bisa menikmati juadah seperti di atas?

    Err... Mengapa enggak boleh layari linrosly2u?

    BalasPadam
  2. Kak Ngah Pun Bukan Masak Hari2....Bila Hari Sabtu Dan Ahad Jer...Lepas Tu Posing2kan Tangkap Gambar.... Sampai Penuh Kamera Dengan Gambar Masakan....Hihihihihi...

    Linrosly2u Tak Dapat Nak Di Teruskan Kerana Enggak Punya Masa Nak Update....Maaf Yer Pak!.

    BalasPadam
  3. Salam....Terima kasih Sudi Meninggalkan Komen Di Ruangan Ini....

    BalasPadam
  4. erm..sedapnya...nak cikit boleh tak..hehe gurau je..
    -mai-

    BalasPadam
  5. salam kak lin...sedapnya masak tempoyak!lama x mkn..ngeee.trpaksa la k.lin ttp mata si Abg..kata org..biar adil!!

    BalasPadam
  6. Mai ~ Jomlah....Balik Jementah Singgah Rumah....
    Azatiesayang ~ Walaikumsalam. Yer2 Betul tu Biar Adil....

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...