18 Julai 2011

Award Dari *Matahari71*

Assalamualaikum :D
Terima kasih sahabat tersayang yang sudi memberikan Award ini, akan senantiasa digantungkan disini seagai kenang-kenangan.


Kak Lin Terima TAG Dari Ana Abdullah.  Terima Kasih Ana Kerana Masih Ingat Pada Kak Lin. 7 Perkara Tentang Diri Kak Lin? Apa Dia Yer? Tak Ada Yang Menarik, Biasa-Biasa Jer.

1) Kak Lin Dilahirkan Di Labis, Johor. Anak Kedua Daripada 4 Beradik.  3 Perempuan Seorang Lelaki Tetapi 2 Orang Telah Meninggal Dunia Semasa Kecik Dan Adik Bongsu Kak Lin Meninggal Dunia Ketika Berusia 30 Tahun Akibat Barah. Sekarang Kak Lin Jadi Anak Tunggal Kesayangan Mak!

2)Masa Kak Lin Bayi Dulu Menurut Kata Mak Memang Kak Lin Kuat Menangis Tak Kira Siang Malam, Tapi Badan Semakin Montel. Mak Bawa Pergi Jumpa Doktor, Doktor Tu Kata Ini Budak Banyak Sihat….Lepas Tu Mak Jual Kak Lin Dengan Orang Lain Dan Tukarkan Nama Kak Lin Kepada Nama Lain, Barulah Tak Nangis Sebab Sesuai Dengan Nama Baru Kot!

3)Masa Kecik Kak Lin Tinggal Dengan Mak, Nenek Dan Mak Saudara. Nenek Suka Pergi Pancing Ikan Kat Sungai. Kak Lin Pun Suka Ikut Nenek Tapi Selalu Kena Marah Sebab Kak Lin Buat Bising Sampai Nenek Tak Dapat Ikan. Lepas Tu Sekali Sekala Jer Nenek Bagi Ikut.

4)Masa Sekolah Rendah Kak Lin Punya Ramai Kawan,  Mereka Semua Sekampung Dengan Kak Lin. Setiap Petang Dia Orang Datang Umah Kak Lin Main Lombat Getah, Main Pondok2, Main Belon Acar Dan Main Nyorok-Nyorok. Seronoknya!

5)Masa Usia Kak Lin 13 Tahun Kak Lin Dah Mula Bantu Mak Buat Kuih Raya.  Mak Jual Kuih Bahulu, Bangkit, Kek Dan Biskut.  Paling Kak Lin Tak Suka Pukul Telur Buat Kuih Bahulu. Aduss! Satu Badan Bau Telur!! Tapi Itulah Kenangan Yang Tak Dapat Dilupakan Hingga Kini…

6)Kak Lin Bekerja Kemudian Berkahwin Dengan Rosli Bin Mohamad. Lepas 3 Tahun Berkahwin Kak Lin Dan Suami Pergi Menunaikan Fardu Haji Bersama-Sama Keluarga Sebelah Suami Kak Lin. Lepas 4 Tahun Balik Daripada Menunaikan Fardu Haji Baru Kak Lin Melahirkan Anak Pertama 2 Tahun Kemudian Anak Kedua Dan  Anak Ke 3 Lahir Dalam Tahun 1997. Allah Telah Memperkenankan Doa Kak Lin. Alhamdulilah.

7)Pada Tahun 2001 Kak Lin Menghidapi Demam Denggi Berdarah Dan Telah Dihantar Ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Masa Tu Kak Lin Rasakan Usia Kak Lin Juga Tak Panjang seperti Adik Dan Kakak Kak Lin Tapi Alhamdulilah Allah Masih Sayangkan Kak Lin Dan Kak Lin Masih Bernafas Dibumi Allah Yang Indah Ini.

Kak Lin Tak Ada Nak TAG Sesiapa…Kalau Ada Yang Nak Bercerita Tentang Diri Sendiri Sila Ambil Tag Daripada Blog Kak Lin.  Terima Kasih.


11 ulasan:

  1. Selamat malam Lin,
    Kak Amie dah dapat kenal diri Lin serba sedikit... best!

    BalasPadam
  2. assalam kak lin...seronok juga dapat kenal kak lin di alam maya ni..:)

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum kak Lin.. Kak lin org johor ye.. Kak lin, naz add akak di fb tau..

    Pasal apam tu kan kak Lin, Naz ada juga guna resepi yg sama gak dan letak dlm acuan lompang yg disapu minyak tp dia tak mekar. Naik apam tu dan gebu cuma tak merekah sbb bahagian tepi2 apam tu tak dipegang oleh cawan lompang tu sbb dah sapu ngan minyak. Sebab tu Naz guna paper cup bila nk isi apam tu sblm kukus. Bila guna cawan kertas, tepi2 apam tu melekat kat cawan kertas tu. Jadi bila naik semasa kukus dia jadi mekar dan terbelah kat atas. Hihihi panjangnya penerangan.. Ok ker pernerangan Naz ni kak Lin...:))

    BalasPadam
  4. terima kasih kak lin sudi jwb tag dari saya.

    BalasPadam
  5. Salam kenal Kak Lin dr Sayur Labu..rajin2 singgah blog kita ya.."oh ya Kak Lin kata pernah kena jual dulu" betul ke....apa maksud tu..

    BalasPadam
  6. Amie > Terimakasih Byk2 Sudi Singgah Di Blog Lin...

    BalasPadam
  7. Nieza > Walaikumsalam. Terima kasih Nieza...Semoga Jalinan Ukhwah Dialam Maya Ini Kekal Berpanjangan...

    BalasPadam
  8. Naz > Walaikumsalam...Kak Lin Org Johor, Terima kasih Naz Diatas Info yang Diberikan...Kak Lin Pun Dah Reply Kat FB Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Idah > Salam kenal Juga Dari Kak Lin Jual Tu Maksudnya Ada Org Lain Yg Tukarkan Nama Kita Dan Jadikan Kita Anak Angkatnya. Tapi Kita Masih Tinggal Dg Ibu Kandung Kita...Itulah Maksudnya.

    BalasPadam
  10. Inilah hikmahnya bila kita dialam maya, ambil award dan memanjangkan award, kebaikannya... kita dapat kenal semakin rapat...
    kan kak lin??

    boleh ayu lanjutkan ttg 7 diri kak lin?

    1) maksudnya.. kak lin dah tak ada adik beradik ya?

    2) ramaikan yang mak2 orang dulu buat mcm nie.. tapi syukur.. selalunya cepat sihat dan cepat pulih

    3) hehehheeh, kesian kak lin kena marah

    4)ayu pulak yang teringat kenangan lama...........
    rindunya

    5)ayu pun family yang agak susah.. so.. bangun pagi jual kuih. malam.. tolong potong bahan2 bumbu bahan2 kuih.. alhamdullilah, bila dewasa dan hidup agak senang (sederhana) ayu tak lupa sbb ayu memang orang susah.....

    6)alhamdullilah, kak........... ayu ada cerita ttg kes anak2.. isnyallah nanti ayu kongsikan.....

    7) syukur... sbb kak diberi usia yang panjang, ayu belum pernah rasa sakit hingga ke masuk hospital

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...