21 September 2012

Agar-Agar Santan Sirap Rose

Assalamualaikum :D
Tiada ribut tiada taufan dengan keadaan cuaca yang panas ni tetiba jer teringin nak makan Agar-Agar Santan Sirap Rose tambahan pulak bahan-bahannya memang ada kat rumah.  Semasa skodeng kawan-kawan punya blog tempohari, terpandang resepi tu di SINI. Tapiiiiii Agar-Agar Santan Sirap Rose yang Kak Lin buat ni selapis jer. Cara memasaknya Kak Lin ikut cara memasak  Agar-Agar Santan Pandan di dalam blog yang sama gak...Maaf yer tuan punya blog yang disayangi! sebab tak ikut Surat Perjanjian Hehehehehe :D

Hari ni Kak Lin nak ucapkan "SANAH HELWAH" barakallahu fik... buat anak kedua Kak Lin yang ke 18th...Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang berterusan, diperluaskan rezeki daripada rezeki yang halal, dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan, diberikan rahmat dan hidayah, dijauhkan daripada kesulitan...cemerlang di dunia, cemerlang diakhirat...Insya Allah...Ameen...


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
Sumber : Naz@Nadz 
Dicuba Oleh: LinRosly 



Bahan2:-
1 paket serbuk agar-agar 10gram atau 11gram
1 liter air (4 cawan)
200 gram gula pasir ( lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat * Kak Lin pun guna santan kotak
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
1-2 sudu besar sirap rose atau beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
2 hendai daun pandan
secubit garam


Cara2:-
1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! bila menggelegak, kacau-kacau adunan dan pastikan api dijaga (kalau perlu kecilkan lagi api) supaya adunan menggelegak perlahan sahaja (mereneh). Bukan menggelegak dengan buih-buih yang besar tu yer. Kemudian tutup api. Tak perlu tunggu lama sehingga nampak santan berbintil-bintil.
4. Basahkan loyang atau pun apa-apa acuan dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh disimpan dalam peti ais untuk dapatkan agar-agar yang sejuk.

Note:- 
Tips2 untuk membuat Agar-Agar selapis atau 2 lapisan dan cara2 yang betul memasak Agar-Agar Santan ni bolehlah skodeng di SINI Insya Allah pastinya jadiiiiiiii!!!!!!!


29 ulasan:

  1. assalamualaikum.. kak lin..
    skrg cuaca dah tak menentukan.. skrg hujan kat puchong ni.. tadi tengah hari panas terikkkk sangat.. bila cuaca panas, mmg best kalau dapat makan agar2 kan.. :) nani pun suka agar2 sirap gak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nani :D
      Betul...sekrg ni cuaca x menentu..bila tgk kat blog Naz teringin pulak nak buat, kebetulan bahan2nya pun ada kat rumah.

      Padam
  2. Salam kak lyn! sedappppp! kita suke mkn apa2 yg ada sirap, kalau yg kenduri2 kawen biasa buat dessert tu yg tu pun kita suke :D Minggu depan leh cuba buat lah sbb ada stok sirap :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Ika :D
      Insya Allah mudah-mudahan niat untuk membuat dessert ni termakbul..Kalau dan buat jgn lupa tinggalkan utk Kak Lin hehehehe

      Padam
  3. Assallamualaikum kak Lin..

    Kak, hari ni panas terik di sini.. Tengok agar2 sirap rose, dengan warna merahnya, tak kiralah berlapis atau tak, terliur Naz dibuatnya.. Cam terbayang2 dessert ni masuk ke tekak dalam keadaan ianya sejuk dari peti ais...perhhhhh... Tq kak sudi cuba..heheheeee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Naz :D
      Terima kasih kembali sudi kongi resepi ni yer Naz...sedap makan waktu panas2 sejuk tekak rasanya...

      Padam
  4. salam Lyn..
    aduh merah lah cantik sangat tengok agar2 tu,lama gak ni tak buat agar boleh lah mengegar lagi nnti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Kak Noor :D
      Dah terrrmerah Kak Nor, nak kata apa...hehehehe

      Padam
  5. Salaam Lin... kita suuuuka makan agar agar tapi naper ye, kita maaaaaalas nak buat sendiri! Hehehe... tapi dah tengok Lin punya ni, cam teruja lak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Mama :D
      Buat jgn tak buat...dah buat tu jgn lupakan Lin yerrrr...Mama ku sayang! hehehehe

      Padam
  6. salam kak lin.. lamaaaaaa sgt x makan agar2.. teringat kt kenduri kawin zaman2 dulu, tp ni mesti lg sedap dbb ada santan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Tun :D
      Dulu2 agar2 sirap rose...sekrg ni pun kalau kenduri kahwin pun masih ada agar2 tu..

      Padam
  7. mas suka agar2 gini...
    sedapppp...

    BalasPadam
  8. tak kira cuaca dah saya ni, kemaruk agar2...jap lagi nak buat agar2 ni kak...jom turun dapur..

    BalasPadam
  9. salam kak lin...sy pun dah lama x g mana2 blog...dr start raye pertama demam batuk...xelok2..skrg asyik batuk je..ssh benar nk elok batuk ni...tq k.lin singgah blog saye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Lily :D
      Kesihanya...pergilah klinik..jgn biarkan berlarutan nnt jadi penyakit lain pulak...

      Padam
  10. brapa kali dah duk kelip2 tengok gambo kat fb.. hehehe.. hari tucadang jugak nak try agar2 ni. senang je kan...yang penting agar2 gini mmg kegemaran budak2. insyaAllah taala. nak try jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe...ada jer Izah ni..betul tu mmg kegemaran budak2 tapi mak budak pun suka makan...bolehlaa kalau nak try...

      Padam
  11. Pergh..sedapnye tgk agar2 santab akak ni...ade lg x dlm peti ais?? Hihi..syok mkn time cuaca panas kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis dahhhh...hehehe. Cuaca kat sini dah mula mendung dan rebut petir so dah tak leh buat agar2 kena makan makanan yg panas2 lak...hehehe

      Padam
  12. Aslmkum k.Lin.sy suka agar2 sirap . nengok Naz buat hr tu teringin jugak tp bertangguh.bagus K.Lin cepat mencuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Mama :D
      Masa tu betul2 teringin nk makan...hehehe... tu yg terus buat jer tu....

      Padam
  13. slm Kak Lin...QH pon ade simpan jugak resepi..sggh xpress akak sbb dh cuba dlu..bermacam bentuk lagi agar2 ros tu..

    BalasPadam
  14. Walaikumsalam QH :D
    Mudah nak buat tu yg xpress tu...hehehe

    BalasPadam
  15. Cantiknya agar2 ni.. lama benar tak membuat agar2.. :)

    BalasPadam
  16. salam syg kak lin..
    zila pun ada simpan resepi naz nie tp lom ada masa nk cuba..mkn sejuk2 waallaaa mabless kan kak:)

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...