Assalamualaikum :D
Resepi kolesi sendiri, sekali sekala rindukan masakan daripada resepi sendiri...hik3 mcm pandai sangat karang resepi...alahai! bukan buat resepi sendiri ikut resepi dulu2 masa baru2 belajar masak...
1 Ekor Ayam
16 Ulas Bawang Kecil
8 Ulas Bawang Putih
2 ½ Inci Halia
4 Kuntum Bunga Lawang
8 Biji Buah Pelaga
4 Batang Kecil Kulit Kayu Manis
4 Tangkai Daun Kari
1 Liter Santan Pekat
½ Senduk Kecil Cili Kisar
2 Senduk Kecil Serbuk Kari
4 Keping Asam Gelugur
3 Biji Buah Tomato – Belah Dua
Air
Garam Dan Gula Mengikut Rasa
Kisar Bawang Kecil, Bawang Putih Dan Halia. Panaskan Minyak. Tumis Bahan Kisar Bersama Daun Kari Dan Rempah Penumis. Bila Telah Naik Baunya Masukkan Cili Kisar Dan Serbuk Kari. Kacau Hingga Pecah Minyak. Masukkan Ayam, Santan Dan Air. Kacau Hingga Sebati Dan Biarkan Masak. Masukkan Pula Kentang Dan Asam Keping. Bila Kentang Telah Embuk Masukkan Pula Buah Tomato. Perasakan Garam Dan Gula. Jika Suka. Biarkan Renih Di atas Dapur Supaya Kari Tu Lebih Sedap Dan Sebati.
moga cpt sihat kak lin...& mana tau dh sihat nanti terus berderet2 menu kluar kan..hihi
BalasPadamAnna Qawina >~ Terima kasih Anna...Mmg Ada Byk Pic Masakan Yg Masih Belum Di Tayang....Hehehehe
BalasPadam