Assalamualaikum :D
Solat Seseorang Akan Batal Apabila Ia Melakukan Salah Satu Di Antara Hal-Hal Berikut Ini:-
1.Makan Dan Minum Dengan Sengaja. Hal Ini Berdasarkan Sabda Rasulullah Saw.
"Sesungguhnya Di Dalam Solat Itu Ada Kesibukan Tertentu." (Muttafaq Alaih). Maksudnya Orang Yang Solat Seharusnya Hanya Berkonsentrasi Pada Solatnya Saja Dan Mengesampingkan Perbuatan Yang Lain. (Pen).
2.Berbicara Dengan Sengaja, Bukan Untuk Kepentingan Pelaksanaan Solat:-
"Dari Zaid Bin Arqam, Ia Berkata, 'Dahulu Kami Berbicara Di Waktu Solat, Salah Seorang Dari Kami Berbicara Kepada Temannya Yang Berada Di Sampingnya Sampai Turun Ayat: 'Dan Hendaklah Kamu Berdiri Kerana Allah (Dalam Solatmu) Dengan Khusyu' (Al-Baqarah : 238), Maka Kami Pun Diperintahkan Untuk Diam Dan Dilarang Berbicara." (Muttafaq Alaih).
Dan Juga Sabda Rasulullah S.A.W:-
"Sesungguhnya Solat Ini Tidak Pantas Ada Di Dalamnya Percakapan Manusia Sedikit Pun." (HR. Muslim).
Adapun Pembicaraan Yang Maksudnya Untuk Membetulkan Pelaksanaan Solat, Maka Hal Itu Diperbolehkan Seperti Membetulkan Bacaan (Al-Qur'an) Imam, Atau Imam Setelah Memberi Salam Kemudian Bertanya Apakah Solatnya Sudah Sempurna, Apabila Ada Yang Menjawab Belum, Maka Dia Harus Menyempurnakannya. Hal Ini Pernah Terjadi Terhadap Rasulullah SAW, Kemudian Dzul Yadain Bertanya Kepada Beliau, 'Apakah Anda Lupa Ataukah Sengaja Meng-Qashar Solat, Wahai Rasulullah?' Rasulullah S.A.W Menjawab, 'Aku Tidak Lupa Dan Aku Pun Tidak Bermaksud Meng-Qashar Solat.' Dzul Yadain Berkata, 'Kalau Begitu Anda Telah Lupa Wahai Rasulullah. 'Beliau Bersabda, 'Apakah Yang Dikatakan Dzul Yadain Itu Betul? Para Sahabat Menjawab, 'Benar. ' Maka Beliau Pun Menambah Solatnya Dua Rakaat Lagi, Kemudian Melakukan Sujud Sahwi Dua Kali. (Muttafaq Alaih).
3.Meninggalkan Salah Satu Rukun Solat Atau Syarat Solat Yang Telah Disebutkan Di Muka, Apabila Hal Itu Tidak Ia Ganti/Sempurnakan Di Tengah Pelaksanaan Solat Atau Sesudah Selesai Solat Beberapa Saat. Hal Ini Berdasarkan Hadits Rasulullah S.A.W Terhadap Orang Yang Soatnya Tidak Tepat.
"Kembalilah Kamu Melaksanakan Solat, Sesungguhnya Kamu Belum Melaksanakan Solat." (Muttafaq Alaih).
Lantaran Orang Itu Telah Meninggalkan Tuma'ninah Dan I'tidal. Padahal Kedua Hal Itu Termasuk Rukun.
4.Banyak Melakukan Gerakan, Kerana Hal Itu Bertentangan Dengan Pelaksanaan Ibadah Dan Membuat Hati Dan Anggota Tubuh Sibuk Dengan Urusan Selain Ibadah. Adapun Gerakan Yang Sekadarnya Saja, Seperti Memberi Isyarat Untuk Menjawab Salam, Membetulkan Pakaian, Menggaruk Badan Dengan Tangan, Dan Yang Semisalnya, Maka Hal Itu Tidaklah Membatalkan Solat.
5.Tertawa Sampai Terbahak-Bahak. Para Ulama Sepakat Mengenai Batalnya Solat Yang Disebabkan Tertawa Seperti Itu. Adapun Tersenyum, Maka Kebanyakan Ulama Menganggap Bahwa Hal Itu Tidaklah Merosakkan Solat Seseorang.
6.Tidak Berurutan Dalam Pelaksanaan Solat, Seperti Mengerjakan Solat Isya Sebelum Mengerjakan Solat Maghrib, Maka Solat Isya Itu Batal Sehingga Dia Solat Maghrib Dulu, Kerana Berurutan Dalam Melaksanakan Solat-Solat Itu Adalah Wajib, Dan Begitulah Perintah Pelaksanaan Solat Itu.
7.Kelupaan Yang Fatal, Seperti Menambah Solat Menjadi Dua Kali Ganda, Umpamanya Solat Isya' Delapan Rakaat, Kerana Perbuatan Tersebut Merupakan Indikasi Yang Jelas, Bahwa Ia Tidak Khusyu' Yang Mana Hal Ini Merupakan Ruhnya Solat.
Assalamualaikum... k.lin sihat?
BalasPadamterima kasih atas info2 ni..
sambil baca.. sambil renungkan kembali...
tambah dan kukuhkan lagi ilmu...
aslmkm kak..nak celah gaks...
BalasPadamsomi saya ada gak bgtau, ramai gak kalangan warga dewasa/emas yg masih tak faham ttg solat sendiri/jemaah,seharusnya ada pihak2 berwajib yg ambik pendekatan buat kelas fardhu ain kt penduduk kawasan perumahan kan, kdg2 diaorg tak tahu & nak tanya malu..tu yg jadi lagu tu..hihi..
*masuk topik ke tak ni?*
Jassnani >>>~ Walaikumsalam...Sihat Alhamdulilah....Kasih Mu Tetap Ku Terima...Hehehehe...Bagus Utk Renungan Bersama....
BalasPadamAnna Qawuna >>>~ Walaikumsalam...Satu Pandangan Yg Baik....Boleh Juga Muda Mudi Sekrg Menambahkan Lagi Pengetahuan Berkaitan Dg Fardhu Ain...Kak Lin Sokong!
BalasPadamSolat Tu Berkaitan Dg Fardhu Ain...Tentulah Ada Kaitan Topik Ni...