04 April 2012

Isi Ayam Goreng Tomato

Assalamualaikum :D
Hari ini Kak Lin nak poskan Isi Ayam Goreng Tomato. Kak Lin mencuba  resepi dari  blog Izah ini sebelum Kak Lin masuk  ICU. Kak Lin sekeluarga suka masakan ni sedap dan anak-anak Kak Lin kata sedap macam rasa sambal sardin. Resepinya pun sangat ringkas, senang dan mudah untuk disediakan.  Terima kasih Izah ku cayang.

ISI AYAM GORENG TOMATO
Sumber : Izah 
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:
300 Gram Isi aAyam Didadu
1 Biji Tomato
2 Sudu Besar Cili Kering Kisar
1 Tangkai Cli Merah - Dihiris Nipis
1 Tangkai Cili hHjau - Dihiris Nipis
2-3 Tangkai Cili  Padi - Dihiris Nipis
1 Sudu Besar Minyak Masak
4 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
3-4 Helai Daun Limau Purut
- Sedikit Garam Dan Gula


Cara2:
1. Panaskan Minyak Dan Tumis Bawang Merah Dan Bawang Putih Yang Dicincang.
2. Setelah Wangi, Masukkan Cili Kisar Dan Tumis Hingga Pecah Minyak.
3. Masukkan Ayam Dan Masak Kira2 3 atau 4 Minit.
4. Kemudian Masukkan Limau Purut Dan Cili Padi.
5. Masukkan Pula Tomato Didadu Dan Leyek Hingga Hancur.  Rasa Garam Dan Gula.
6. Akhir Sekali Masukkan Cili Hiris Dan Bolehlah Diangkat.


16 ulasan:

  1. tq kak lin sudi cube2 resepi dri blog saya yang tak seberpa tu.. hehehe.. tapi bila nampak lauk kak lin ni trasa terliur betui saya.. haish lapor sokmo.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. *IzahDaut*
      Welcome....Kak Lin mmg suka resepi yg senang2..ok apa blog Izah tu byk pengunjungnya. Alhamdulilah...adik akak ni lapor yer....nak kena suapkan ke? hik3

      Terima kasih Muaaahhhh :)

      Padam
  2. Salam K.Lin...apa kabar? moga tambah sihat.nampak menarik ayam k.Lin hidangkan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. *MamaSya*
      Walaikumsalam...alhamdulilah bertambah sihat ni atas doa rakan2 dan saudara mara..alahai tak lah menarik mana pun Mama biasa2 jer...

      Terima kasih Muaaahhhh :)

      Padam
  3. asslm Kak Lin...terbau2 dah lauk ayam tu kt sini...haishhhh terliur dibuatnya...nmpk sedap sgt tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. *QasehHoney*
      Walaikumsalam.Baunya sampai jauh nun disana...wah! hebat tu...mmg sedap pun...cubalah..

      Terima kasih Muahhhhh :)

      Padam
  4. salam kenal dan ziarah disini..jumpa blog akk kt QH..nak copet resepi kek coklat tue..sy follow akk yer..tq..-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Zila4ever*
      Walaikumsalam. Salam kenal juga dari Kak Lin...Terima kasih sudi follow yer...Kalau dah buat beritahu akak....tak sabar nak mengomen...hik3

      Terima kasih. Muahhhhh :)

      Padam
  5. anak2 mas suka ayam masak gini...
    sedappnya tengokk kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Mas*
      Yerlah Mas budak2 kan mmg suka ayam....lebih2 lagi kalau kita masak kena dgn selera mereka tak cukup sepinggan mereka makan...


      Terima kasih. Muaaahhhh :)

      Padam
  6. Assalam kak Lin cyng, moga akak bertambah sihat yer. jangan lupa mkn ubat ikut masanya. sedap tgk ayam akak ni nasib baik saya baru sudah mkn singgah sini..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Nieza*
      Walaikumsalam. Cayang Kak Lin ke? Terima kasih3 Aaminnn...Insya Allah. Terima kasih ingatkan Kak Lin utk makan ubat. Sedap3 berselera anak2 akak bila makan menu ni...

      Terima kasih. Muaaahhhh :)

      Padam
  7. As'salam Kak Lynn

    ct doakan akak bertambah sihat hendaknya, jaga kesihatan selalu ya.

    menu yang simple dan ringkas memang menjadi idaman ct lah kak. sebab nya tak payah nak duk lama2 memasak kat dapur kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. *CTDelima*
      Walaikumsalam. Aamin...Aamin...Aamin...Terima kasih CT. Kalau Kak Lin ikut keadaan kalau ada urusan lain buatlah menu yg ringas jika tak ada urusan lauk...sekali sekala ubah selera buat menu yg cerewet sikit...hik3

      Terima kasih. Muaaahhhh :)

      Padam
  8. Salam Kak Lyn..Saya doakan semoga Kak Lyr bertambah sihat seperti sediakala..nampak ayam ni sedapppnya..nak makan pun senang ni..main ngap ngap jeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Sue@Nenie*
      Walaikumsalam. Aamin...Aamin...Terima kasih Sue. Memang pun main ngap ngap jer...hehehehe

      Terima kasih Sue. Muaaahhhh :)

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...