13 Oktober 2012

Kek Apam Gula Hangus - Kukus

Assalamualaikum :D
Salam sejahtera buat semua rakan-rakan blog yang disayangi....dah lama blog Kak Lin tidak dikemas kini... Maaflah sekirannya blog Kak Lin tidak selalu diupdate dan jikalau Kak Lin tidak berkesempatan untuk melawat blog kawan2 yer... Ini memandangkan, buat masa ini Kak Lin kena memberikan sepenuh perhatian  untuk menjaga Mak Kak Lin yang telah uzur. Kak Lin ni seorang sahaja anaknya yang masih ada...jadi Mak Kak Lin mengharapkan Kak Lin untuk menjaganya... Semoga Allah memberikan Kak Lin kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kesihatan yang baik untuk memikul amanah dan tanggungjawab  yang diberikan oleh Allah untuk menjaga Mak Kak Lin dengan sebaik-baiknya....Insya Allah...Ameen...

Hari ini Kak Lin nak kongsikan resepi Kek Apam Gula Hangus (Kukus) yang Kak Lin jumpa  didalam Majalah Rasa keluaran Oktober 2012.  Tapiiii.... ada sedikit perubahan yang Kak Lin lakukan daripada resepi asal. Gulanya tak berapa dihanguskan...itu sebab warnanya tak berapa nak coklat dan sodabikarbonatnya Kak Lin kurangkan sebab tak suka banyak2 nanti pahit...

KEK APAM GULA HANGUS 
Resepi : Chef Hairul Anuar Hamidi - Majalan Rasa Oktober 2012
Dicuba Oleh : LinRosly



Bahan2:-
100 gm gula pasir
50ml air

Bahan A
120 gm mentega cair
100 gm tepung kek - Kak Lin tambah  50gm lagi
50 gm soda bikarbonat - Kak Lin masukkan 1 1/2 sudu kecil
200 gm susu pekat manis
5 biji telor


Cara2:-
1. Cairkan gula pasir bersama air sehingga menjadi perang dan Biarkan sejuk, ketepikan.
2. Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati
3. Masukkan gula perang yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati
4. Tuang dalam acuan dan kukus selama 30 minit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...