15 Disember 2010

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum :D
Salam Semua Sahabat-Sahabat Blog.....Kak Lin Ni Dah Selalu Masak Ayam...Tak Tau Nak Masak Ayam Apa Lagi Yang Anak-Anak Kak Lin Suka.....Kak Lin Belek2 Buku Resepi Kak Liza. Kak Lin Terjumpa Resepi Ayam Masak Halia Yang Begitu Senang Dan Sedap! Terima kasih Kak Liza....Muaaahhhh....

Pada Semua Sahabat-Sahabat Blog..Kak Lin Minta Ampun....Kerana Tidak Selalu Berkesempatan Untuk  Bertandang Ke Rumah-Rumah Kalian Memandangkan Masa Yang Tidak Mengizinkan.  Sebentar Lagi Kak Lin Akan Bertolak Ke Johor Bahru Atas Urusan Kerja Dan Pada Sahabat-Sabahat Blog Yang Selalu Meninggalkan Komen Yang Membina, Yang Kelakar Dan Pada Yang Suka Bertanya Khabar,  Kak Lin Ucapkan Berbanyak-Banyak Terima Kasih.

AYAM MASAK HALIA
Resepi: Chef Hanieliza
 Sumber: LinRosly

Bahan2:-
500 Gram Ayam
3 Sudu Makan Sos Tiram
1 Sudu Teh Tepung Jagung ~ Di Bancuh Dengan 1/2 Cawan Air
1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
1 Pokok Daun Bawang
1 Biji Tomato - Di Belah 4
2 Sudu Makan Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa

Bahan Hiris:-
3 Inci Halia
3 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
3 Biji Cili Merah



Cara2:-
1. Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Yang Di Hiris Sehingga Layu.
2. Masukkan Ayam Dan Kacau Rata. Kemudian Masukkan Sedikit Air.
3. Masakkan Ayam Sehingga Lembut
4. Masukkan Bancuan Tepung Jagung, Sos Tiram, Serbuk Lada Hitam Dan Garam. Biarkan Sehingga Kuah   Pekat.
5. Masukkan Tomato Dan Daun Bawang. Kemudian Kacau Rata.
6. Sedia Untuk Di Hidangkan.


4 ulasan:

  1. Kak Lin,

    Hari tu ada nampak buku resipi ni, dah belek2 tapi tak beli jugak. Nampak gayanya macam nak kena pegi beli ni hihi

    BalasPadam
  2. salam kak leen..
    anak2 sy pun tak jemu2 dengan ayam... kadang tu mmg dah blur nak masak apa ngan ayam tu... lauk yg kak leen masak ni pun nampak sedap.. boleh try nnt.. tq kak leen..

    BalasPadam
  3. Suara Kalbu > Beli Jg Tak Beli...

    BalasPadam
  4. MaDiHa > Walaikumsalam....Boleh Kalau Nk Cuba... Ubah2 Selera...

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...