17 September 2012

Kek Sarang Lebah

Assalamualaikum :D
Hari ni pula Kak Lin nak kongsi resepi Kek Sarang Lebah. Kak Lin ambil resepi ini daripada Majalah Rasa 2012 buat kali pertama tak menjadi tapi buat kali kedua  dengan kerjasama jiran Kak Lin yang dah biasa membuat kuih2 jual akhirnya menjadi juga Kek Sarang Lebah Kak Lin ni.... Terima kasih "Puan Sapura".

Puan Sapura ni seorang jiran yang baik, dia adalah seorang oku dan punya 2 orang cahaya mata yang masih kecil. Tugasnya hari2 buat kuih untuk dihantar ke kantin Kilang di sekitar daerah Batu Pahat. Tapi yang sedihnya sekarang ni beliau menghidapi ketumbuhan di  payu dara dan pada 27/08/2012 beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut....setelah ketumbuhan tersebut dibuang dan diuji di makmal barulah Doctor tahu yang ketumbuhan tersebut  adalah barah. Pada  5/11/2012 yang akan datang beliau dikehendaki menjalani sekali lagi pembedahan untuk membuang semua letumbuhan tersebut.  

Kenapalah Doctor tak dapat kesan lebih awal yang ketumbuhan tersebut adalah barah...kalau tidak dia hanya menjalani sekali pembedahan sahaja tidaklah sampai 2 kali pembedahan. Sedih dan kasihan Kak Lin melihatkan penderitaannya.   Kak Lin doakan beliau dipanjangkan usia, semoga selamat menjalani pembedahan, dan senantiasa di dalam rahmat dan hidayah ALLAH hendaknya...Ameen...

KEK SARANG LEBAH
Sumber : Majalah Rasa 2012
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan Karamel:-
1 cawan gula
1 cawan air

Cara:-
Gula dimasak hingga menjadi kekuningan atau coklat sedikit. Jangan sampai hangus. Kemudian curah air perlahan-lahan. Kacau sehingga rata. Setelah rata tutup api dan biarkan sejuk.


Bahan2:-
2 sudu besar mentega*Kak Lin lebihkan sedikit 2 1/2 sudu
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis
5 biji telur *Kak Lin guna gred C
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat* diayak

Cara:-
1. Pukul mentega dan esen vanila hingga kembang sedikit dengan menggunakan spatula.
2. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
3. Masukkan sebiji telur, kacau rata dan masukkan sebiji lagi kacau rata ulangi hingga habis.
4. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak sekali. Kaup balikkan biar rata.
5. Setelah adunan rata masukkan pula karamel, kacau perlahan hingga bergaul rata. Kalau adunan cair tambah sedikit tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi pekat sedikit.


18 ulasan:

  1. Assallamualaikum kak Lin..

    Kak, kak Sapura tu, 1st time operate tahun lepas ke tahun ni kak? Tarikh akak tulis tu(28/09/2012) tu kan lom sampai lagi.. Tersalah ye kak...
    Sian kak sapura tu.. Naz doakan semoga Allah meringankan segala kesulitannya dan permudahkan dia menghadapinya.. Doa je yg mampu diberi..

    Kak, amboiii..siap amik tok guru masa buat kek ni ye.. Confirm sedap tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Naz :D
      Kak Sapura tu operate tahun ni 27/08/2012. Maaf akak tersilap taip...Terima kasih Naz tolong perbetulkan. Alhamdulilah. Kesihan dengan dia Naz...

      Kak Lin hanya beritahu dia Kak Lin buat tak menjadi Kek Sarang Lebah ni tapi dia dengan rela hati ingin ajar akak...

      Padam
  2. salam dear...teringin nak cuba ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam :D
      Terima kasih jika ingin mencuba dan terima kasih sudi singgah di blog Kak Lin.... :D

      Padam
  3. Salam kak lyn!!! kek sarang lebah? laaaaa... kita ingatkan ada sarang semut ajerr hihihi.... kita ni jakun sgt kalau dgn kek2 yg kita tak pernah makan :D tp nmpk sedap tu kak klu dapat rasa bestnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Ija :D
      Sekarang ni kan mcm2 sarang ada...mungkin tak lama lagi akan kuar kek atau biskut sarang burung walet pulak...kih3

      Kak Lin pun ada masa jakun juga bila melihat masakan yg tak pernah didengar...hehehehe

      Padam
  4. Syukurlah... sekurang-kurangnya Dr dapat kesan penyakit tu walaupun terpaksa jalani pembedahan kali kedua, daripada tak dapat kesan langsungkan Kak Lin.
    Cantik kejadian kek sarang lebah tu...mesti sedap ye Kak Lin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Amie...Alhamdulilah dapat kesan awal...
      Sedap pada yg suka...tak sedap pada yg tak suka...hehehe

      Padam
  5. aslmkum kLin..emak saya mmg terer buat kek ni masa saya kecik2 dulu.. skrg ni dah jrg2 buat.. mak kata bdk2 tak suke kek ni.. org tua jer yg suka.. hihihi.. tpi saya suke jer semua kek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Zana :D
      Anak2 Kak Lin yg suka kek ni...minggu ni dia org ada balik tu yg Kak Lin rajin membuatnya....

      Padam
  6. Assalamualaikum...
    kak lin, ingat lagi nani.. time tu baru2 je nak mula preggy, terngidam nak makan kek gula hangus ni.. lepas balik keje terus dok dapur godek2 wat kek gula hangus ni.. alhamdullillah.. dapat gak merasa walaupun tak sedap nani wat time tu.. 1st time try.. tu yg tak tau camne lagi...

    BalasPadam
  7. Walaikumsalam...
    Zaman Kak Lin anak dara dulu pun biasa buat tapi baru2 ni Kak Lin buat boleh tak menjadi pulak sampai jiran Kak Lin tolong ajarkan...almaklumlah umur dah meningkat ni dah byk yg terrrrlupaaaa kot....hik3

    BalasPadam
  8. salam kak Lin.Mmg sedap kan kek sarang semut ni..dah lama gak xbuat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam :D
      Buat laaa...leh pos pada Kak Lin sebuku...hik3

      Padam
  9. salam syg kak lin,zila x pernah cuba buat..takut x menjadi...he he dan malas pun yer jgk..ha hhaaa..resepi dah lama simpan tunggu masa nk rajin jew kak:) nak sepotong kak lin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sayang juga dari Kak Lin,
      Kamu tu lagi rajin daripada Kak Lin ni...bila2 masa kalau nak buat...buat apa simpan lama2 resepi tu nnt lipas yg tukang buatkan! hehehehe jgn marah yer sayang!

      Padam
  10. mulus kek ni, menjadi akak buat..
    moga disembuhkan jiran akak tu, sedih saya dengar.Bahagian kita ni kadang2 tak tahu lagi,tapi moga2 Allah lindungi kita semua,amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Rohah :D
      Insya Allah mudah-mudahan kita dilindungi oleh ALLAH S.W.T Ameen...

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...