22 November 2010

Pecal Ikan Cencaru

Assalamualaikum :D
Resepi ini juga daripada koleksi sendiri....dulu pernah belajar dengan mak mertua masak ikan ni...sedap dan enak rasanya...salah satu masakan orang jawa....


Bahan A/
2 Ekor Ikan Cencaru 
2 Inci Kunyit
- Sedikit Garam

Bahan Untk Kuah:-
2 Mangkuk Kecil Santan Pekat
4 Buku Isi Cekur
6 Helai Daun Cekur
16 Biji Cili Padi-Di Goreng
2 Ulas Bawang Putih-Di Goreng
2 Ulas Bawang Merah-Di Goreng


Cara2:-
Bersihkan Ikan. Lumur Ikan Dengan Garam Dan Kunyit Kemudian Di Panggang Hingga Masak. Kisar Santan, Isi Cekur, Garam Dan Bahan Yang Telah Di Goreng. Untuk Di Jadikan Kuah.  Kemudian Tuang Di atas Ikan Panggang Tadi.  Taburkan Daun Cekur Diatasnya.
  
Note:-  Kuah Tidak Perlu Di Masak.

17 November 2010

Daging Goreng Ketumbar

Assalamualaikum :D
Daging goreng ketumbar yang disukai oleh suami dan anak2, sedap juga kalau diratah begitu sahaja...kalau Kak Lin yang makan asyik tersangkut digigi jer...hahahaha


Bahan2:-
300 Gram Daging
5 Ulas Bawang Putih
2 Inci Kunyit Hidup
3 Sudu Makan Ketumbar
Garam Mengikut Rasa



Cara2:-
Daging Di Potong Nipis. Bersih Dan Di Toskan.Tumbuk Kunyit, Bawang Putih Dan Ketumbar .  Masukkan Kedalam Mangkuk Yang Berisi Daging Dan Gaul Bersama-sama Dengan Garam. Di Perap Sebentar.

Panaskan Minyak.  Goreng Sampai Daging Masak.

12 November 2010

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum :D
Selalu kita citer pasal masakan, apa salahnya sekali sekala kita muasabah diri dengan mendengar Tazkirah....semoga hati kita lebih tenang setenang air di kali...


KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA. 


Segala Kepujian Dan Kesyukuran Ditujukan Kepada Allah Ta’ala, Salawat Dan Salam Buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu Was Salam Dan Buat Keluarga Dan Sahabat Baginda. 


Imam Al Bukhari Rahimahullah Meriwayatkan Daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘Anhuma Bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘Alaihi Wa Sallam Bersabda : 

“Tiada Suatu Haripun, Amalan Kebaikan Padanya Mempunyai Kelebihan Melainkan Pada Hari-Hari Ini – Iaitu Sepuluh Hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda Bertanya : “Apakah Juga (Pengecualian Itu) Termasuk Jihad Pada Jalan Allah ?” .

Ujar Baginda : “Tidak Juga (Termasuk) Berjihad Pada Jalan Allah Kecuali Bagi Seorang Yang Keluar Dengan Jiwa Raga Dan Hartanya Dan Tidak Membawa Pulang Apa-Apa Pun”. 

Imam Ahmad Rahimahullah Meriwayatkan Dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘Anhuma Bahawa Baginda Salla Allah ‘Alaihi Wa Sallam Bersabda : “Tiada Suatu Haripun, Amalan Kebaikan Padanya Mempunyai Kelebihan Melainkan Pada Hari-Hari Sepuluh Zulhijjah Ini, Oleh Kerana Itu Perbanyakkanlah Padanya Tahlil (La Ilaha Illa Allah) , Takbir (Allah Akbar) Dan Tahmid (Alhamdu Lillah)”. 

Ibnu Hibban Di Dam Kitab Sahihnya Meriwayatkan Dari Jabir Radhia Allah ‘Anhu Bahawa Baginda Salla Allah ‘Alaihi Wa Sallam Bersabda : “Seutama-Utama Hari Adalah Hari ‘Arafah”. 


Note:-
Pagi Ni Kak Lin Nak Pergi Ke Kluang Utk Mengambil Anak2 Kak Lin Balik Dari Asrama.   Cuti Sekolah Ni, Cerialah Balik Rumah Kak Lin. Asyik2 Kak Lin Pandang Muka Laling....Laling Pandang Muka Kak Lin.....Nasib Baik Laling Tak Jemu Memandang Muka Kak Lin Ni....Ampun! 



11 November 2010

Kueh Kuaci

Assalamualaikum :D
Kuih Kuaci resepi mak...Mak Kak Lin memang suka makan kuih kuaci tapi Kak Lin kurang menyukai kuih kuaci ni...bila dah buat dan dah ada didepan mata bedal jer lerrr...


Bahan2:-
250 Gram Tepung Pulut
1 ½ Cawan Air
Daun Pisang Secukupnya – Di Layur Di Gunting Bulat
Santan Pekat
Sedikit Garam

Inti:-

1 Biji Kelapa Yg Tidak Terlalu Tua - DiParut
1 Ketul Gula Melaka
1 Cawan Air
1 Helai Daun Pandan




Cara2:-
Campurkan Semua Bahan Inti Dan Masak Hingga Kering.
Tepung Pulut Di Bancuh Dengan Air. Uli Hingga Menjadi Doh.   Ambil Sedikit Doh Letak Diatas Daun Pisang  Kemudian Leperkan Dan Bubuh Inti.  Tutup Dengan Kemas. Tuangkan Sedikit Santan Yang Telah Di Campur Dengan Garam. Lipat Daun Pisang Dengan Kemas. Susun Satu Persatu Di Dalam Kukusan. Sebelum Itu Panaskan Kukus Terlebih Dahulu Kemudian Kukus Selama 15 Hingga 20 Minit.

Note:-
Mak Kak Lin Teringin Nak Makan Kueh Koci....Dia Lebih Suka Kueh Koci Yang Di Buat Sendiri Daripada Yang Di Beli...Tu Yang Kak Lin Buatkan Untuk Dia.  Selera Warga Emas Tak Sama Dengan Selera Kita Orang Muda! Hehehehe..... Muda Ke Kak Lin Ni? Perasan!!!!

10 November 2010

Sup Tulang

Assalamualaikum :D
Sup Tulang ni memang kegemaran suami Kak Lin, tak boleh selalu makan sup tulang ni nanti kolestrol naik sampai ke puncak gunung...bahaya....kena control...



Bahan2:-
1 Kilo Tulang Lembu
8 Ulas Bawang Putih
5 Ulas Bawang Merah
2 Inci Halia
3 Biji Kentang - Dibelah
2 Bungkus Rempah Sup Bunjut
- Sedikit Serbuk Lada Sulah
- Sedikit Daun Bawang Daun Sup – Di Hiris
- Kayu Manis, Bunga Lawang Dan Buah Pelaga
- Bawang Goreng


Cara2:-
Tulang Dibersihkan Dan Rebus Hingga Dagingnya Empuk Bersama Rempah Sup Bunjut. Halia, Bawang Putih Dan Bawang Merah Di Tumbuk. Panaskan Minyak, Tumiskan Bahan Tumbuk Tadi Kemudian Masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang Dan Buah Pelaga Hingga Wangi. Tuangkan Kedalam Periuk Yang Berisi Tulang. Masukkan Pula Kentang Dan Lada Sulah. Setelah Mendidih Masukkan Garam, Daun Bawang Dan Daun Sup. Bolehlah Di Hidangkan.

09 November 2010

Mihun Sup

Assalamualaikum :D
Mee Hoon Sup ni Kak Lin ambil resepinya daripada Kolesi simpanan Kak Lin dan inilah salah satu makanan kegemaran Kak Lin...kalau makan dengan sambal kicap mesti sampai bersiut-siut....merasai kenikmatan kepedasannya...hahaha


Bahan2:-
1 Bungkus Mihun
100 Gram Sawi
500 Gram Udang *Rebus Buang Airnya
300 Gram Isi Ayam
1 Bungkus Rempah Sup
1 Mangkuk Air Rebusan Ayam
- Sedikit Minyak Masak
- Garam

Bahan Kisar:-
4 Ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
1 Sm Halia


Cara2:-
Rendam Meehoon Dengan Air. Bila Telah Separuh Kembang. Tapis Dan Ketepikan. Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Kisar. Masukkan Air Rebusan Ayam, Isi Ayam, Udang, Rempah Sup Dan Garam. Masukkan Sawi. Biarkan Sekejap. Masukkan Meehoon Kedalam Mangkuk. Kemudian Tuang Kuah Sup Diatasnya.

05 November 2010

Apam Pelangi

Assalamualaikum :D
Resepi Ini Daripada Sumber(Ida Bakery) Terima Kasih Diatas Sumbangan Yang Di Berikan.  Tapi Kak Lin Buat  Taklah Secantik Sepertimana Yang Dibuat Oleh (Ida Bakery) Hehehe.



Bahan2:-
5 Biji Telur
1 Sudu Teh Ovalette
½ Sudu Teh Esen Vanila
300 Gram Tepung Gandum
300 Gram Gula Kastor
250 Ml Santan
1 Sudu Teh Baking Powder
- Sedikit Garam
- Pewarna



Cara2:-
Pukul Telur, Ovalette Dan Gula Kastor Hingga Kembang. Masukkan Santan Dan Esen     Vanila Pukul Hingga Sebati Kemudian Masukkan Pula Tepung, Baking Powder Dan Garam. Pukul Lagi Hingga Sebati. Panaskan Kukus.  Sapu Loyang Dg Sedikit Minyak. 

Bahagikan Adunan Kepada 3 Bahagian. Warna Merah, Kuning Dan Hijau. Curahkan Adunan Ke Dalam Loyang Ikut Warna Berselang Seli. Kukus Adunan Selama 30 Minit. Dah Masak Hidangkan Dg Kelapa.



04 November 2010

Biskut Tulip

Assalamualaikum :D
Biskut Tulip...mula2 dulu belum dapat resepi selalu beli tapi bila dah dapat resepi cubalah membuatnya....kadang jadi kadang hancus! hehehe

BISKUT TULIP
Sumber : LinRosly

Bahan2:-
200 Gram Mentega
250 Gram Tepung Gandum
500 Gram Gula Aising
1 Biji Kuning Telur
20 Gram Tepung Jagung
30 Gram Susu Tepung
1 Sudu Kecil Esen Vanila 
Sedikit Buah Prune
Sedikit Badam Cincang
  


Cara2:-
Satukan Mentega, Gula Dan Esen Vanila. Pukul Sehingga Kembang. Masukkan Kuning Telur, Tepung Jagung, Susu Tepung Dan Tepung Gandum. Gaulkan Adunan Sehingga Menjadi Doh. Gunakan Penggelek Yang Bergerigi Untuk Mencanai Dan Terap Dengan Acuan Tat. Bentukkan Seperti Bunga Tulip. Sebelum Di Bakar, Sapukan Kuning Telur Di Atasnya.  Buatkan Tangkainya Berwarna Hijau.


02 November 2010

Terubuk Masin Masak Lemak Nenas

Assalamualaikum :D
Terubuk Masin Ini Begitu Terkenal Di Sarawak. Semasa Kakak Ipar Kak Lin  Pergi Ke Sarawak Terubuk  Masin Ini Adalah Salah Satu Buah Tangan Yang Di Bawa Pulang, Selain Daripada Kek  Lapis Sarawak.  Tahun 2009 Semasa (Dayang) Pulang Ke Sarawak  Dia Juga Ada Mengirimkan  Terubuk Masin Pada Kak Lin. Sebelum Itu Kak Lin Tak Tahu Pun Terubuk Masin Ini Terkenal Di Sarawak. Dari Zaman Kanak-Kanak Lagi Kak Lin Tak Pandai Makan Ikan Terubuk. Bila Kak Lin Cuba Makan Ikan Terubuk Yang  Mak Kak Lin Masak Pasti Tercekik Tulang.  Tapi Sekarang Ni Alhamdulilah Dah Pandai Makan. Walaupun Perkara Ini Sudah Lama Berlalu Tapi Itulah Kenangan Yang Tak Dapat Kak Lin Lupakan. 


Bahan2:-
1 Ekor Ikan Terubuk Masin
½ Biji Nenas Madu – Di Hiris Nipis
5 Ulas Bawang Merah – Di Kisar
1 Ulas Bawang Putih – Di Kisar
15 Biji Cili Padi – Di Kisar
1 ½ Inci Kunyit – Di Kisar
1 Mangkuk Besar Santan Pekat
½ Mangkuk Kecil Santan Cair
- Tambah Serbuk Perasa Jika Suka


Cara2:-
Ikan Terubuk Masin Di Rendam Dengan Air Garam Untuk Mengurangkan Rasa Masin. Kemudian Di Bersihkan. Masukkan Ikan, Bahan-Bahan Kisar, Nenas Dan Santan Cair Kedalam Periuk. Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih. Akhir Sekali Masukkan Santan Pekat.  Bila Telah Mendidih Sekali Lagi Bolehlah Diangkat Dan Di Hidangkan.


30 Oktober 2010

Resepi Merangkap Nyamuk

Assalamualaikum :D
Kak Lin Dapat Maklumat Ini Daripada Email Yang Di Hantar Kepada Suami Kak Lin....J0m Baca! Apakah Cara Ini Boleh Di Ikuti...Sapa Yang Nak Cuba Silakan...

"Bapak-Bapak Dan Ibu-Ibu. Ini Bahasa Indonesia...Sebab Si Pengirim Adalah Orang Indonesia"


CARA MUDAH DAN MURAH BERANTAS NYAMUK

Nyamuk Cukup Mengganggu Dan Sangat Berbahaya
Sebagai Penyebar Berbagai Penyakit Mematikan.
Cairan Pembunuh Serangga Di Pasaran Kurang
Efisien Dan Bahkan Membawa Dampak Sampingan
Yang Serius.

Berikut Ini Cara MUDAH Dan MURAH Yang
Bisa Dicoba.
Cocok Untuk Segala Kondisi Pemukiman, Sekolah,
Rumah Sakit, Dll.
Sangat KREATIF Bila Dikenalkan Pada Para Siswa
Sekolah Untuk Dicoba Di Sekolah Dan Di Rumah
Masing-Masing.

Yang Dibutuhkan :
- 200 Ml Air
- 50 Gram Gula Merah
- 1 Gram Ragi (Beli Di Toko Makanan Kesehatan,
Warung, Atau Pasar)
- Botol Plastik 1,5 Liter

LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN:-


1. Potong Botol Plastik Di Tengah. Simpan Bagian Atas/Mulut Botol. 


2. Campur Gula Merah Dengan Air Panas. Biarkan Hingga Dingin Dan Kemudian Tuangkan Di Separuh Bagian P0t0ngan Bawah Botol. 



3. Tambahkan Ragi. Tidak Perlu Diaduk. Ini Akan Menghasilkan Karbon-Dioksida. 


4. Pasang/Masukkan Potongan Botol Bagian Atas Dengan Posisi Terbalik Seperti Corong. 


5. Bungkus Botol Dengan Sesuatu Yang Hitam, Kecuali Bagian Atas, Dan Diletakkan Di Beberapa Sudut Rumah Anda


Dalam Dua Minggu, Anda Akan Melihat Jumlah Nyamuk Yang Mati Di Dalam Botol. 


Selalu Kita Mencuba Resepi Masakan....Apa Kata Sekali Sekala Kita Mencuba  Resepi Tangkap Nyamuk Pulak!....Hehehe

29 Oktober 2010

Keberkatan Surah Yassin



Assalamualaikum :D
RASULULLAH S.A.W Telah Bersabda Yang Bermaksud: "Bacalah Surah Yassin
Kerana Ia Mengandungi Keberkatan", Iaitu: 

1. Apabila Orang Lapar Membaca Surah Yassin, Ia Boleh Menjadi Kenyang. 

2. Jika Orang Tiada Pakaian Boleh Mendapat Pakaian. 

3. Jika Orang Belum Berkahwin Akan Mendapat Jodoh. 

4. Jika Dalam Ketakutan Boleh Hilang Perasaan Takut. 

5. Jika Terpenjara Akan Dibebaskan. 

6. Jika Musafir Membacanya, Akan Mendapat Kesenangan Apa Yang Dilihatnya. 

7. Jika Tersesat Boleh Sampai Ke Tempat Yang Ditujuinya. 

8. Jika Dibacakan Kepada Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Allah Meringankan Siksanya. 

9. Jika Orang Yang Dahaga Membacanya, Hilang Rasa Hausnya. 

10. Jika Dibacakan Kepada Orang Yang Sakit, Terhindar Daripada Penyakitnya. 

11. Rasulullah S.A.W Bersabda: "Sesungguhnya Setiap Sesuatu Mempunyai Hati Dan Hati Al-Quran Itu Ialah Yassin. Sesiapa Membaca Surah Yassin,Nescaya Allah Menuliskan Pahalanya Seperti Pahala Membaca Al-Quran Sebanyak 10 Kali. "

12. Sabda Rasulullah S.A.W Lagi, "Apabila Datang Ajal Orang Yang Suka Membaca Surah Yassin Pada Setiap Hari, Turunlah Beberapa Malaikat Berbaris Bersama Malaikat Maut. Mereka Berdoa Dan Meminta Dosanya Diampunkan Allah, Menyaksikan Ketika Mayatnya Dimandikan Dan Turut Menyembahyangkan Jenazahnya". 

13. Malaikat Maut Tidak Mahu Memaksa Mencabut Nyawa Orang Yang Suka Membaca Yassin Sehingga Datang Malaikat Redwan Dari Syurga Membawa Minuman Untuknya.Ketika Dia Meminumnya Alangkah Nikmat Perasaannya Dan Dimasukkan Ke Dalam Kubur Dengan Rasa Bahagia Dan Tidak Merasa Sakit Ketika Nyawanya Diambil.



27 Oktober 2010

Telur Itik Masak Lemak

Assalamualaikum :D
Sekali sekala teringin nak makan telur itik masak lemak...resepi ni tak ikut mana2 resepi . Kak Lin main campak2 jer....janji tertunai hajat dihati untuk makan menikmati telur itik masak lemak ni.....



Bahan2:-
5 Biji Telor Itik
10 Biji Cili Padi – Di Kisar
1 Inci Kunyit – Di Kisar
3 Ulas Bawang Putih – Di Kisar
6 Ulas Bawang Merah – Di Kisar
2 Mangkuk Santan
1 Asam Keping
2 Helai Daun Kunyit
Garam Secukup Rasa



Cara2:-
Masukkan Bahan Kisar Bersama-sama Santan Ke Dalam Periuk.   Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih.  Masukkan Garam, Asam Keping Dan Daun Kunyit. Akhir Sekali Masukkan Telor Satu Persatu.   Biarkan Mendidih.   Setelah Telor Masak Bolehlah Di Angkat Dan Di Hidangkan.


24 Oktober 2010

Puding Buih

Assalamualaikum :D
Puding buih daripada buku koleksi sendiri...sedap jugalah rasa puding ni...bila dan masak ada macam buih2 sedikit.....kira jadilaaa kot....

PUDING BUIH
Resepi : Koleksi Sendiri
 Sumber : LinRosly

Bahan A:-
80Gram Gula Kastor
1Bungkus Kecil Serbuk Agar-Agar
3/4 Cawan  Susu Cair
1 1/2 Cawan Air
30 Gram Tepung Kastad
2Biji Kuning Telor

Bahan B:-
80Gram Gula Kastor
1Bungkus Kecil Serbuk Agar-Agar
3/4 Cawan Susu Cair
11/2Cawan Air
2Biji Putih Telor – Pukul Hingga Berbuih
-Sedikit Pewarna Merah Dan Hijau


Cara2:-
Bahagian A:-
Gula, Agar-Agar Dan Susu Cair Di Masak Hingga Mendidih.  Masukkan Tepung Kastad Yang Telah Di Bancuh Dengan Sedikit Air.   Kacau Dan Masukkan Kuning Telor.  Kacau Hingga Sebati Dan Pekat.   Tuang Ke Dalam Acuan Dan Sejukkan.

Bahan B:-
Gula, Agar-Agar Dan Susu Di Masak Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Putih Telor. Biarkan Sebentar . Angkat Dan Di Bahagikan Kepada Dua Bahagian.   Warnakan Satu Bahagian Merah Dan Satu Bahagian Lagi Hijau.  Tuangkan Berselang Seli Ke Atas Adunan A Dan Sejukkan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...