08 Disember 2010

Daging Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum :D
Daging Masak Lemak Cili Padi....Menu Kak Lin Beberapa Hari Yang Lalu..... Kak Lin Tak Sempat Nak Klik..Klik...Klik Dan Terus Tayang Kat Blog.  Kena Tunggu Beberapa Hari Dulu Mengikut Giliran... Hehehehe 

Sebenarnya Resepi Ni Kak Lin Jumpa Dalam Blog Nuridah Sedap! Tapi Kalau Daging Tu Di Salai Lagi Ler Bertambah-Tambah Sedap....


Bahan2:-
½ Kg Daging Batang Pinang
2  Batang Serai
20 Biji Cili Padi
3 Biji Ubi Kentang
½ Inci Kunyit Hidup
2 Cawan Santan Pekat
1 Cawan Santan Cair
1 Helai Daun Kunyit
½ Cawan Air
 -  Garam Secukup Rasa



Cara2:-
Blend Cili Api,Kunyit Hidup Sehingga Halus.  Kemudian Masukkan Bahan Yang Telah Di Blend, Serai Yg Telah Dititik(Ditumbuk Sedikit)Kedalam Periuk. Masukkan Daging Dan Tambah Sedikit Air. Masak Sehingga Daging Empuk.

Jika Daging Telah Empuk Masukkan Santan Cair Dan Air Tadi. Kemudian Mskkan Ubi Kentang Dan Daun Kunyit.  Apabila Ubi Kentang Telah Empuk, Mskkan Santan Pekat Dan Garam.Tutup Api.

Cadangan Hidangan:-

Jika Hendak Pedas Dan Lebih Kick, Tambah Lebih Cili Api.
Ini Adalah Resepi Original Negeri Sembilan. Kalau Tak Nak Guna Ubi Kentang Boleh Guna Belimbing Buluh. Boleh Juga Kalau Nk Guna Dg Salai, Tetapi Kena Letak Belimbing Buluh Baru Power.


07 Disember 2010

Cinta Monyet Di Tanjung Mas!




Assalamualaikum :D
Kebetulan Masa Cuti Maal Hijrah, Abang Kak Lin Ada Urusan Di Muar.  Kak Lin Dengan Anak-Anak Ikut Sekali.  Selepas Urusan Abang Kak Lin Selesai, Adik Na Ajak Pergi Tengok Monyet Dekat Tanjung Mas,  Salah Satu Tempat Tarikan Pelancong Di Muar, Johor. Monyet kat Sini Memang Banyak Dan Semuanya Jinak-Jinak Dan Comel-Comel Pulak Tu......Nak Ambil Gambar Pun Kena Hati-Hati.....Takut Monyet-Monyet Ni Rampas Hp Kak Lin...Hehehehe.  Sebenarnya Monyet-Monyet Ni Memang Suka Kita Ambil Gambar Dia.....Siap Posing Macam Model! Gitu....


Tengok Yang Ni Tengah Duduk Termenung....."Frust" Kot...Pak We Lari!!! Hehehehe


Yang Ni Pulak Tengah Makan Asam Pelam....Bila Kak Lin Nak Ambil Gambar Dia Pusing Sana....Dia Pusing Sini...."Pemalu Kot" Hehehehe....Bulunya Gebus Gitu.....Rasa macam Nak Pegang Tapi......Takutttt!!!!


Kak Lin Memang Geram Dengan Yang Ni......Kak Lin Beli Jajan Nak Bagi Mereka Makan. Dia Larikan Pulak Jajan Tu Dari Tangan Kak Lin.....Dia Makan Sorang2 Nakal Betul!!!


Tadi Yang Betinanya "Frust" Ni Yang Jantan Pulak "Frust" Tapi Yang Ini "Frust" Sebab Kak Lin Dah Nak Balik Kot! Hihihihihihihi......

Berakhirlah Cerita Monyet Di Tanjug Mas!   Sajer Suka-Suka Siarkan Kat Sini....Rehat-Rehatkan Minda!.....


Pucuk Paku Goreng Kicap

Assalamualakum :D
Kak Lin Teringat Pada Seorang Pelajar Pratikal Di Pejabat Kak Lin Beberapa Tahun Yang Lalu.....Namanya Safis....Dia Citer Dengan Kak Lin Dia Suka Makan Pucuk Paku Goreng Kicap. Bila Beli Pucuk Paku Pasti Suruh Mak Dia Masak Goreng Kicap.

Hari Ni Teringin Pulak Kak Lin Nak Mencuba....Inilah Hasilnya.....


Bahan2:-
1 Ikat Pucuk Paku
1 Biji Bawang Besar
1 Biji Bawang Putih
2 Biji Lada Hidup
2 Sudu Kicap Manis / Masin
1 Keping Tempe – Di Hiris Dan Di Goreng
- Sedikit Ikan Bilis – Di Tumbuk
- Garam Secukup Rasa



Cara2:-
Pucuk Paku Di Bersihkan Dan Di Toskan.   Bawang Besar, Bawang Putih Dan Lada Hidup Di Hiris. Panaskan Minyak Tumis Bahan Hiris Kemudian Masukkan Ikan Bilis Tumbuk Kemudian Masukkan Kicap Dan Garam. Masukkan Tempe Dan Akhir Sekali Masukkan Pucuk Paku. Masak Jangan Sampai Layu.


05 Disember 2010

Apam Coklat

Assalamualaikum :D
Kak Lin Nak Juga Buat Apam Coklat....Hari Jumaat Tempohari Kak Lin Cuba-Cubalah Buat Hehehehe....Resepi Apam Coklat Ni Kak Lin Jumpa Daripada Blog Sahabat-Sahabat Kak Lin Yang Tersayang Anna Qwina, Izah dan Kak Lin Copy Dari Blog Kak Nor Toceh Semua Yer! Kerana Kongsi-Kongsi Resepi....Muaaaahhhhhh.....Muahhhhhh.....Muahhhhhh.....


Bahan2:-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko


      
Cara2:-

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Sedap dimakan panas2.




03 Disember 2010

Jemput-Jemput Ikan Bilis Anakku Sayang!

Assalamualaikum :D
Setiap Hari Jumaat....Waktu Rehat Tengahari Kak Lin Balik Rumah....Tengahari Tadi Dapatlah Kak Lin Buat Apam Coklat....Resepi Dari Anna Dan Izah.....Untuk Buat Minum2 Petang Nanti...Bila Kak Lin Balik Umah Selepas Waktu Kerja Apam Coklat Tu Dah Habis! Sebelum Tu Kak Lin Dah Rasa Gak....Tak Perlah Anak-Anak Nak Makan....

Bila Kak Lin Tengok Kat Atas Meja Ada Jemput-Jemput Ikan Bilis Dengan Air Teh...Rupa-Rupanya Anak Perempuan Kak Lin Yang Berusia 13 Tahun Tu Buat Jemput-Jemput Ikan Bilis Untuk Mengantikan Apam Coklat Yang Dah Habis Di Makan....Terkejut Juga Kak Lin Sebab Dia Tak Pandai Masak Lagi....

Jom! Tgk Apa Yang Dia Bubuh Kat Dalam Jemput-Jemput Ni....Ibunya Pulak Macam Polis! Tanya Tu Tanya Ni...Lepas Tu Pandai Pulak Klik! Klik! Klik...Hehehehehe


Bahan2:-
Tepung Gandum
Air Panas
Kentang
Bawang
Ikan Bilis - Di Kisar
Garam



Cara:-
Masukkan air panas dalam bekas. Masukkan garam, tepung, kentang, bawang dan ikan bilis kisar kemudian di kacau rata.
Panaskan minyak. Goreng. Nasib baik tak hangus! Hehehehe...


Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat



Assalamualaikum :D


Solat Seseorang Akan Batal Apabila Ia Melakukan Salah Satu Di Antara Hal-Hal Berikut Ini:-

1.Makan Dan Minum Dengan Sengaja. Hal Ini Berdasarkan Sabda Rasulullah Saw.

"Sesungguhnya Di Dalam Solat Itu Ada Kesibukan Tertentu." (Muttafaq Alaih). Maksudnya Orang Yang Solat  Seharusnya Hanya Berkonsentrasi Pada Solatnya Saja Dan Mengesampingkan Perbuatan Yang Lain. (Pen).
  
2.Berbicara Dengan Sengaja, Bukan Untuk Kepentingan Pelaksanaan Solat:-

"Dari Zaid Bin Arqam, Ia Berkata, 'Dahulu Kami Berbicara Di Waktu Solat, Salah Seorang Dari Kami Berbicara Kepada Temannya Yang Berada Di Sampingnya Sampai Turun Ayat: 'Dan Hendaklah Kamu Berdiri Kerana  Allah (Dalam Solatmu) Dengan Khusyu' (Al-Baqarah : 238), Maka Kami Pun Diperintahkan Untuk Diam Dan Dilarang  Berbicara." (Muttafaq Alaih).

Dan Juga Sabda Rasulullah S.A.W:-
 
"Sesungguhnya Solat Ini Tidak Pantas Ada Di Dalamnya Percakapan Manusia Sedikit Pun." (HR. Muslim).

Adapun Pembicaraan Yang Maksudnya Untuk Membetulkan Pelaksanaan Solat,  Maka  Hal  Itu  Diperbolehkan  Seperti  Membetulkan Bacaan (Al-Qur'an) Imam,  Atau Imam  Setelah  Memberi  Salam  Kemudian  Bertanya  Apakah  Solatnya  Sudah Sempurna, Apabila Ada  Yang  Menjawab  Belum,  Maka Dia Harus Menyempurnakannya.   Hal Ini  Pernah  Terjadi Terhadap  Rasulullah  SAW,  Kemudian Dzul Yadain  Bertanya  Kepada  Beliau,   'Apakah  Anda  Lupa  Ataukah Sengaja  Meng-Qashar Solat, Wahai Rasulullah?' Rasulullah S.A.W Menjawab,   'Aku  Tidak  Lupa  Dan  Aku  Pun Tidak Bermaksud  Meng-Qashar Solat.' Dzul Yadain Berkata,   'Kalau Begitu Anda Telah Lupa Wahai Rasulullah. 'Beliau Bersabda, 'Apakah  Yang Dikatakan Dzul Yadain Itu Betul? Para Sahabat Menjawab,  'Benar.  ' Maka Beliau  Pun  Menambah Solatnya Dua Rakaat Lagi, Kemudian Melakukan Sujud Sahwi Dua Kali. (Muttafaq Alaih).

3.Meninggalkan Salah Satu Rukun Solat Atau Syarat Solat Yang Telah Disebutkan Di Muka,  Apabila Hal Itu Tidak Ia Ganti/Sempurnakan Di Tengah Pelaksanaan Solat Atau Sesudah Selesai Solat  Beberapa  Saat.  Hal  Ini  Berdasarkan  Hadits Rasulullah S.A.W Terhadap Orang Yang Soatnya Tidak Tepat.

"Kembalilah Kamu Melaksanakan Solat, Sesungguhnya Kamu Belum Melaksanakan Solat." (Muttafaq Alaih).

Lantaran Orang Itu Telah Meninggalkan Tuma'ninah Dan I'tidal. Padahal Kedua Hal Itu Termasuk Rukun.

4.Banyak Melakukan Gerakan, Kerana Hal Itu Bertentangan Dengan Pelaksanaan Ibadah Dan Membuat Hati  Dan Anggota Tubuh Sibuk Dengan Urusan Selain Ibadah.  Adapun Gerakan  Yang  Sekadarnya  Saja,  Seperti Memberi  Isyarat  Untuk  Menjawab Salam, Membetulkan Pakaian,  Menggaruk  Badan Dengan Tangan,  Dan  Yang  Semisalnya,   Maka  Hal  Itu Tidaklah Membatalkan Solat.

5.Tertawa Sampai Terbahak-Bahak. Para Ulama Sepakat Mengenai Batalnya Solat Yang  Disebabkan  Tertawa Seperti Itu.  Adapun Tersenyum, Maka Kebanyakan Ulama Menganggap Bahwa Hal Itu Tidaklah Merosakkan Solat Seseorang.

6.Tidak Berurutan Dalam Pelaksanaan Solat,  Seperti Mengerjakan  Solat Isya  Sebelum Mengerjakan  Solat Maghrib, Maka Solat Isya Itu Batal Sehingga Dia Solat Maghrib Dulu,  Kerana  Berurutan Dalam Melaksanakan Solat-Solat Itu Adalah Wajib, Dan Begitulah Perintah Pelaksanaan Solat Itu.

7.Kelupaan Yang Fatal, Seperti Menambah Solat Menjadi Dua Kali Ganda, Umpamanya Solat Isya' Delapan Rakaat,  Kerana Perbuatan Tersebut Merupakan Indikasi Yang Jelas, Bahwa Ia Tidak Khusyu' Yang Mana Hal Ini Merupakan Ruhnya Solat.





02 Disember 2010

Sup Tulang Siam

Assalamualaikum :D
Setelah Kak Lin Penat Merayau Dari Satu Rumah Ke Satu Rumah Untuk Mencari Resepi Sup Tulang Siam. Akhirnya Kak Lin Bertemu Juga Resepi Sup Tulang Siam Di Rumah MAMASYA. Bertapa Gembiranya Kak Lin  Akhirnya Dapat Juga Kak Lin Mencari  Resepi Yang Di Idam-Idamkan Selama Ini. Abang Kak Lin Memang Suka Makan Sup Tulang Siam. Selalu Makan Kat Kedai Orang Thailand Yang Berniaga Disini.  Almaklumlah Isterinya Ni Tak Pandai Masak Masakan Siam...Hehehehehe....

Terima kasih MAMASYA Cayang Mama.... 
Muaaaaahhhhhh.... Muaaaahhhhhh....Muaaaahhhhh......


Bahan2:-
1 kg tulang biasa yg byk isi
200 gm daging campur
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 bungkus rempah bunjut sup tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8 
 garam secukup rasa
minyak untuk menumis 
 rempah penumis
daun sup dan daun bawang secukupnya


Cara2:-
Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa. (kak lin guna periuk biasa)

apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup. 

biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.

tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng dan tambahkan cili padi dan limau nipis jika suka rasa lebih pedas dan masam. 

01 Disember 2010

Agar-Agar Gula Melaka

Assalamualaikum :D
Agar-Agar Gula Melaka Bersantan....Sama Juga Dengan Agar-Agar Santan Kot.   Tempohari Kak Lin Balik Kg...Mak Masak Agar-Agar Gula Melaka Bersantan Ni.....Al-Maklumlah Cuti Sekolah Ni Cucu2nya Semua Balik....Macam-Macamlah Yang Dia Nak Buat.  Kak Lin Cuma Tolong Sikit-Sikit Jer...Al-Maklumlah Kak Lin Ni Anak Tunggal....Manja Gitu!....Perasan!!!

Siap Masak Kak Lin Pun Apa Lagi....Ambil "Hand Phone" Klik...Klik...Klik.....Inilah Hasilnya......Terima kasih Mak....Sayang Mak....Muahhhh....Muahhhh...Muahhhhh...

AGAR2 GULA MELAKA
Resepi: Mak 
 Sumber: LinRosly

Bahan:-
1 peket agar-agar
6 cawan air
1 buku gula melaka 
½ cawan gula pasir 2 cawan santan pekat
1 biji telur ayam
1 helai daun pandan
sedikit garam



Cara2:-
Agar-Agar Di Masuk Kedalam Periuk.  Masukkan Air Dan Daun Pandan.  Masak Hingga Mendidih. Kemudian Masukkan Pula Gula Melaka Dan Gula Pasir. Bila Semuanya Telah Larut Angkat Dan Tapis. Setelah Di Tapis Masak Lagi. Biarkan Mendidih.  Masukkan Pula Telur Dan Santan Yang Telah Di Gaul Sebati Bersama Dengan Garam.  Setelah Mendidih. Angkat Dan Tuang Dalam Acuan. Kemudian Sejukkan.

30 November 2010

Award Dari Jassnani

Assalamualaikum :D
Terima kasih pada yang sudi memberi Award ini dan akan senantiasa digantung di blog ini sebagai kenang-kenangan...


Selamat Malam!
Kak Lin Dapat  Award Ni Dari ~Jassnani~ 
Kerana BEST BLOG Tapi Best Ke Blog Kak Lin Ni? 
Banyak Lagi Blog Yang Best2....
Kak Lin Terharu Sangat2 Huhuhuhu..... 
Kak Lin Nak Ucapkan Terimakasih Pada Jassnani 
Yang Sudi Bagi Kak Lin Award BEST BLOG Ni...Muaaaahhhhhhh....

Kak Lin Nak Share Pulak Award Ni Pada Sahabat2 Yang Telah Terpilih:-

1.     Ruhayu Razali
2.     MamaSya
3.     Matahari
4.     Fiza
5.     Aishah
6.     Zurena
7.     Chik Mimi
8.     Iman
9.     Qira
10.   AnnaQwina

Pada Nama-Namanya Yang Tersebut Diatas,  Harap Di Persudikan Jua Untuk Mengambilnya....

Terima Kasih..... :)

Tempe Goreng




Assalamualaikum :D
Inilah Resepi Kak Lin Yang Paling Rajin!!!!...Hehehehehe.... Bila Kak Lin Masak Tempe Goreng Ni Teringat Pada Arwah Mak Mertua Kak Lin.... Ini Adalah Salah Satu Makanan Kegemarannya.....Sekarang Ni Anak Kak Lin Yang Bongsu Suka Sangat Makan Tempe Goreng Dengan Sambal Kicap....

AL-FITHAH Untuk Mak Mertuaku Tersayang.....Tiga Tahun Telah Berlalu Namun Kenangan Manis Bersama Mu Tetap Mekar Di Hati Ini. 


Bahan2:-
5 keping tempe – di kerat dua
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci kunyit hidup
 sedikit air
 sedikit garam
 sedikit gula
  
Cara2:- 
Tumbuk kunyit, bawang putih dan ketumbar.  Masukkan sedikit garam dan gula kemudian tumbuk lagi. Masukkan sedikit air.
Gaulkan tempe dengan bahan-bahan yang di tumbuk tadi kemudian goreng




Bahan utk sambal kicap:-
10 biji cili padi
1 biji bawang putih
- kicap manis
- sedikit gula
  
Cara2:-
Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kemudian masukkan kicap manis dan gula.

27 November 2010

Siakap Kukus

Assalamualaikum :D
Siakap Kukus salah satu resepi yang ada dalam simpanan Kak Lin, resepi ini Kak Lin tak ingat ambil daripada buku resepi yang mana satu...sebab resepinya dah siap tertulis di dalam buku Kak Lin..


Bahan2 :-
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sos Ikan
2 Sudu Sos Tiram / Kicap Cair
3 Ulas Bawang Putih
4 Cm Halia Muda
1 Tangkai Daun Bawang
2 Batang Saleri Besar
1 Biji Limau Nipis
2 Biji Lada Hidup
½ Batang Lobak Merah - Jika Suka.


Cara2:-
Bersihkan Ikan. Halia Dan Bawang Putih Di Hiris Panjang Halus-Halus. Daun Bawang Di potong 1 Inci. Lada Hidup, Lobak Merah Dan Halia Di Potong Panjang Halus-Halus  Batang Saleri Di Potong Serong.

Masukkan Ikan Di Dalam Pinggan Yang Tahan Panas.   Perah Asam Limau.  Sapukan Sos Ikan Dan Sos Tiram Diatasnya. Kemudian Taburkan Bawang Putih, Halia, Batang Saleri Dan Lobak Merah. Jika Suka. Bila Ikan Dah Masak Taburkan Daun Sup Dan Daun Bawang.

26 November 2010

Award Dari Anna Qawina


Assalamualaikum :D

Terima kasih Anna Qawina Kerana Blog Kak Lin Telah Terpilih...Tapi Pada Mata Kak Lin Mcm Tak Cantik Jer Blog Kak Lin Ni....Hihihihihi


Aduhai! Banyaknya Blog Yg Cantik2 Nak Kena Pilih....Macam Ni Kena Buat Undian Nampaknya.....Hehehehe

Nick Name Tuan Punya Blog:-
LinRosly

Ucapan Untuk Pemberi Award:-
Khas Untuk Anna Qawina. Kak Lin Tak Tahu Apa Yg Tercantiknya Pada Blog Kak Lin Ni...Kak Lin Tengok Biasa2 Jer......Anna Kata Kak Lin Cantik? Hehehehe.... Kak Lin Ni Tak Cantik Kalau Tak Makeup Setebal 1 Inci Tau... Sebab Tu Nampak Cantik Kot! Kwang! Kwang! Kwang!

6 fav artist / singer / group :-

Aeman, Maher Zain, Amar, Raihan, Hadhad Alwi, Unic

Tag 10 bloggers:- Diantara Nama-Nama Yang Terpilih....

agKepada Sesiapa Yang Namanya Tersenarai Diatas Diminta Mengambilnya Untuk Digantungkan Di Dinding Rumah Anda.....

SEKIAN TERIMA KASIH

Menghormati Azan



Assalamualaikum :D
Lidah Kelu Di Saat Kematian. Kematian Pasti Menjelma.  Hanya Masa Dan Waktunya Yang Tidak Kita Ketahui.  Cuba Kita Amati.... Mengapa Kebanyakan Orang Yang Nazak (Hampir  Ajal Tidak Dapat  Berkata Apa-Apa, Lidahnya  Kelu,  Keras Dan Hanya Mimik Mukanya Menahan Kesakitan Sakaratul Maut).

Diriwayatkan Sebuah Hadis Yang Bermaksud :-
"Hendaklah Kamu Mendiamkan Diri Ketika Azan, Jika Tidak Allah Akan Kelukan Lidahnya Ketika Maut Menghampirinya."

Ini Jelas Menunjukkan, Kita Disarankan Agar Mendiamkan Diri, Jangan Berkata Apa-Apapun Semasa Azan Berkumandang. Sebagai Orang Islam Kita Wajib Menghormati Azan. Banyak Fadhilatnya.  

Jika  Lagu Kebangsaan  Kita  Diajar Agar Berdiri Tegak Dan Diamkan Diri.... Mengapa Azan Kita Tidak Boleh Mendiamkan Diri....!!! Lantas Sesiapa Yang Berkata-Kata Ketika Azan, Allah Akan Kelukan Lidahnya Ketika Nazak.

Kita Takut Dengan  Kelunya  Lidah  Kita Semasa Ajal Hampir Tiba.... Maka Kita Tidak Dapat Mengucapkan Kalimah Lailahaillallah... Yang Mana  Sesiapa  Yg  Dapat  Mengucapkan Kalimah Ini Ketika Nyawanya Dicabut...Allah Menjanjikan Syurga Untuknya. 


















25 November 2010

Ayam Masak Kari

Assalamualaikum :D
Resepi kolesi sendiri, sekali sekala rindukan masakan daripada resepi sendiri...hik3 mcm pandai sangat karang resepi...alahai! bukan buat resepi sendiri ikut resepi dulu2 masa baru2 belajar masak...

AYAM MASAK KARI
Resepi: Koleksi Sendiri
 Sumber: LinRosly

Bahan2:-
1 Ekor Ayam
16 Ulas Bawang Kecil
8 Ulas Bawang Putih
2 ½ Inci Halia
4 Kuntum Bunga Lawang
8 Biji Buah Pelaga
4 Batang Kecil Kulit Kayu Manis
4 Tangkai Daun Kari
1 Liter Santan Pekat
½ Senduk Kecil Cili Kisar
2 Senduk Kecil Serbuk Kari
4 Keping Asam Gelugur
3 Biji Buah Tomato – Belah Dua
 Air
Garam Dan Gula Mengikut Rasa
  


Cara2:-
Kisar Bawang Kecil, Bawang Putih Dan Halia. Panaskan Minyak. Tumis Bahan Kisar Bersama Daun Kari Dan Rempah Penumis.  Bila Telah Naik Baunya Masukkan Cili Kisar Dan Serbuk Kari.  Kacau Hingga Pecah Minyak. Masukkan Ayam, Santan Dan Air. Kacau Hingga Sebati Dan Biarkan Masak.  Masukkan Pula Kentang Dan Asam Keping. Bila Kentang Telah Embuk Masukkan Pula Buah Tomato. Perasakan Garam Dan Gula. Jika Suka. Biarkan Renih Di atas Dapur Supaya Kari Tu Lebih Sedap Dan Sebati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...