28 Julai 2012

Masak Lemak Udang - Azza Elite

Assalamualaikum :D
Hari ini Kak Lin nak kongsi resepi daripada Azza Elite dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan baru-baru ini... Resepinya Masak Lemak Udang.  Aduhai! dah berapa hari ni asyik makan lemak-lemak jer.... bertambahlah kolestrol yang sudah sedia ada dalam badan ni....kwang! kwang! kwang!.... :)

MASAK LEMAK UDANG
Sumber : Azza Elite (Ketuk-Ketuk Ramadhan)
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2:
1/2 kilo udang hidup - buang kulitnya
bawang merah*
bawang putih*
kunyit hidup*
cili padi*
halia*dikisar berasingan
kentang
susu sejat dairy champ* Kak Lin ganti santan
asam keping
serai
1 sudu minya masak


Cara2:
Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik baunya. Masukkan cili padi, kunyit hidup, halia, asam keping, serai, kentang dan santan. Biarkan sampai kentang separuh empuk. Masukkan isi udang dan masak hingga udang masak.

Note: Bahan2 diatas tu Kak Lin pakai agak2 jer...




27 Julai 2012

Kari Ikan Tenggiri...Ringkas Dan Mudah

Assalamualaikum :D
Semalam Kak Lin berbuka dengan kurma, hehehe itu dah semestinya kan? asparagus goreng, telur masam manis, popia goreng, puding karemel, dan kari ikan tenggiri, tapi...Kak Lin sempat ambil gambar kari ikan tenggiri sahaja. Maaflah yer menu yang lain2 tu tak dapat nak tayang kat sini sebab dah tak sempat nak ambil gambar, dah dekat sangat waktu berbuka...

KARI IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG 
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2:
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, kerat ikut suka bersih dan toskan
10 batang bendi muda, cuci dan toskan 
2 biji tomato, belah 3 setiap satu 
1 cawan santan
1/2 cawan jus asam jawa
3 1/2 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 camca besar penuh cili kisar 
4 biji bawang merah, kisar halus
3 ulas bawang putih, kisar halus
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
1 inci halia, dikisar halus
Air secukupnya
Garam dab gula secukup rasa

Bahan Tumis:
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, lurut - Kak Lin tak bubuh, kehabisan stock hik3
1 camca teh halba campur


Cara2:
Bancuh rempat kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.  Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.

Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.

Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...

25 Julai 2012

Masak Lemak Ketam Dan Salam Ramadhan

Assalamualaikum :D
Kali ini Kak Lin nak poskan masak lemak ketam...bukan tak biasa masak ketam tapi kali ni Kak Lin masak mengikut resepi majalah keluarga keluaran Jun 2012.  Lagi pun anak perempuan Kak Lin ingin menikmati masak lemak ketam. 

MASAK LEMAK KETAM
Resepi : Majalah Keluarga
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2: 
4 ekor ketam - dibersihkan
3 sm kunyit hidup*
5 tangkai cili padi* kisar
1 cawan santan
1 daun kunyit 
1 keping asam gelugur
- sedikit garam

Cara2:
Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama-sama dengan santan, ketam dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan dan jangan sampai samtan pecah lemak.  Kemudian masukkan garam dan asam gelugur (keping). Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.



"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"


Pada semua rakan-rakan blogger Kak Lin ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" semoga puasa dan amalan kita selama ini dan sepanjang bulan ramadhan diterima oleh ALLAH swt. Jikalau ada terlanjur kata, terguris hati atau jarang2 datang menziarahi blog rakan2 (bukan Kak Lin tak ingin melawati blog kalian semua tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan...) Kak Lin minta maaf zahir dan batin.  Halalkan jikalau ada yang termakan, terminum, tercopy resepi tanpa izin maafkan Kak Lin yer....


11 April 2012

Selamat Hari Lahir Along

Assalamualaikum :D
Selamat Hari Lahir buat anak Kak Lin yang pertama bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-20. Semoga dipanjangkan usia, diluaskan rezeki, cemerlang dalam pelajaran dan  senantiasa di dalam rahmat dan hidayah ALLAH hendaknya...Aamin...Aamin...Aamin

Kak Lin nak belikan Kek tapi Along tak nak Kek dah jemu katanya. Jadinya Kak Lin dan suami bawa Along pergi makan Nasi Bariani Power di Batu Pahat. Memang sedap nasi Bariani tersebut, kedainya senantiasa ramai pelanggan.



Kalau ada sesiapa nak merasa nasi Bariani Power ni jomlah datang ke Batu pahat...hehehehe. Promote laaa pulak...


RESTORAN BP BARIANI POWER SDN BHD
No. 18, Jalan Tukas 2, Taman Soga
83000 Batu Pahat.

05 April 2012

Kek Karamel

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin cuba2lah buat Kek Karamel...semalam Kak Lin terjumpa resepi dari blog Anna Qawina tapiiii...Kek Karamel yang Kak Lin buat ni tak gebussss....dan tak berapa jadi...adalah sebab2nya......hanya Kak Lin jer yang tau....hahahahaha...Insya Allah lain kali Kak Lin buat pasti gebusssss....Rasanya mmg sedap ni anak2 belum rasa kalau dah rasa pasti dia suruh buat lagi...

KEK KARAMEL
Sumber : AnnaQawina 
Dicuba Oleh: LinRosly      


Bahan2:
(A)-Gula Hangus
2 Sudu Besar Gula - Untuk Buat Gula Hangus
*Tabur Gula Dlm Loyang. Masak Atas Api Perlahan. Biar Gula Hangus Dan Bertukar Perang.
*Ketepikan Dulu - Gula Tersebut Akan Mengeras Dan Bunyi Macam Kaca Pecah.
(B)-Bahagian Atas
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Susu Pekat Manis
1 Sudu Teh Esen Vanilla
3 Biji Kuning Telur
2 Biji Telur - Putih Dan Kuning

(C)-Lapisan Kek
140 Gram Tepung Gandum - Ayak Bersama Baking Powder
70 Gram Gula Kastor
3 Biji Kuning Telur
135 Ml Air Biasa
1 Sudu Teh Baking Powder
45 Ml Minyak Masak - Kak Lin Guna Minyak Jagung
2 Sudu Besar Susu Pekat Manis
(D)-Merinque
6 Biji Putih Telur
70 Gram Gula Kastor
1 Sudu Teh Krim Of Tartar


Cara2:
Sediakan Bahan (A) Dahulu. Ketepikan.
Kacau Semua Bahan (B) Perlahan2...Jangan Berbuih2 Nanti Tak Jadi Karamelnya.
Tapis Bahan (B) Tadi Dalam Loyang Gula Hangus (A) Tadi. Ketepikan.
Pukul Bahan (C) * Campurkan Semua Sekali Dan Pukul Guna Senduk Jer. Ketepikan.
Pukul Bahan (D) Sampai Jadi Kembang Dan Bila Kita Angkat Dia Tak Jatuh (Meringue)
Campurkan Adunan (C) + (D) Dan Gaul Dengan Senduk Hingga Sebati. Jangan Terlebih Kacau. Agak2 Bercampur Sebatinya.
Bahagi Kepada Beberapa Bahagian Dan Letak Warna And Paste. Jika Suka.
Masukkan Kedalam Loyang Yang Ada Gula Hangus Dan Karamel Tadi (A) + (B) Selang Seli Warna. Letak Ditengah2 Loyang. Adunan Kek Akan Terapung.


Bakar Cara Double Boiling (Loyang Kek Berada Didalam Loyang Berisi Air Panas) Selama 1 Jam 10 Minit Dengan Suhu 175C Dgn Menggunakan Api Bawah Dahulu Selama 40 Minit, Kemudian Api Atas Bawah Sehingga Masak. * Boleh Juga Menggunakan Api Atas Bawah Tetapi Guna Suhu 160C / 170C Sahaja. (Bergantung Pada Oven Masing2 Juga Ya)

Jika Tak Pasti Karamel Dah Masak Ke Belum Boleh Tambah Lagi Masa Membakar Lebih Kurang 10 Minit.   Bila Masak Angkat. Rehatkan Selama 25 Minit / Setengah Jam Baru Terbalikkan Kek Yang Di Bakar Tadi. Masa Ni Dah Agak Sejuk Senang Nak Kuarkan Kek. Masukkan Dalam peti Sejuk 1 Jam Dan Lepas tu Makan Sejuk2 Lebih Sedap Semalaman.



04 April 2012

Isi Ayam Goreng Tomato

Assalamualaikum :D
Hari ini Kak Lin nak poskan Isi Ayam Goreng Tomato. Kak Lin mencuba  resepi dari  blog Izah ini sebelum Kak Lin masuk  ICU. Kak Lin sekeluarga suka masakan ni sedap dan anak-anak Kak Lin kata sedap macam rasa sambal sardin. Resepinya pun sangat ringkas, senang dan mudah untuk disediakan.  Terima kasih Izah ku cayang.

ISI AYAM GORENG TOMATO
Sumber : Izah 
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:
300 Gram Isi aAyam Didadu
1 Biji Tomato
2 Sudu Besar Cili Kering Kisar
1 Tangkai Cli Merah - Dihiris Nipis
1 Tangkai Cili hHjau - Dihiris Nipis
2-3 Tangkai Cili  Padi - Dihiris Nipis
1 Sudu Besar Minyak Masak
4 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
3-4 Helai Daun Limau Purut
- Sedikit Garam Dan Gula


Cara2:
1. Panaskan Minyak Dan Tumis Bawang Merah Dan Bawang Putih Yang Dicincang.
2. Setelah Wangi, Masukkan Cili Kisar Dan Tumis Hingga Pecah Minyak.
3. Masukkan Ayam Dan Masak Kira2 3 atau 4 Minit.
4. Kemudian Masukkan Limau Purut Dan Cili Padi.
5. Masukkan Pula Tomato Didadu Dan Leyek Hingga Hancur.  Rasa Garam Dan Gula.
6. Akhir Sekali Masukkan Cili Hiris Dan Bolehlah Diangkat.


22 Mac 2012

Sambal Ponorogo

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Sambal Ponorogo. Kak Lin belajar memasak resepi ini dengan arwah Embah (Nenek suami Kak Lin) semasa Kak Lin pergi menunaikan fardhu haji bersama-sama dengan arwah dalam tahun 1989.  Masa tu kita boleh masak sendiri dibilik hotel dan dibenarkan membawa dapur dan barang-barang kering seperti bawang, kentang, ikan bilis dan lain-lain.  Sekarang ni kalau kita pergi kesana semua telah disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jadi dah tak perlu nak masak2 lagi...

Sambal Ponorogo ini sedap dimakan bersama lempeng, nasi dan bubur.  Senang dan mudah untuk memasaknya....

SAMBAL PONOROGO
Resepi Asal : LinRosly


Bahan2:-
2 Biji Kentang -dibelah 4 dipotong2
2 Biji Bawang Besar -dihiris
2 Ulas Bawang Putih -dihiris
3 Biji Lada Merah -dihiris
2 Biji Lada Hijau -dihiris 
5 Biji Cili Padi -dihiris
1 Biji Buah Tomato -dibelah 4
50 Gram Ikan Bilis
1/4 Keping Belacan *
1/2 Mangkuk Air Asam Jawa* diramas sekali
- Sedikit Gula - ikut rasa
- Sedikit Garam - ikut rasa
- Sedikit Minyak


Cara2:
1. Panaskan Minyak Masukkan Ikan Bilis Dan Kentang. Goreng Sehingga Ikan Bilis Kekuningan.
2. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih, Lada Merah, Lada Hijau, Cili Padi, Buah Tomato Dan Belacan Yang Telah Di Ramas Bersama Air Asam Jawa.
3. Masak Sehingga Agak Pekat Dan Berkuah.
4. Rasa Gula Dan Garam (Kalau Dah Masin Jangan Bubuh Garam) 


17 Mac 2012

Sup Ayam Ala Thai

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin siarkan resepi daripada CendanaKasih iaitu Sup Ayam Ala Thai, Kak Lin memang suka Sup Ayam Ala Thai ni ada rasa pedas2 dan terasa semua rempah-rempahnya. Memang sedap dan amat menyelerakan bila makan dengan nasi panas....


SUP AYAM ALA THAI
Resepi: CendanaKasih 
Dicuba Oleh:LinRosly


Bahan2:
1/2 Ekor Ayam *Dipotong Sederhana Besar 
2 Batang Serai * Dititik
2 Inci Lengkuas *Diketuk
2 Batang Saleri *Dikerat2
2 Biji Tomato * Dibelah 4
3 Batang Akar Daun Ketumbar * Kak Lin Tak Letak
6 Biji Cili Padi
1 Jag Air
- Sos Ikan
- Garam Dan Serbuk Perasa

Bahan Tumis:
2 Kuntum Bunga Lawang
5 Biji Buah Pelaga
3 Kuntum Bunga Cengkih
1 Batang Kulit Kayu Manis



Bahan Kisar:
5 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia

Bahan Serbuk:
1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Manis
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih

Bahan Hiasan:
Daun Ketumbar *Kak Lin Tak Letak
Daun Bawang
Bawang Goreng



Cara2:
Ayam  Dibuang Kulitnya (Kak Lin Tak Buang Kulit) Cuci Bersih Dan Toskan. Panaskan Sedikit Minyak Dalam Periuk Tumis Lengkuas Yang Di Ketuk, Bahan Kisar, Bahan Tumis Dan Bahan Serbuk Sampai Garing Dan Pecah Minyak.

Tuang Air Dan Masukkan Batang Saleri, Akar Ketumbar Dan Serai. Biarkan Mendidih Sekejap Dan Masukkan Ayam.  Didihkan Lagi Hingga Ayam Masak. Tambah Sos Ikan Dan Serbuk Perasa.

Akhir Sekali Masukkan Tomato Dan Cili Padi Yang Di Ketuk Dan Masak 1-2 Minit Lagi. Taburkan Hirisan Daun Ketumbar (Kak Lin Tak Letak Sebab Tak Suka), Daun Bawang Dan Bawang Goreng.



13 Mac 2012

Cendawan Rangup

Assalamualaikum :D
Pada mulanya Kak Lin terfikir untuk berhenti daripada berblog....almaklumlah kadang2 kita tidak berkesempatan untuk mengupdate blog, menziarahi blog rakan-rakan yang lain dan ada banyak perkara lain yang perlu diuruskan lagi.... tetapi ada kawan-kawan Kak Lin yang tak bagi Kak Lin berhenti daripada berblog, mereka ingin Kak Lin teruskan berblog walaupun Kak Lin tidak selalu mengupdate blog mereka kata tak mengapa, bila berkesempatan barulah update.....terharunya..... Apapun Kak Lin nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada mereka terutama rakan-rakan Facebook dan rakan-rakan sepejabat dahulu....

Hari ni Kak Lin masak Cendewan Rangup resepi daripada Izah Daut untuk buat minum-minum petang....ada rasa rempah  dan pedas2 sikit sedap!  Jom tengok gambar dan resepinya....berapa peratus markah yang harus diberikan ni Izah? hehehehehe

CENDAWAN RANGUP
Resepi :Izah Daut 
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:
250 Gm Cendawan Tiram *Kurang Lebih
* Bersihkan Dan Keringkan Cendawan. Jika Cendawan Besar, Boleh Disiat2 Kan.
Ketepikan.
3 Sb Tepung Gandum
3 Sb Tepung Jagung
3 Sb Tepung Beras
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Lada Hitam
1 1/2 Sb Serbuk Kari Daging
1 1/2 Sk Garam Halus *Ikut Citarasa
1 Biji Telur 


Cara2:
Setelah Dibasuh Cendawan, Ketepikannya. Campurkan Semua Tepung Dan Bahan Perasa Kecuali Telur. Masukkan Ke Dalam Bekas Tapuware Besar Bertutup Dan Tutup Bekas. Goncang2kan Tepung Supaya Semuanya Sebati. 

Ketepikan. Pukul Sikit Telur Dlm Mangkuk Besar. Masukkan Ke Semua Cendawan Tadi Ke Dalam Telur. Gaul2 Rata.Kemudian Masukkan Ke Dalam Tapuwre Berisi  Campuran Tepung. Goncang2 Dan Goreng Hingga Garing. Cadangan Hidangan: Dihidang Panas2.


02 Mac 2012

Kek Coklat Bakar

Assalamualaikum :D
Esok Kak Lin nak pergi ziarah Along di Nilai....semalam dia telefon Kak Lin dia kata demam. Pagi ni Kak Lin masakkan dia Kek Coklat Bakar resepi dari DayangJack. Lembut kek coklat bakar ni senang dan mudah untuk menyediakannya. Tapi Kak Lin tak buat ganachenya...hehehe dan Kak Lin cairkan mentega dalam Periuk Letrik jer....huhuhuhu. Buat masa ni rumah Kak Lin tak ada dapur...Dapur yang baru 3 hari beli dah bermasalah pulak...dah tu kena hantar Kilang balik,  jadi kena tunggulah 2 atau 3 minggu baru boleh memasak....huhuhuhuhu...nak tukar yang lain tak boleh pulak...geram betullah dengan taukeh kedai tu.... 

KEK COKLAT BAKAR
Resepi : DayangJack
Dicuba Oleh :LinRosly



Bahan2:
100Gram Tepung Naik Sendiri
40Gram Serbuk Koko 
150Gram Gula Pasir *Kisar Halus
3Biji Telur * Great A
50Gram Mentega* Dicairkan
60Ml Susu cair
1Sudu Kecil Esen Vanilla
1Sudu kecil Ovallete


Cara2:-
Ayak Tepung Bersama Serbuk Koko. Panaskan Oven Pada Suhu 170C. Lengserkan Loyang Kek Dengan Mentega Dan Alaskan Dengan Baking Paper. Sapukan Lagi dengan Mentega Dan Taburkan Dengan Sedikit Tepung.

Satukan Gula, telur, Esen Vanilla, Ovalette Dan Susu Cair Di dalam Mangkuk Pengadun Dan Putarrr Hingga Gebu. Masukkan Tepung Sedikit Demi Sedikit Sambil Di Putar Perlahan Sehingga Sebati. Masukkan Mentega Cair Dan Kacau Perlahan Dengan Menggunakan Senduk Kayu Atau Spatula.

Tuangkan Adunan Ke Dalam Loyang  Dan bakar Selama 20-25 Minit (Bergantung Pada Suhu Oven Masing2). Setelah Masak, Keluarkan Terus Kek Dari Oven Dan Sejukkan Sebelum Dihiaskan Dengan Ganache / Topping Kesukaan. Kak Lin Tak Buat Topping.

Note:-
Kata DayangJack  : Kek Ini Sangat Sedap Di Makan Setelah Disimpan Semalaman. Tutup kemas Kek Ni Dengan Kertas Foil Atau Simpan Dalam bekas Yang Tertutup Untuk Mengekalkan Kelembapannya.   

Terima Kasih DayangJack.



21 Februari 2012

Kek Marble

Assalamualaikum :D
Semenjak Kak Lin berpindah ke Daerah lain ni, Kak Lin tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog dan melawat blog kawan2 yang lain. Minta ampun minta maaf yer ibu2 sekelian....Kak Lin sibuk dengan mengemas barang2 yg berkotak-kotak tu...huhuhuhu. Ada masa terluang Kak Lin kena menyiapkan jahitan baju untuk anak-anak Kak Lin yang dah lama terbengkalai...hehehe. 

Hari ni Kak Lin teringin nak makan Kek Marble. Kak Lin cuba resepi Puan Rohaya Omar Bakee yang sedia ada dalam simpanan Kak Lin. Tapi belang yang Kak Lin buat ni tidaklah secantik sifu yang membuatnya...bolehlah untuk makan sendiri....

KEK MARBLE
Sumber : Puan Rohaya
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:
300Gram Butter
250Gram Tepung Naik Sendiri
200Gram Gula Kastor
5Biji Telor Great "A"
2Sudu Besar Susu Cair
1Sudu Besar Ovelette
1Sudu Kecil Esen Vanilla
Pewarna Hijau, Merah Dan Warna Asal


Cara2:
Pukul Butter Dan Gula Hingga Kembang. Masukkan Ovelette Dan Vanilla - Pukul Lagi. Masukkan Telor Satu Persatu - Pukul Perlahan.  Masukkan Tepung Dan Susu Cair - Gaul Rata. Bahagi Kepada 3 Bahagian


Cedukkan Satu Senduk Warna Asal Dan Masukkan Kedalam Loyang -  Diikuti Warna Hijau Dan Merah. Ulang Langkah 6 Hingga Habis. Bakar Pada Suhu 180 Darjah Selama 40 Minit.


08 Januari 2012

Ayam Cencaluk

Assalamualaikum :D
Walaupun agak lewat Kak Lin juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 khas buat rakan-rakan blog dan sahabat handai yang dikasihi dan disayangi. Maaf jikalau seandainya ada terlanjur kata, terguris hati sepanjang setahun Kak Lin berblog..... Kita ni manusia biasa yang kadang kala tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan....

Ayam Cencaluk ni sedap dan  amat menyelerakan....kenalah pada selera anak-anak Kak Lin....lebih-lebih lagi bila di makan dengan nasi panas...pasti tak cukup sepinggan! hehehehe....  Terimakasih CMG yang senantiasa kereatif dengan resepi2 baru.

AYAM CENCALUK
Resepi : Mat Gebu
Sumber : LinRosly


Bahan2:
8Ulas Bawang Merah*
3Ulas Bawang Putih* (*Dihiris Halus)
600Gram Dada Ayam - Potong Sederhana Kecil
1/2Cawan Cencaluk - Toskan Airnya
3Helai Daun Limau Purut
1/2Cawan Jus Asam Jawa
3Biji Limau Kasturi - Ambil Jusnya
2Camca Besar Gula
2Biji Cili Merah - Dihiris
2Biji Cili Hijau - Dihiris (Kak Lin Tambah Cili Padi)
8Biji Bawang Merah*
2Cm Kunyit Hidup*
3Batang Serai - Dihiris Halus* (*Dikisar Halus)
1Cawan Air
-Garam Jika Perlu



Cara2:
1.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 11/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan 1/2 cawan. Tumis bahan-bahan kisar sehingga harum dan pecah minyak. Gunakan api sederhana.

2.Masukkan ayam, cencaluk dan daun limau purut. Gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air, kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah dan bawang putih yang digoreng tadi juga hirisan cili merah dan hijau. Kacau rata-rata.

3.Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika perlu tambah garam. (Kak Lin tak tambah garam)


12 Disember 2011

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum :D
Hari Ini 12/12/2011 Genap Usia Mak Kak Lin Yang Ke 72 Tahun. Semoga Mak Di Panjangkan Usia, Diberikan Kesihatan Baik Senantiasa Di Dalam Rahmat Dan Hidayah ALLAH Hendaknya....Amin Ya Rob....

**SELAMAT HARI LAHIR MAK**

Buat Mu Ibu
Nyanyian : Aeman

Ibu Bergenang Air Mataku
Terbayang Wajahmu Yang Redup Sayu
Kudusnya Kasih Yang Engkau Hamparkan
Bagaikan Laut Yang Tak Bertepian

Biarpun Kepahitan Telah Engkau Rasakan
Tak Pula Kau Merasa Jemu
Mengasuh Dan Mendidik Kami Semua Anakmu
Dari Kecil Hingga Dewasa

Hidupmu Kau Korbankan
Biarpun Dirimu Yang Telah Terkorban
Tak Dapat Kubalasi Akan Semua Ini
Semoga Tuhan Memberkati Kehidupanmu Ibu

Ibu Kau Ampunilah Dosaku
Andainya Pernah Menghiris Hatimu
Restumu Yang Amatlah Aku Harapkan
Kerana Disitu Letak Syurgaku

Tabahnya Melayani Kenakalan Anakmu
Mengajarku Erti Kesabaran
Kau Bagai Pelita Di Kala Aku Kegelapan
Menyuluh Jalan Kehidupan

Kasihanilah Tuhan Ibu Yang Telah Melahirkan Diriku
Bagaikan Kasih Ibu Sewaktu Kecilku
Moga Bahgia Ibu Di Dunia Dan Di Akhirat Sana...

Kasih Sayangmu Sungguh Bernilai
Itulah Harta Yang Engkau Berikan
Ibu... Dengarlah Rintih Hatiku Untukmu Ibu


10 Disember 2011

Sotong Masak Kunyit

Assalamualaikum :D
Hari Ni Teringin Kak Lin Nak Postekan Sotong Masak Kunyit....Sedap Dan Amat Menyelerakan...Lagi Kalau Makan Dengan Nasi Panas...Ermmmm Pastinya Mandi Peluh!!!! Hehehehe....Kak Lin Masak Sotong Ni Minggu Lepas Tapi Tak Berkesempatan Nak Post Dan Duduk Lama Di Depan Laptop Ni....Almaklumlah Ada Banyak Urusan Lain Yang Patut Di Utamakan....

Minggu Depan Ni Kak Lin Mungkin Jarang Online Dan Menziarahi Blog Rakan-Rakan Yang Disayangi....Mulai Hari Khamis 15hb. Disember, 2011 Kak Lin Dah Mula Bercuti....Nak Pergi Makan Angin.....Kemudian Balik Dari Makan Angin Setelah Perut Kembung.....Nak Shopping Persiapan Anak-Anak Masuk Sekolah Pulak.....Pantasnya Masa Berlalu.....

SOTONG MASAK KUNYIT
Resepi : Chef Dino
Dicuba Oleh: LinRosly 


Bahan2:
500 Gram Sotong
5 Gram Kulit Kayu Manis
10 Gram Halba Campur
5 Gram Daun Kunyit
50 Gram Serbuk Kunyit
50 Gram Serbuk Cili* Kak Lin Guna Cili Kisar
-Sedikit Santan
-Minyak Untuk Menumis

Bahan Kisar:
5 Gram Bawang Putih
5 Gram Bawang Merah
5 Gram Halia
2 Batang Serai


Cara2:
Panaskan Minyak Masukan Kulit Kayu Manis. Masukkan Bahan Tumis Biar Sehingga Wangi. Masukkan Serbuk Kunyit, Serbuk Cili, Halba Campur, Daun Kunyit Dan Tunggu Sehingga Pecah Minyak.  Masukkan Sotong, Santan Dan Garam Secukup Rasa.  Biarkan Hingga Masak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...