30 Oktober 2010

Resepi Merangkap Nyamuk

Assalamualaikum :D
Kak Lin Dapat Maklumat Ini Daripada Email Yang Di Hantar Kepada Suami Kak Lin....J0m Baca! Apakah Cara Ini Boleh Di Ikuti...Sapa Yang Nak Cuba Silakan...

"Bapak-Bapak Dan Ibu-Ibu. Ini Bahasa Indonesia...Sebab Si Pengirim Adalah Orang Indonesia"


CARA MUDAH DAN MURAH BERANTAS NYAMUK

Nyamuk Cukup Mengganggu Dan Sangat Berbahaya
Sebagai Penyebar Berbagai Penyakit Mematikan.
Cairan Pembunuh Serangga Di Pasaran Kurang
Efisien Dan Bahkan Membawa Dampak Sampingan
Yang Serius.

Berikut Ini Cara MUDAH Dan MURAH Yang
Bisa Dicoba.
Cocok Untuk Segala Kondisi Pemukiman, Sekolah,
Rumah Sakit, Dll.
Sangat KREATIF Bila Dikenalkan Pada Para Siswa
Sekolah Untuk Dicoba Di Sekolah Dan Di Rumah
Masing-Masing.

Yang Dibutuhkan :
- 200 Ml Air
- 50 Gram Gula Merah
- 1 Gram Ragi (Beli Di Toko Makanan Kesehatan,
Warung, Atau Pasar)
- Botol Plastik 1,5 Liter

LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN:-


1. Potong Botol Plastik Di Tengah. Simpan Bagian Atas/Mulut Botol. 


2. Campur Gula Merah Dengan Air Panas. Biarkan Hingga Dingin Dan Kemudian Tuangkan Di Separuh Bagian P0t0ngan Bawah Botol. 



3. Tambahkan Ragi. Tidak Perlu Diaduk. Ini Akan Menghasilkan Karbon-Dioksida. 


4. Pasang/Masukkan Potongan Botol Bagian Atas Dengan Posisi Terbalik Seperti Corong. 


5. Bungkus Botol Dengan Sesuatu Yang Hitam, Kecuali Bagian Atas, Dan Diletakkan Di Beberapa Sudut Rumah Anda


Dalam Dua Minggu, Anda Akan Melihat Jumlah Nyamuk Yang Mati Di Dalam Botol. 


Selalu Kita Mencuba Resepi Masakan....Apa Kata Sekali Sekala Kita Mencuba  Resepi Tangkap Nyamuk Pulak!....Hehehe

29 Oktober 2010

Keberkatan Surah Yassin



Assalamualaikum :D
RASULULLAH S.A.W Telah Bersabda Yang Bermaksud: "Bacalah Surah Yassin
Kerana Ia Mengandungi Keberkatan", Iaitu: 

1. Apabila Orang Lapar Membaca Surah Yassin, Ia Boleh Menjadi Kenyang. 

2. Jika Orang Tiada Pakaian Boleh Mendapat Pakaian. 

3. Jika Orang Belum Berkahwin Akan Mendapat Jodoh. 

4. Jika Dalam Ketakutan Boleh Hilang Perasaan Takut. 

5. Jika Terpenjara Akan Dibebaskan. 

6. Jika Musafir Membacanya, Akan Mendapat Kesenangan Apa Yang Dilihatnya. 

7. Jika Tersesat Boleh Sampai Ke Tempat Yang Ditujuinya. 

8. Jika Dibacakan Kepada Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Allah Meringankan Siksanya. 

9. Jika Orang Yang Dahaga Membacanya, Hilang Rasa Hausnya. 

10. Jika Dibacakan Kepada Orang Yang Sakit, Terhindar Daripada Penyakitnya. 

11. Rasulullah S.A.W Bersabda: "Sesungguhnya Setiap Sesuatu Mempunyai Hati Dan Hati Al-Quran Itu Ialah Yassin. Sesiapa Membaca Surah Yassin,Nescaya Allah Menuliskan Pahalanya Seperti Pahala Membaca Al-Quran Sebanyak 10 Kali. "

12. Sabda Rasulullah S.A.W Lagi, "Apabila Datang Ajal Orang Yang Suka Membaca Surah Yassin Pada Setiap Hari, Turunlah Beberapa Malaikat Berbaris Bersama Malaikat Maut. Mereka Berdoa Dan Meminta Dosanya Diampunkan Allah, Menyaksikan Ketika Mayatnya Dimandikan Dan Turut Menyembahyangkan Jenazahnya". 

13. Malaikat Maut Tidak Mahu Memaksa Mencabut Nyawa Orang Yang Suka Membaca Yassin Sehingga Datang Malaikat Redwan Dari Syurga Membawa Minuman Untuknya.Ketika Dia Meminumnya Alangkah Nikmat Perasaannya Dan Dimasukkan Ke Dalam Kubur Dengan Rasa Bahagia Dan Tidak Merasa Sakit Ketika Nyawanya Diambil.



27 Oktober 2010

Telur Itik Masak Lemak

Assalamualaikum :D
Sekali sekala teringin nak makan telur itik masak lemak...resepi ni tak ikut mana2 resepi . Kak Lin main campak2 jer....janji tertunai hajat dihati untuk makan menikmati telur itik masak lemak ni.....



Bahan2:-
5 Biji Telor Itik
10 Biji Cili Padi – Di Kisar
1 Inci Kunyit – Di Kisar
3 Ulas Bawang Putih – Di Kisar
6 Ulas Bawang Merah – Di Kisar
2 Mangkuk Santan
1 Asam Keping
2 Helai Daun Kunyit
Garam Secukup Rasa



Cara2:-
Masukkan Bahan Kisar Bersama-sama Santan Ke Dalam Periuk.   Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih.  Masukkan Garam, Asam Keping Dan Daun Kunyit. Akhir Sekali Masukkan Telor Satu Persatu.   Biarkan Mendidih.   Setelah Telor Masak Bolehlah Di Angkat Dan Di Hidangkan.


24 Oktober 2010

Puding Buih

Assalamualaikum :D
Puding buih daripada buku koleksi sendiri...sedap jugalah rasa puding ni...bila dan masak ada macam buih2 sedikit.....kira jadilaaa kot....

PUDING BUIH
Resepi : Koleksi Sendiri
 Sumber : LinRosly

Bahan A:-
80Gram Gula Kastor
1Bungkus Kecil Serbuk Agar-Agar
3/4 Cawan  Susu Cair
1 1/2 Cawan Air
30 Gram Tepung Kastad
2Biji Kuning Telor

Bahan B:-
80Gram Gula Kastor
1Bungkus Kecil Serbuk Agar-Agar
3/4 Cawan Susu Cair
11/2Cawan Air
2Biji Putih Telor – Pukul Hingga Berbuih
-Sedikit Pewarna Merah Dan Hijau


Cara2:-
Bahagian A:-
Gula, Agar-Agar Dan Susu Cair Di Masak Hingga Mendidih.  Masukkan Tepung Kastad Yang Telah Di Bancuh Dengan Sedikit Air.   Kacau Dan Masukkan Kuning Telor.  Kacau Hingga Sebati Dan Pekat.   Tuang Ke Dalam Acuan Dan Sejukkan.

Bahan B:-
Gula, Agar-Agar Dan Susu Di Masak Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Putih Telor. Biarkan Sebentar . Angkat Dan Di Bahagikan Kepada Dua Bahagian.   Warnakan Satu Bahagian Merah Dan Satu Bahagian Lagi Hijau.  Tuangkan Berselang Seli Ke Atas Adunan A Dan Sejukkan. 



22 Oktober 2010

15 Tanda Kematian Mulia





Assalamualaikum :D
Kematian Micheal Jackson (Mj) Mengejutkan Dunia. Dunia Menangis Kerana Kehilangan Seorang Insan Seni Yang Hebat. Begitulah Resam Dunia Akan Mengenang Selepas Ketiadaan Seseorang. Lagi Banyak Jasa Yang Ditinggalkan Lagi Ramai Orang Merasakan Kehilangan Kita. Kali Ini Bukan Kita Nak Bincangkan Jasa Mj Tetapi Kita Perkatakan Mengenai Kematian Mengejut. 

Itu Yang Patut Kita Tanya Diri Kita, Bagaimana Ketika Kita Mengakhiri Kehidupan Kita Nanti Dalam 'Husnul Khatimah' Ataupun 'Su'ul Khatimah.'  Katanya, Kematian Mj Masih Lagi Menjadi Teka-Teki. Mati Ketika Yang Tiada Bekalan Dan Persediaan Adalah Amat Menakutkan. Pernahkah Kita Meminta Supaya Kita Dimatikan Dengan Penutup Yang Baik 'Husnul Khatimah'? 

Sebenarnya Bukan Kena Minta Sahaja Tetapi Kena Buru Dan Kena Cari. Kali Ini Kita Bincangkan Tanda-Tanda Mati Husnul Khatimah. Antara Tanda Mati Husnul Khatimah Ialah: 

1. Mengucapkan Kalimah Syahadah Ketika Wafat. Rasulullah S.A.W Bersabda, Maksudnya: "Sesiapa Yang Pada Akhir Kalimahnya Mengucapkan La Ilaaha Illallah Maka Ia Dimasukkan Ke Dalam Syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika Wafat Dahinya Berkeringat. Ini Berdasarkan Hadis Dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah Dahulu Ketika Di Khurasan, Melihat Saudaranya Yang Tengah Sakit, Namun Didapatinya Ia Sudah Wafat Dan Terlihat Pada Jidatnya (Dahi) Berkeringat, Kemudian Dia Berkata: "Allahu Akbar, Sungguh Aku Telah Mendengar Rasulullah Bersabda: Matinya Seorang Mukmin Adalah Dengan Berkeringat Dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasai, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim Dan Ath-Thayalusi Dari Abdullah Bin Mas'ud)

3. Wafat Pada Malam Jumaat. Hal Ini Berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W Bermaksud:

"Tidaklah Seorang Muslim Yang Wafat Pada Hari Jumaat Atau Pada Malam Jumaat Kecuali Pastilah Allah Menghindarkannya Dari Seksa Kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati Syahid Di Dalam 
 Medan Perang. 

5. Mati Dalam Peperangan Fisabilillah. 
 
Rasulullah Bersabda, Maksudnya: "Apa Yang Kalian Kategorikan Sebagai Orang Yang Mati Syahid Di Antara Kalian? 

Mereka Menjawab: "Wahai Rasulullah Yang Kami Anggap Sebagai Orang Yang Mati Syahid Adalah Siapa Saja Yang Mati Terbunuh Di Jalan Allah. 

Baginda Bersabda: "Kalau Begitu Umatku Yang Mati Syahid Sangatlah Sedikit." 

Kalangan Sahabat Kembali Bertanya: "Kalau Begitu Siapa Sajakah Dari Mereka Yang Mati Syahid Wahai Rasulullah?"

Baginda Menjawab: "Sesiapa Yang Terbunuh Di Jalan Allah, Yang Mati Sedang Berjuang Di Jalan Allah Dan Yang Mati Kerana Penyakit Kolera, Yang Mati Kerana Penyakit Perut (Iaitu Disebabkan Penyakit Yang Menyerang Perut Seperti Busung Lapar Atau Sejenisnya), Dialah Syahid Dan Orang-Orang Yang Mati Tenggelam, Dialah Syahid."(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad Dan Al-Baihaqi)

6. Mati Disebabkan Penyakit Kolera. Mengenai Ini Banyak Hadis Rasulullah S.A.W Meriwayatkan Antaranya Sebagai Berikut:

Rasulullah Bersabda, Maksudnya: "Penyakit Kolera Adalah Penyebab Mati Syahid Bagi Setiap Muslim." (Hadis Riwayat Bukhari, Ath-Thayalusi Dan Ahmad)

7. Mati Kerana Tenggelam.

8. Mati Kerana Tertimpa Runtuhan/Tanah.

Dalil Dari Dua Perkara Di Atas Adalah Berdasarkan Sabda Rasulullah Bermaksud: "Kalangan Syuhada Itu Ada Lima; Orang Yang Mati Kerana Wabak Kolera, Kerana Sakit Perut, Tenggelam, Tertimpa Runtuhan Bangunan Dan Syahid Berperang Di Jalan Allah." (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi Dan Ahmad)

9. Perempuan Yang Meninggal Kerana Melahirkan Anak.

10. Mati Terbakar.

11. Mati Kerana Penyakit Busung Perut.

Mengenai Kedua Perkara Ini Banyak Sekali Riwayat Dan Yang Paling Masyhur Adalah Dari Jabir Bin Atik Secara Marfu': "Kalangan Syuhada Ada Tujuh: Mati Terbunuh Di Jalan Allah, Kerana Penyakit Kolera Adalah Syahid, Mati Tenggelam Adalah Syahid, Kerana Busung Lapar Adalah Syahid, Kerana Penyakit Perut Keracunan Adalah Syahid, Kerana Terbakar Adalah Syahid Dan Yang Mati Kerana Tertimpa Runtuhan (Bangunan Atau Tanah Gelongsor) Adalah Syahid Serta Wanita Yang Mati Ketika Hamil Adalah Syahid." (Hadis Riwayat Imam Malik, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah Dan Ahmad)

12. Mati Kerana Penyakit Tubercolosis (Tbc).

Ini Berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W, Maksudnya: "Mati Di Jalan Allah Adalah Syahid Dan Perempuan Yang Mati Ketika Melahirkan Adalah Syahid, Mati Kerana Terbakar Adalah Syahid, Mati Kerana Tenggelam Adalah Syahid, Mati Kerana Penyakit Tbc Adalah Syahid Dan Mati Kerana Penyakit Perut Adalah Syahid." (Hadis Riwayat Thabrani)

13. Mati Kerana Mempertahankan Harta Dari Perompak. "Sesiapa Yang Mati Kerana Mempertahankan Hartanya (Dalam Riwayat Lain; Sesiapa Menuntut Hartanya Yang Dirampas Lalu Ia Terbunuh) Adalah Syahid." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Dan Ahmad)

14. Mati Dalam Membela Agama Dan Jiwa. "Sesiapa Mati Terbunuh Dalam Membela Hartanya, Dia Mati Syahid; Siapa Saja Yang Mati Dalam Membela Keluarganya, Dia Mati Syahid; Sesiapa Mati Dalam Membela Agama (Keyakinannya), Dia Mati Syahid Dan Siapa Saja Yang Mati Mempertahankan Darah (Jiwanya) Dia Syahid." 

15. Mati Dalam Berjaga-Jaga (Waspada) Di Jalan Allah. Rasulullah S.A.W Bersabda, Maksudnya: "Berjaga-Jaga (Waspada) Di Jalan Allah Sehari Semalam Adalah Lebih Baik Daripada Berpuasa Selama Sebulan Dengan Mendirikan (Solat) Pada Malam Harinya. Apabila Dia Mati, Mengalirkan Pahala Amalannya Yang Dahulu Dilakukannya Dan Juga Rezekinya Serta Aman Dari Seksa Kubur (Fitnah Kubur)."

16. Orang Yang Meninggal Ketika Mengerjakan Amal Soleh. Semoga Kematian Kita Dalam Husnul Khatiimah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...