28 Februari 2011

Singgang Ikan

SINGGANG IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG 

Assalamualaikum :D
Hari ini Kak Lin nak tayang masak Singgang Ikan,  sumber daripada CMG dan Kak Lin copy resepi ini dari Blog Yatie. Terima kasih daun keladi buat kedua-dua pakar masak yang Kak Lin minati ini.   Masakan mereka berdua sudah semestinya sedap!. Kak Lin juga akan mencuba resepi2 masakan daripada blog rakan-rakan yang lain...cuma tunggu masa yang sesuai...Insya Allah....

Kak Lin nak bertolak ke Kluang untuk menghantar anak-anak pulang ke asrama....sudi-sudikanlah melayari blog Kak Lin yer...Terima kasih.



Bahan2:-
3 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan (ikan lain pun boleh..)
1 liter air (nak lebih boleh tambah)
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci kunyit hidup, dititik
1 helai daun kunyit, ( daun kesum pun boleh..)
8 biji cili padi merah, diketuk
sedikit belacan(saya tambah..sedap..)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa(letak gula sedikit..)
tomato@bendi

Cara2:-
1.Dalam periuk, masukkan semua bahan2 diatas, kecuali ikan dan garam. Masak hingga mendidih, kacau rata.
2.Masukkan ikan dan tambah perisa. Biar hingga ikan masak, dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm sedapp!!!




23 Februari 2011

Puding Trifle

Assalamualaikum :D
Apa khabar semua rakan-rakan blog yang di rindui? Harap kalian semua beroleh kebahagian dan kesejahteraan  hendaknya.  Maaflah kerana Kak Lin dah lama tak mengemaskini rumah Kak Lin ni... Sibuk dengan urusan keluarga.... Bila urusan keluarga dah selesai...Kak Lin pulak kurang sihat. Kurang sihat sebab tak ikut
nasihat  Doctor!!! huhuhuhuhu

Hari ni Kak Lin nak tayang Puding Trifle....Resepi daripada Azie Pelajar Pratikal di Pejabat Kak Lin. Kak Lin buat Puding Trifle ni juga atas permintaan Kak Fitriah sahabat Kak Lin di Facebook.

PUDING TRIFLE
Resepi: Azie
Dicuba Oleh: LinRosly

Bahan2:-
1  Buku Swiss Roll Cake* Vanila Atau Strawberry
1  Tin Susu Cair
2  Sudu Tepung Kastad
½ Sudu Esen Vanilla
2 Sudu Gula
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Peket Jeli * Perasa Mangga (Brand Nona)

Cara2 :-
1. Potong swiss roll kemudian susun di dalam loyang. Basahkan sedikit dengan air buah-buahan. 
2. Masukkan susu cair, tepung kastard, esen vanilla dan gula ke dalam periuk dan masak hingga likat. Tuangkan di atas swiss roll tadi. Biarkan sebentar.
3. Taburkan pula buah-buahan dalam tin di atas kastard tadi.
4. Baki Air buah-buahan tadi tu di masak dengan Jeli kemudian tuang di atas taburan buah-buahan.
5. Sejukkan dan sedia untuk di makan.



Cara Layer:-
1. Susun swiss roll dalam loyang
2. Basahkan dengan sedikit air buah-buhan campuran
3. Siramkan pula dengan adunan kastard
4. Taburkan buah-buahan campuran
5. Akhir sekali siramkan adunan jeli tadi.
6. Sejukkan.


11 Februari 2011

Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak tayang Ayam Masak Merah Madu...sedapp!! berselera anak-anak Kak Lin makan. Seronoknya tengok dia orang makan... Anak Kak Lin yang sulong tu tersangattttlah cerewetnya...makanan lain tak nak balik-balik ayam...sampai Kak Lin dah tak tahu ayam tu nak masak apa...

Kalau tak kena dengan selera dia...sanggup tak makan tu yang Kak Lin duk termenung fikirkan nak masak apa ayam ni... teringatkan resepi Ayam Masak Merah Madu dari blog Kak Nor cepat-cepat Kak Lin buka blog Kak Nor tengok resepi melalui handphone dan terus bersilat di dapur....hahahahaha.....Terimakasih Kak Nor Tersayanggg!!! Kerana Mu Masalah Lin Selesai...Huahuahuahua....Syukur Alhamdulilah.

AYAM MASAK MERAH MADU
Resepi : Kak Nor 
Dicuba Oleh : LinRosly

Bahan2:-
1/2 Ekor Ayam ~ Dipotong, Gaul Dgn Garam Dan Serbuk Kunyit
3 Sudu Besar Cili Mesin
1 Labu Bawang Besar *
3 Ulas Bawang Putih *
1/2 In Halia * (Kesemua Bahan * Diblend Halus)
3 Sudu Besar Sos Tomato @ Boleh Ganti Dgn Air Asam Jawa
1 Sudu Besar Kicap
1/2 Cawan Air
3 Sudu Besar Madu
- Garam
1 Labu Bawang Besar ~ Dipotong Bulat
1 Biji Cili Hijau ~ Dipotong Serong
- Minyak


Cara2:-
1.Goreng Ayam Hingga Masak Tp Jangan Terlalu Garing. Angkat Dan Ketepikan. Tinggalkan Sedikit Minyak Dlm Kuali Dan Masukkan Cili Mesin.
2.Goreng Hingga Garing Dan Masukkan Bahan Yg Diblend. Biarkan Hingga Garing Dan Masukkan Sos Tomato Dan Kicap.Goreng Hingga Pecah Minyak Dan Masukkan Air.
3.Masak Lagi Hingga Sedikit Pekat Dan Masukkan Madu Dan Sedikit Garam. Kacau Hingga Sebati Dan Masukkan Ayam.
4.Kacau2, Biar Ayam Sebati Dgn Rempah Dan Bila Kuah Hampir Pekat Masukkan Bawang Besar Yg Dipotong Bulat Dan Cili Hijau. Kacau2 Sekejap Dan Padamkan Api.Hidangkan Panas2.
5.Sedap Dimakan Dgn Nasi Putih Maupun Nasi Yg Berperisa Spt Nasi Minyak, Nasi Tomato Atau Nasi Serai Dll..Slmt Mencuba :)


09 Februari 2011

Kek Coklat

Assalamualaikum :D
Lamanya Kak Lin tak update blog ni....rindu pada kalian semua. Biasalah bila anak-anak balik bercuti PC dan Laptop dia orang yang punyaaaa!!! Kak Lin terpaksalah mengalah. Inilah Kek Coklat terakhir yang dapat Kak Lin tayangkan disini. Lepas ni Kak Lin terpaksa cuti membuat Kek sebab Mixer yang baru 2 bulan Kak Lin beli rosakkkk!!! Huhuhuhu.... Esok kena hantar balik ke Kedai tempat Kak Lin beli tempohari.

Resepi Kek Coklat ni Kak Lin ambil daripada salah satu buku resepi koleksi Kak Lin, Senang membuatnya, anak2 pun suka. 

KEK COKLAT
Sumber : LinRosLy

Bahan2:-
250gram tepung kek
250gram mentega
250gram gula halus
60gram sebuk koko
4biji telur
2sudu kecil susu pekat manis
1sudu kecil esen vanilla
1/4sudu kecil garam


Cara2:-
1.Putar mentega bersama gula hingga kembang
2.Masukkan telur satu persatu.
3.Ayak tepung dan serbuk koko
4.Masukkan ke dalam adunan diikuti susu, esen vanilla dan garam
5.Gaul rata. Tuang ke dalam acuan
6.Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...