Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan

21 September 2012

Agar-Agar Santan Sirap Rose

Assalamualaikum :D
Tiada ribut tiada taufan dengan keadaan cuaca yang panas ni tetiba jer teringin nak makan Agar-Agar Santan Sirap Rose tambahan pulak bahan-bahannya memang ada kat rumah.  Semasa skodeng kawan-kawan punya blog tempohari, terpandang resepi tu di SINI. Tapiiiiii Agar-Agar Santan Sirap Rose yang Kak Lin buat ni selapis jer. Cara memasaknya Kak Lin ikut cara memasak  Agar-Agar Santan Pandan di dalam blog yang sama gak...Maaf yer tuan punya blog yang disayangi! sebab tak ikut Surat Perjanjian Hehehehehe :D

Hari ni Kak Lin nak ucapkan "SANAH HELWAH" barakallahu fik... buat anak kedua Kak Lin yang ke 18th...Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang berterusan, diperluaskan rezeki daripada rezeki yang halal, dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan, diberikan rahmat dan hidayah, dijauhkan daripada kesulitan...cemerlang di dunia, cemerlang diakhirat...Insya Allah...Ameen...


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
Sumber : Naz@Nadz 
Dicuba Oleh: LinRosly 



Bahan2:-
1 paket serbuk agar-agar 10gram atau 11gram
1 liter air (4 cawan)
200 gram gula pasir ( lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat * Kak Lin pun guna santan kotak
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
1-2 sudu besar sirap rose atau beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
2 hendai daun pandan
secubit garam


Cara2:-
1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! bila menggelegak, kacau-kacau adunan dan pastikan api dijaga (kalau perlu kecilkan lagi api) supaya adunan menggelegak perlahan sahaja (mereneh). Bukan menggelegak dengan buih-buih yang besar tu yer. Kemudian tutup api. Tak perlu tunggu lama sehingga nampak santan berbintil-bintil.
4. Basahkan loyang atau pun apa-apa acuan dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh disimpan dalam peti ais untuk dapatkan agar-agar yang sejuk.

Note:- 
Tips2 untuk membuat Agar-Agar selapis atau 2 lapisan dan cara2 yang betul memasak Agar-Agar Santan ni bolehlah skodeng di SINI Insya Allah pastinya jadiiiiiiii!!!!!!!


31 Julai 2012

Puding Warna-Warni

Assalamualaikum :D
Semalam Kak Lin mencuba resepi Puding Warna-Warni dari buku Resepi Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi tak tahulah jadi ke tidak, itu Kak Liza jer yang dapat menilaikannya...hik3. Mungkin belang warnanya tu tak sama dengan yang Kak Liza buat... janji rasanya sedap pasti habis!

PUDING WARNA-WARNI
Sumber : Chef Hanieliza 1Hari 1Resepi
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan A:
10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
2 cawan gula halus
Bahan B:
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
Bahan C:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu makan air suam
Bahan D:
Pewarna merah dan hijau


Cara2:
1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula halus hingga hancur
2. Bancuhkan bahan B
3. Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga sedikit pekat
4. Asingkan adunan kepada 4 mangkuk
5. Masukkan bancuhan bahan C (Nescafe) ke dalam satu mangkuk
6. Masukkan pewarna hijau ke dalam satu mangkuk dan kacau rata
7. Kemudian masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau rata
8. Biarkan satu bahagian pada warna asal (kuning kastad)
9. Lapiskan perlahan-lahan adunan Nescafe ke dalam acuan berselang seli dengan adunan warna merah, hujau dan juga adunan kastad.
10. Biarkan adunan keras sebentar
11. Sejukkan di dalam peti sejuk dan boleh dipotong
12. Sedia untuk dihidangkan.



23 Februari 2011

Puding Trifle

Assalamualaikum :D
Apa khabar semua rakan-rakan blog yang di rindui? Harap kalian semua beroleh kebahagian dan kesejahteraan  hendaknya.  Maaflah kerana Kak Lin dah lama tak mengemaskini rumah Kak Lin ni... Sibuk dengan urusan keluarga.... Bila urusan keluarga dah selesai...Kak Lin pulak kurang sihat. Kurang sihat sebab tak ikut
nasihat  Doctor!!! huhuhuhuhu

Hari ni Kak Lin nak tayang Puding Trifle....Resepi daripada Azie Pelajar Pratikal di Pejabat Kak Lin. Kak Lin buat Puding Trifle ni juga atas permintaan Kak Fitriah sahabat Kak Lin di Facebook.

PUDING TRIFLE
Resepi: Azie
Dicuba Oleh: LinRosly

Bahan2:-
1  Buku Swiss Roll Cake* Vanila Atau Strawberry
1  Tin Susu Cair
2  Sudu Tepung Kastad
½ Sudu Esen Vanilla
2 Sudu Gula
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Peket Jeli * Perasa Mangga (Brand Nona)

Cara2 :-
1. Potong swiss roll kemudian susun di dalam loyang. Basahkan sedikit dengan air buah-buahan. 
2. Masukkan susu cair, tepung kastard, esen vanilla dan gula ke dalam periuk dan masak hingga likat. Tuangkan di atas swiss roll tadi. Biarkan sebentar.
3. Taburkan pula buah-buahan dalam tin di atas kastard tadi.
4. Baki Air buah-buahan tadi tu di masak dengan Jeli kemudian tuang di atas taburan buah-buahan.
5. Sejukkan dan sedia untuk di makan.



Cara Layer:-
1. Susun swiss roll dalam loyang
2. Basahkan dengan sedikit air buah-buhan campuran
3. Siramkan pula dengan adunan kastard
4. Taburkan buah-buahan campuran
5. Akhir sekali siramkan adunan jeli tadi.
6. Sejukkan.


17 Januari 2011

Puding Kastard

Assalamualaikum :D
Resepi koleksi sendiri dulu pernah di poskan didalam fotopages dan sekarang Kak Lin ulang tayangkan di blog Kak Lin ni pulak yer...

PUDING KASTARD
Resepi : Koleksi Sendiri 
 Dicuba Oleh: LinRosly

Bahan A:-
2  Cawan Tepung Kastard
6 Cawan Air
½  Cawan Gula
½ Sudu Teh Garam
½ Tin Susu Cair

Bahan B:-
1 Tin Susu Cair
½  Cawan Gula
2 Cawan Air
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Sudu Tepung Kastard


Cara2:-
Masukkan Kesemua Bahan A Kedalam Periuk. Masak Dengan Api Perlahan  Dan Kacau rata Jangan Sampai Bergentel. Bila Adunan Kental Dan Berkilat Tuang Diatas Loyang Atau Acuan Kecil.
Masak Gula Dengan Air Hingga Mendidih Kemudian. Masukkan Susu Cair Dan Satu Sudu Tepung Kastard. Sejukkan.
Masukkan Buah-Buahan Campuran Kedalam Susu Cair Tadi. Akhir Sekali Masukkan Kastard Ke Dalam Mangkuk TuangkanSusu Cair Diatasnya. 



01 Disember 2010

Agar-Agar Gula Melaka

Assalamualaikum :D
Agar-Agar Gula Melaka Bersantan....Sama Juga Dengan Agar-Agar Santan Kot.   Tempohari Kak Lin Balik Kg...Mak Masak Agar-Agar Gula Melaka Bersantan Ni.....Al-Maklumlah Cuti Sekolah Ni Cucu2nya Semua Balik....Macam-Macamlah Yang Dia Nak Buat.  Kak Lin Cuma Tolong Sikit-Sikit Jer...Al-Maklumlah Kak Lin Ni Anak Tunggal....Manja Gitu!....Perasan!!!

Siap Masak Kak Lin Pun Apa Lagi....Ambil "Hand Phone" Klik...Klik...Klik.....Inilah Hasilnya......Terima kasih Mak....Sayang Mak....Muahhhh....Muahhhh...Muahhhhh...

AGAR2 GULA MELAKA
Resepi: Mak 
 Sumber: LinRosly

Bahan:-
1 peket agar-agar
6 cawan air
1 buku gula melaka 
½ cawan gula pasir 2 cawan santan pekat
1 biji telur ayam
1 helai daun pandan
sedikit garam



Cara2:-
Agar-Agar Di Masuk Kedalam Periuk.  Masukkan Air Dan Daun Pandan.  Masak Hingga Mendidih. Kemudian Masukkan Pula Gula Melaka Dan Gula Pasir. Bila Semuanya Telah Larut Angkat Dan Tapis. Setelah Di Tapis Masak Lagi. Biarkan Mendidih.  Masukkan Pula Telur Dan Santan Yang Telah Di Gaul Sebati Bersama Dengan Garam.  Setelah Mendidih. Angkat Dan Tuang Dalam Acuan. Kemudian Sejukkan.

24 Oktober 2010

Puding Buih

Assalamualaikum :D
Puding buih daripada buku koleksi sendiri...sedap jugalah rasa puding ni...bila dan masak ada macam buih2 sedikit.....kira jadilaaa kot....

PUDING BUIH
Resepi : Koleksi Sendiri
 Sumber : LinRosly

Bahan A:-
80Gram Gula Kastor
1Bungkus Kecil Serbuk Agar-Agar
3/4 Cawan  Susu Cair
1 1/2 Cawan Air
30 Gram Tepung Kastad
2Biji Kuning Telor

Bahan B:-
80Gram Gula Kastor
1Bungkus Kecil Serbuk Agar-Agar
3/4 Cawan Susu Cair
11/2Cawan Air
2Biji Putih Telor – Pukul Hingga Berbuih
-Sedikit Pewarna Merah Dan Hijau


Cara2:-
Bahagian A:-
Gula, Agar-Agar Dan Susu Cair Di Masak Hingga Mendidih.  Masukkan Tepung Kastad Yang Telah Di Bancuh Dengan Sedikit Air.   Kacau Dan Masukkan Kuning Telor.  Kacau Hingga Sebati Dan Pekat.   Tuang Ke Dalam Acuan Dan Sejukkan.

Bahan B:-
Gula, Agar-Agar Dan Susu Di Masak Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Putih Telor. Biarkan Sebentar . Angkat Dan Di Bahagikan Kepada Dua Bahagian.   Warnakan Satu Bahagian Merah Dan Satu Bahagian Lagi Hijau.  Tuangkan Berselang Seli Ke Atas Adunan A Dan Sejukkan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...