Agak lama juga Kak Lin tidak sempat mengemaskini blog Kak Lin ni...Biasalah sibuk dengan urusan peribadi...tapi pada malam ni tergerak pulak hati ini untuk melihat blog dan memasukkan menu terbaru yang dibuat oleh anak dara tunggal Kak Lin iaitu Kek Coklat Kukus. Kak Lin biarkan jer dia buat sorang2 alhamdulilah menjadi pulak tu...dan rasa kek coklat ni sedap! kenalah dengan tekak Kak Lin yang tak berapa suka manis....
Lepas tu Kak Lin pulak yang sibuk2 pusing2kan Kek tu untuk dijadikan model...hehehe. Sabau jerlah....
KEK COKLAT KUKUS (Versi Bakar)
Resepi Asal : Chef Zubaidah
Sumber : Ummi Zaihadi
Bahan2:-
100gm serbuk koko*
250gm gula kastor*
1tin susu isian cair*
200gm minyak masak sayuran*
250gm susu pekat
4biji telur - pukul sehingga berbuih - whisk jer
150gm tepung gandum
1sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh baking powder
Cara:-
1.Campurkan semua bahan bertanda (*) dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2.Satukan dengan telur yang dipukul tadi.
3.Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
4.Masukkan kedalam loyang 8" x 8" yang dilapikkan dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum dikukus (Kak Lin bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160 darjah selama 45 minit atau ikut oven masing2)
5.Sejukkan dahulu sebelum dihias.
Bahan Ganache:-
150gm coklat masakan
1sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1sudu besar butter
Cara:-
Masukkan coklat masakan yang dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padamkan api dan masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.