Assalamualaikum :D
Hari ini 1hb Ogos, 2012 genaplah usia perkahwinan kami 26 tahun. Sepanjang melayari kehidupan sebagai suami isteri, segala suka duka, sedih pilu, susah senang, pahit maung telah kami hadapi bersama dengan tabah dan sabar. "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Jodoh pertemuan, ajal dan maut ALLAH jua yang menentukan. Semoga kami diberikan kebahagiaan yang berkekalan, diperluaskan rezeki kami, diberikan kesihatan yang baik, jodoh yang berpanjangan sehingga keakhir hayat...Amin...Amin...Amin...
Untuk pengetahuan kalian semua, kami dikurniakan 3 orang permata hati 2 orang putera dan seorang puteri, yang sulong Mohamad Akmal 20 tahun masih belajar di salah sebuah IPT tempatan, dan yang ke 2 Muhamad Hafiz 18 Tahun di Metrikulasi dan yang bongsu Nabihah 15 tahun SMAKJ Kluang. Kesemuanya masih belajar dan tinggal di luar daerah tempat kami tinggal. Pada hari-hari biasa hanya Kak Lin dan suami sahaja yang tinggal dirumah. Anak2 balik sewaktu cuti hujung minggu atau cuti penggal dan cuti semester. Kalau mereka tak balik giliran Kak Lin dan suami melawat mereka. Begitulah perjalanan kehidupan kami....