Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak tayang Ayam Masak Merah Madu...sedapp!! berselera anak-anak Kak Lin makan. Seronoknya tengok dia orang makan... Anak Kak Lin yang sulong tu tersangattttlah cerewetnya...makanan lain tak nak balik-balik ayam...sampai Kak Lin dah tak tahu ayam tu nak masak apa...
Kalau tak kena dengan selera dia...sanggup tak makan tu yang Kak Lin duk termenung fikirkan nak masak apa ayam ni... teringatkan resepi Ayam Masak Merah Madu dari blog Kak Nor cepat-cepat Kak Lin buka blog Kak Nor tengok resepi melalui handphone dan terus bersilat di dapur....hahahahaha.....Terimakasih Kak Nor Tersayanggg!!! Kerana Mu Masalah Lin Selesai...Huahuahuahua....Syukur Alhamdulilah.
AYAM MASAK MERAH MADU
Bahan2:-
1/2 Ekor Ayam ~ Dipotong, Gaul Dgn Garam Dan Serbuk Kunyit
3 Sudu Besar Cili Mesin
1 Labu Bawang Besar *
3 Ulas Bawang Putih *
1/2 In Halia * (Kesemua Bahan * Diblend Halus)
3 Sudu Besar Sos Tomato @ Boleh Ganti Dgn Air Asam Jawa
1 Sudu Besar Kicap
1/2 Cawan Air
3 Sudu Besar Madu
- Garam
1 Labu Bawang Besar ~ Dipotong Bulat
1 Biji Cili Hijau ~ Dipotong Serong
- Minyak
Cara2:-
1.Goreng Ayam Hingga Masak Tp Jangan Terlalu Garing. Angkat Dan Ketepikan. Tinggalkan Sedikit Minyak Dlm Kuali Dan Masukkan Cili Mesin.
2.Goreng Hingga Garing Dan Masukkan Bahan Yg Diblend. Biarkan Hingga Garing Dan Masukkan Sos Tomato Dan Kicap.Goreng Hingga Pecah Minyak Dan Masukkan Air.
3.Masak Lagi Hingga Sedikit Pekat Dan Masukkan Madu Dan Sedikit Garam. Kacau Hingga Sebati Dan Masukkan Ayam.
4.Kacau2, Biar Ayam Sebati Dgn Rempah Dan Bila Kuah Hampir Pekat Masukkan Bawang Besar Yg Dipotong Bulat Dan Cili Hijau. Kacau2 Sekejap Dan Padamkan Api.Hidangkan Panas2.
5.Sedap Dimakan Dgn Nasi Putih Maupun Nasi Yg Berperisa Spt Nasi Minyak, Nasi Tomato Atau Nasi Serai Dll..Slmt Mencuba :)