30 November 2010

Award Dari Jassnani

Assalamualaikum :D
Terima kasih pada yang sudi memberi Award ini dan akan senantiasa digantung di blog ini sebagai kenang-kenangan...


Selamat Malam!
Kak Lin Dapat  Award Ni Dari ~Jassnani~ 
Kerana BEST BLOG Tapi Best Ke Blog Kak Lin Ni? 
Banyak Lagi Blog Yang Best2....
Kak Lin Terharu Sangat2 Huhuhuhu..... 
Kak Lin Nak Ucapkan Terimakasih Pada Jassnani 
Yang Sudi Bagi Kak Lin Award BEST BLOG Ni...Muaaaahhhhhhh....

Kak Lin Nak Share Pulak Award Ni Pada Sahabat2 Yang Telah Terpilih:-

1.     Ruhayu Razali
2.     MamaSya
3.     Matahari
4.     Fiza
5.     Aishah
6.     Zurena
7.     Chik Mimi
8.     Iman
9.     Qira
10.   AnnaQwina

Pada Nama-Namanya Yang Tersebut Diatas,  Harap Di Persudikan Jua Untuk Mengambilnya....

Terima Kasih..... :)

Tempe Goreng




Assalamualaikum :D
Inilah Resepi Kak Lin Yang Paling Rajin!!!!...Hehehehehe.... Bila Kak Lin Masak Tempe Goreng Ni Teringat Pada Arwah Mak Mertua Kak Lin.... Ini Adalah Salah Satu Makanan Kegemarannya.....Sekarang Ni Anak Kak Lin Yang Bongsu Suka Sangat Makan Tempe Goreng Dengan Sambal Kicap....

AL-FITHAH Untuk Mak Mertuaku Tersayang.....Tiga Tahun Telah Berlalu Namun Kenangan Manis Bersama Mu Tetap Mekar Di Hati Ini. 


Bahan2:-
5 keping tempe – di kerat dua
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci kunyit hidup
 sedikit air
 sedikit garam
 sedikit gula
  
Cara2:- 
Tumbuk kunyit, bawang putih dan ketumbar.  Masukkan sedikit garam dan gula kemudian tumbuk lagi. Masukkan sedikit air.
Gaulkan tempe dengan bahan-bahan yang di tumbuk tadi kemudian goreng




Bahan utk sambal kicap:-
10 biji cili padi
1 biji bawang putih
- kicap manis
- sedikit gula
  
Cara2:-
Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kemudian masukkan kicap manis dan gula.

27 November 2010

Siakap Kukus

Assalamualaikum :D
Siakap Kukus salah satu resepi yang ada dalam simpanan Kak Lin, resepi ini Kak Lin tak ingat ambil daripada buku resepi yang mana satu...sebab resepinya dah siap tertulis di dalam buku Kak Lin..


Bahan2 :-
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sos Ikan
2 Sudu Sos Tiram / Kicap Cair
3 Ulas Bawang Putih
4 Cm Halia Muda
1 Tangkai Daun Bawang
2 Batang Saleri Besar
1 Biji Limau Nipis
2 Biji Lada Hidup
½ Batang Lobak Merah - Jika Suka.


Cara2:-
Bersihkan Ikan. Halia Dan Bawang Putih Di Hiris Panjang Halus-Halus. Daun Bawang Di potong 1 Inci. Lada Hidup, Lobak Merah Dan Halia Di Potong Panjang Halus-Halus  Batang Saleri Di Potong Serong.

Masukkan Ikan Di Dalam Pinggan Yang Tahan Panas.   Perah Asam Limau.  Sapukan Sos Ikan Dan Sos Tiram Diatasnya. Kemudian Taburkan Bawang Putih, Halia, Batang Saleri Dan Lobak Merah. Jika Suka. Bila Ikan Dah Masak Taburkan Daun Sup Dan Daun Bawang.

26 November 2010

Award Dari Anna Qawina


Assalamualaikum :D

Terima kasih Anna Qawina Kerana Blog Kak Lin Telah Terpilih...Tapi Pada Mata Kak Lin Mcm Tak Cantik Jer Blog Kak Lin Ni....Hihihihihi


Aduhai! Banyaknya Blog Yg Cantik2 Nak Kena Pilih....Macam Ni Kena Buat Undian Nampaknya.....Hehehehe

Nick Name Tuan Punya Blog:-
LinRosly

Ucapan Untuk Pemberi Award:-
Khas Untuk Anna Qawina. Kak Lin Tak Tahu Apa Yg Tercantiknya Pada Blog Kak Lin Ni...Kak Lin Tengok Biasa2 Jer......Anna Kata Kak Lin Cantik? Hehehehe.... Kak Lin Ni Tak Cantik Kalau Tak Makeup Setebal 1 Inci Tau... Sebab Tu Nampak Cantik Kot! Kwang! Kwang! Kwang!

6 fav artist / singer / group :-

Aeman, Maher Zain, Amar, Raihan, Hadhad Alwi, Unic

Tag 10 bloggers:- Diantara Nama-Nama Yang Terpilih....

agKepada Sesiapa Yang Namanya Tersenarai Diatas Diminta Mengambilnya Untuk Digantungkan Di Dinding Rumah Anda.....

SEKIAN TERIMA KASIH

Menghormati Azan



Assalamualaikum :D
Lidah Kelu Di Saat Kematian. Kematian Pasti Menjelma.  Hanya Masa Dan Waktunya Yang Tidak Kita Ketahui.  Cuba Kita Amati.... Mengapa Kebanyakan Orang Yang Nazak (Hampir  Ajal Tidak Dapat  Berkata Apa-Apa, Lidahnya  Kelu,  Keras Dan Hanya Mimik Mukanya Menahan Kesakitan Sakaratul Maut).

Diriwayatkan Sebuah Hadis Yang Bermaksud :-
"Hendaklah Kamu Mendiamkan Diri Ketika Azan, Jika Tidak Allah Akan Kelukan Lidahnya Ketika Maut Menghampirinya."

Ini Jelas Menunjukkan, Kita Disarankan Agar Mendiamkan Diri, Jangan Berkata Apa-Apapun Semasa Azan Berkumandang. Sebagai Orang Islam Kita Wajib Menghormati Azan. Banyak Fadhilatnya.  

Jika  Lagu Kebangsaan  Kita  Diajar Agar Berdiri Tegak Dan Diamkan Diri.... Mengapa Azan Kita Tidak Boleh Mendiamkan Diri....!!! Lantas Sesiapa Yang Berkata-Kata Ketika Azan, Allah Akan Kelukan Lidahnya Ketika Nazak.

Kita Takut Dengan  Kelunya  Lidah  Kita Semasa Ajal Hampir Tiba.... Maka Kita Tidak Dapat Mengucapkan Kalimah Lailahaillallah... Yang Mana  Sesiapa  Yg  Dapat  Mengucapkan Kalimah Ini Ketika Nyawanya Dicabut...Allah Menjanjikan Syurga Untuknya. 


















25 November 2010

Ayam Masak Kari

Assalamualaikum :D
Resepi kolesi sendiri, sekali sekala rindukan masakan daripada resepi sendiri...hik3 mcm pandai sangat karang resepi...alahai! bukan buat resepi sendiri ikut resepi dulu2 masa baru2 belajar masak...

AYAM MASAK KARI
Resepi: Koleksi Sendiri
 Sumber: LinRosly

Bahan2:-
1 Ekor Ayam
16 Ulas Bawang Kecil
8 Ulas Bawang Putih
2 ½ Inci Halia
4 Kuntum Bunga Lawang
8 Biji Buah Pelaga
4 Batang Kecil Kulit Kayu Manis
4 Tangkai Daun Kari
1 Liter Santan Pekat
½ Senduk Kecil Cili Kisar
2 Senduk Kecil Serbuk Kari
4 Keping Asam Gelugur
3 Biji Buah Tomato – Belah Dua
 Air
Garam Dan Gula Mengikut Rasa
  


Cara2:-
Kisar Bawang Kecil, Bawang Putih Dan Halia. Panaskan Minyak. Tumis Bahan Kisar Bersama Daun Kari Dan Rempah Penumis.  Bila Telah Naik Baunya Masukkan Cili Kisar Dan Serbuk Kari.  Kacau Hingga Pecah Minyak. Masukkan Ayam, Santan Dan Air. Kacau Hingga Sebati Dan Biarkan Masak.  Masukkan Pula Kentang Dan Asam Keping. Bila Kentang Telah Embuk Masukkan Pula Buah Tomato. Perasakan Garam Dan Gula. Jika Suka. Biarkan Renih Di atas Dapur Supaya Kari Tu Lebih Sedap Dan Sebati.


22 November 2010

Pecal Ikan Cencaru

Assalamualaikum :D
Resepi ini juga daripada koleksi sendiri....dulu pernah belajar dengan mak mertua masak ikan ni...sedap dan enak rasanya...salah satu masakan orang jawa....


Bahan A/
2 Ekor Ikan Cencaru 
2 Inci Kunyit
- Sedikit Garam

Bahan Untk Kuah:-
2 Mangkuk Kecil Santan Pekat
4 Buku Isi Cekur
6 Helai Daun Cekur
16 Biji Cili Padi-Di Goreng
2 Ulas Bawang Putih-Di Goreng
2 Ulas Bawang Merah-Di Goreng


Cara2:-
Bersihkan Ikan. Lumur Ikan Dengan Garam Dan Kunyit Kemudian Di Panggang Hingga Masak. Kisar Santan, Isi Cekur, Garam Dan Bahan Yang Telah Di Goreng. Untuk Di Jadikan Kuah.  Kemudian Tuang Di atas Ikan Panggang Tadi.  Taburkan Daun Cekur Diatasnya.
  
Note:-  Kuah Tidak Perlu Di Masak.

17 November 2010

Daging Goreng Ketumbar

Assalamualaikum :D
Daging goreng ketumbar yang disukai oleh suami dan anak2, sedap juga kalau diratah begitu sahaja...kalau Kak Lin yang makan asyik tersangkut digigi jer...hahahaha


Bahan2:-
300 Gram Daging
5 Ulas Bawang Putih
2 Inci Kunyit Hidup
3 Sudu Makan Ketumbar
Garam Mengikut Rasa



Cara2:-
Daging Di Potong Nipis. Bersih Dan Di Toskan.Tumbuk Kunyit, Bawang Putih Dan Ketumbar .  Masukkan Kedalam Mangkuk Yang Berisi Daging Dan Gaul Bersama-sama Dengan Garam. Di Perap Sebentar.

Panaskan Minyak.  Goreng Sampai Daging Masak.

12 November 2010

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum :D
Selalu kita citer pasal masakan, apa salahnya sekali sekala kita muasabah diri dengan mendengar Tazkirah....semoga hati kita lebih tenang setenang air di kali...


KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA. 


Segala Kepujian Dan Kesyukuran Ditujukan Kepada Allah Ta’ala, Salawat Dan Salam Buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu Was Salam Dan Buat Keluarga Dan Sahabat Baginda. 


Imam Al Bukhari Rahimahullah Meriwayatkan Daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘Anhuma Bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘Alaihi Wa Sallam Bersabda : 

“Tiada Suatu Haripun, Amalan Kebaikan Padanya Mempunyai Kelebihan Melainkan Pada Hari-Hari Ini – Iaitu Sepuluh Hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda Bertanya : “Apakah Juga (Pengecualian Itu) Termasuk Jihad Pada Jalan Allah ?” .

Ujar Baginda : “Tidak Juga (Termasuk) Berjihad Pada Jalan Allah Kecuali Bagi Seorang Yang Keluar Dengan Jiwa Raga Dan Hartanya Dan Tidak Membawa Pulang Apa-Apa Pun”. 

Imam Ahmad Rahimahullah Meriwayatkan Dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘Anhuma Bahawa Baginda Salla Allah ‘Alaihi Wa Sallam Bersabda : “Tiada Suatu Haripun, Amalan Kebaikan Padanya Mempunyai Kelebihan Melainkan Pada Hari-Hari Sepuluh Zulhijjah Ini, Oleh Kerana Itu Perbanyakkanlah Padanya Tahlil (La Ilaha Illa Allah) , Takbir (Allah Akbar) Dan Tahmid (Alhamdu Lillah)”. 

Ibnu Hibban Di Dam Kitab Sahihnya Meriwayatkan Dari Jabir Radhia Allah ‘Anhu Bahawa Baginda Salla Allah ‘Alaihi Wa Sallam Bersabda : “Seutama-Utama Hari Adalah Hari ‘Arafah”. 


Note:-
Pagi Ni Kak Lin Nak Pergi Ke Kluang Utk Mengambil Anak2 Kak Lin Balik Dari Asrama.   Cuti Sekolah Ni, Cerialah Balik Rumah Kak Lin. Asyik2 Kak Lin Pandang Muka Laling....Laling Pandang Muka Kak Lin.....Nasib Baik Laling Tak Jemu Memandang Muka Kak Lin Ni....Ampun! 



11 November 2010

Kueh Kuaci

Assalamualaikum :D
Kuih Kuaci resepi mak...Mak Kak Lin memang suka makan kuih kuaci tapi Kak Lin kurang menyukai kuih kuaci ni...bila dah buat dan dah ada didepan mata bedal jer lerrr...


Bahan2:-
250 Gram Tepung Pulut
1 ½ Cawan Air
Daun Pisang Secukupnya – Di Layur Di Gunting Bulat
Santan Pekat
Sedikit Garam

Inti:-

1 Biji Kelapa Yg Tidak Terlalu Tua - DiParut
1 Ketul Gula Melaka
1 Cawan Air
1 Helai Daun Pandan




Cara2:-
Campurkan Semua Bahan Inti Dan Masak Hingga Kering.
Tepung Pulut Di Bancuh Dengan Air. Uli Hingga Menjadi Doh.   Ambil Sedikit Doh Letak Diatas Daun Pisang  Kemudian Leperkan Dan Bubuh Inti.  Tutup Dengan Kemas. Tuangkan Sedikit Santan Yang Telah Di Campur Dengan Garam. Lipat Daun Pisang Dengan Kemas. Susun Satu Persatu Di Dalam Kukusan. Sebelum Itu Panaskan Kukus Terlebih Dahulu Kemudian Kukus Selama 15 Hingga 20 Minit.

Note:-
Mak Kak Lin Teringin Nak Makan Kueh Koci....Dia Lebih Suka Kueh Koci Yang Di Buat Sendiri Daripada Yang Di Beli...Tu Yang Kak Lin Buatkan Untuk Dia.  Selera Warga Emas Tak Sama Dengan Selera Kita Orang Muda! Hehehehe..... Muda Ke Kak Lin Ni? Perasan!!!!

10 November 2010

Sup Tulang

Assalamualaikum :D
Sup Tulang ni memang kegemaran suami Kak Lin, tak boleh selalu makan sup tulang ni nanti kolestrol naik sampai ke puncak gunung...bahaya....kena control...



Bahan2:-
1 Kilo Tulang Lembu
8 Ulas Bawang Putih
5 Ulas Bawang Merah
2 Inci Halia
3 Biji Kentang - Dibelah
2 Bungkus Rempah Sup Bunjut
- Sedikit Serbuk Lada Sulah
- Sedikit Daun Bawang Daun Sup – Di Hiris
- Kayu Manis, Bunga Lawang Dan Buah Pelaga
- Bawang Goreng


Cara2:-
Tulang Dibersihkan Dan Rebus Hingga Dagingnya Empuk Bersama Rempah Sup Bunjut. Halia, Bawang Putih Dan Bawang Merah Di Tumbuk. Panaskan Minyak, Tumiskan Bahan Tumbuk Tadi Kemudian Masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang Dan Buah Pelaga Hingga Wangi. Tuangkan Kedalam Periuk Yang Berisi Tulang. Masukkan Pula Kentang Dan Lada Sulah. Setelah Mendidih Masukkan Garam, Daun Bawang Dan Daun Sup. Bolehlah Di Hidangkan.

09 November 2010

Mihun Sup

Assalamualaikum :D
Mee Hoon Sup ni Kak Lin ambil resepinya daripada Kolesi simpanan Kak Lin dan inilah salah satu makanan kegemaran Kak Lin...kalau makan dengan sambal kicap mesti sampai bersiut-siut....merasai kenikmatan kepedasannya...hahaha


Bahan2:-
1 Bungkus Mihun
100 Gram Sawi
500 Gram Udang *Rebus Buang Airnya
300 Gram Isi Ayam
1 Bungkus Rempah Sup
1 Mangkuk Air Rebusan Ayam
- Sedikit Minyak Masak
- Garam

Bahan Kisar:-
4 Ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
1 Sm Halia


Cara2:-
Rendam Meehoon Dengan Air. Bila Telah Separuh Kembang. Tapis Dan Ketepikan. Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Kisar. Masukkan Air Rebusan Ayam, Isi Ayam, Udang, Rempah Sup Dan Garam. Masukkan Sawi. Biarkan Sekejap. Masukkan Meehoon Kedalam Mangkuk. Kemudian Tuang Kuah Sup Diatasnya.

05 November 2010

Apam Pelangi

Assalamualaikum :D
Resepi Ini Daripada Sumber(Ida Bakery) Terima Kasih Diatas Sumbangan Yang Di Berikan.  Tapi Kak Lin Buat  Taklah Secantik Sepertimana Yang Dibuat Oleh (Ida Bakery) Hehehe.



Bahan2:-
5 Biji Telur
1 Sudu Teh Ovalette
½ Sudu Teh Esen Vanila
300 Gram Tepung Gandum
300 Gram Gula Kastor
250 Ml Santan
1 Sudu Teh Baking Powder
- Sedikit Garam
- Pewarna



Cara2:-
Pukul Telur, Ovalette Dan Gula Kastor Hingga Kembang. Masukkan Santan Dan Esen     Vanila Pukul Hingga Sebati Kemudian Masukkan Pula Tepung, Baking Powder Dan Garam. Pukul Lagi Hingga Sebati. Panaskan Kukus.  Sapu Loyang Dg Sedikit Minyak. 

Bahagikan Adunan Kepada 3 Bahagian. Warna Merah, Kuning Dan Hijau. Curahkan Adunan Ke Dalam Loyang Ikut Warna Berselang Seli. Kukus Adunan Selama 30 Minit. Dah Masak Hidangkan Dg Kelapa.



04 November 2010

Biskut Tulip

Assalamualaikum :D
Biskut Tulip...mula2 dulu belum dapat resepi selalu beli tapi bila dah dapat resepi cubalah membuatnya....kadang jadi kadang hancus! hehehe

BISKUT TULIP
Sumber : LinRosly

Bahan2:-
200 Gram Mentega
250 Gram Tepung Gandum
500 Gram Gula Aising
1 Biji Kuning Telur
20 Gram Tepung Jagung
30 Gram Susu Tepung
1 Sudu Kecil Esen Vanila 
Sedikit Buah Prune
Sedikit Badam Cincang
  


Cara2:-
Satukan Mentega, Gula Dan Esen Vanila. Pukul Sehingga Kembang. Masukkan Kuning Telur, Tepung Jagung, Susu Tepung Dan Tepung Gandum. Gaulkan Adunan Sehingga Menjadi Doh. Gunakan Penggelek Yang Bergerigi Untuk Mencanai Dan Terap Dengan Acuan Tat. Bentukkan Seperti Bunga Tulip. Sebelum Di Bakar, Sapukan Kuning Telur Di Atasnya.  Buatkan Tangkainya Berwarna Hijau.


02 November 2010

Terubuk Masin Masak Lemak Nenas

Assalamualaikum :D
Terubuk Masin Ini Begitu Terkenal Di Sarawak. Semasa Kakak Ipar Kak Lin  Pergi Ke Sarawak Terubuk  Masin Ini Adalah Salah Satu Buah Tangan Yang Di Bawa Pulang, Selain Daripada Kek  Lapis Sarawak.  Tahun 2009 Semasa (Dayang) Pulang Ke Sarawak  Dia Juga Ada Mengirimkan  Terubuk Masin Pada Kak Lin. Sebelum Itu Kak Lin Tak Tahu Pun Terubuk Masin Ini Terkenal Di Sarawak. Dari Zaman Kanak-Kanak Lagi Kak Lin Tak Pandai Makan Ikan Terubuk. Bila Kak Lin Cuba Makan Ikan Terubuk Yang  Mak Kak Lin Masak Pasti Tercekik Tulang.  Tapi Sekarang Ni Alhamdulilah Dah Pandai Makan. Walaupun Perkara Ini Sudah Lama Berlalu Tapi Itulah Kenangan Yang Tak Dapat Kak Lin Lupakan. 


Bahan2:-
1 Ekor Ikan Terubuk Masin
½ Biji Nenas Madu – Di Hiris Nipis
5 Ulas Bawang Merah – Di Kisar
1 Ulas Bawang Putih – Di Kisar
15 Biji Cili Padi – Di Kisar
1 ½ Inci Kunyit – Di Kisar
1 Mangkuk Besar Santan Pekat
½ Mangkuk Kecil Santan Cair
- Tambah Serbuk Perasa Jika Suka


Cara2:-
Ikan Terubuk Masin Di Rendam Dengan Air Garam Untuk Mengurangkan Rasa Masin. Kemudian Di Bersihkan. Masukkan Ikan, Bahan-Bahan Kisar, Nenas Dan Santan Cair Kedalam Periuk. Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih. Akhir Sekali Masukkan Santan Pekat.  Bila Telah Mendidih Sekali Lagi Bolehlah Diangkat Dan Di Hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...