Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

07 Jun 2013

Kek Coklat Kukus (Versi Bakar)

Assalamualaikum :D
Agak lama juga Kak Lin tidak sempat mengemaskini blog Kak Lin ni...Biasalah sibuk dengan urusan peribadi...tapi pada malam ni tergerak pulak hati ini untuk melihat blog dan memasukkan menu terbaru yang dibuat oleh anak dara tunggal Kak Lin iaitu Kek Coklat Kukus.   Kak Lin biarkan jer dia buat sorang2 alhamdulilah menjadi pulak tu...dan rasa kek coklat ni sedap! kenalah dengan tekak Kak Lin yang tak berapa suka manis....

Lepas tu Kak Lin pulak yang sibuk2 pusing2kan Kek tu untuk dijadikan model...hehehe. Sabau jerlah....

KEK COKLAT KUKUS (Versi Bakar)
Resepi Asal : Chef Zubaidah
Sumber : Ummi Zaihadi



Bahan2:-
100gm serbuk koko*
250gm gula kastor*
1tin susu isian cair*
200gm minyak masak sayuran*
250gm susu pekat
4biji telur - pukul sehingga berbuih - whisk jer
150gm tepung gandum
1sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh baking powder

Cara:-
1.Campurkan semua bahan bertanda (*) dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2.Satukan dengan telur yang dipukul tadi.
3.Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
4.Masukkan kedalam loyang 8" x 8" yang dilapikkan dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum dikukus (Kak Lin bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160 darjah selama 45 minit atau ikut oven masing2)
5.Sejukkan dahulu sebelum dihias.



Bahan Ganache:-
150gm coklat masakan
1sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1sudu besar butter

Cara:-
Masukkan coklat masakan yang dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padamkan api dan masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.



06 Februari 2013

Kek Santan

Assalamualaikum :D


Apa khabar semua rakan-rakan blog yang disayangi....masih ingat lagi pada Kak Lin atau dah lupa...hehehehe.  Hari ni teringin pulak nak mengemas rumah Kak Lin yang dah lama bersarang ni. Nasib baiklah tak ada makhluk asing yang menduduki rumah ini....kwang...kwang...kwang....Kalau nak cerita kenapa lama Kak Lin tak muncul tentu panjang ceritanya sampai esok pun takkan habis... apa pun Kak Lin nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 walaupun agak lewat tapi inilah ucapan permulaan dari Kak Lin khas untuk rakan2 dan tetamu blog ini.

Jom main masak-masaklah yer.......Semalam Kak Lin membelek-belek buku resepi terjumpa pula Kek Santan yang senang nak buat...kebetulan bahan2 semua ada kat dapur godak jerlah. Kek ni kalau di makan masa panas2 memang sedap....masuk bakul angkat sendirilah.....sebab tak ada orang nak tolong angkatkan....hihihihihi


KEK SANTAN
Resepi Asal: Puan Rohayati Omar Bakee
Dicuba Oleh : LinRosly 



Bahan-Bahan:-
400 gram tepung gandum
360 gram gula pasir
350 ml santan
50 ml air daun pandan* Kak Lin guna perasa pandan dan pewarna hijau
4 biji telur gred A
4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu minyak* disapu pada loyang



Cara:-
1. Pukul gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan santan, air daun pandan dan kacau sampai sebati
3. Masukkan tepung dan kacau lagi
4. Akhir sekali masukkan serbuk penaik dan gaul rata.
5. Sapu loyang dengan minyak dan masukkan adunan kek
6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit. 



17 September 2012

Kek Sarang Lebah

Assalamualaikum :D
Hari ni pula Kak Lin nak kongsi resepi Kek Sarang Lebah. Kak Lin ambil resepi ini daripada Majalah Rasa 2012 buat kali pertama tak menjadi tapi buat kali kedua  dengan kerjasama jiran Kak Lin yang dah biasa membuat kuih2 jual akhirnya menjadi juga Kek Sarang Lebah Kak Lin ni.... Terima kasih "Puan Sapura".

Puan Sapura ni seorang jiran yang baik, dia adalah seorang oku dan punya 2 orang cahaya mata yang masih kecil. Tugasnya hari2 buat kuih untuk dihantar ke kantin Kilang di sekitar daerah Batu Pahat. Tapi yang sedihnya sekarang ni beliau menghidapi ketumbuhan di  payu dara dan pada 27/08/2012 beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut....setelah ketumbuhan tersebut dibuang dan diuji di makmal barulah Doctor tahu yang ketumbuhan tersebut  adalah barah. Pada  5/11/2012 yang akan datang beliau dikehendaki menjalani sekali lagi pembedahan untuk membuang semua letumbuhan tersebut.  

Kenapalah Doctor tak dapat kesan lebih awal yang ketumbuhan tersebut adalah barah...kalau tidak dia hanya menjalani sekali pembedahan sahaja tidaklah sampai 2 kali pembedahan. Sedih dan kasihan Kak Lin melihatkan penderitaannya.   Kak Lin doakan beliau dipanjangkan usia, semoga selamat menjalani pembedahan, dan senantiasa di dalam rahmat dan hidayah ALLAH hendaknya...Ameen...

KEK SARANG LEBAH
Sumber : Majalah Rasa 2012
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan Karamel:-
1 cawan gula
1 cawan air

Cara:-
Gula dimasak hingga menjadi kekuningan atau coklat sedikit. Jangan sampai hangus. Kemudian curah air perlahan-lahan. Kacau sehingga rata. Setelah rata tutup api dan biarkan sejuk.


Bahan2:-
2 sudu besar mentega*Kak Lin lebihkan sedikit 2 1/2 sudu
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis
5 biji telur *Kak Lin guna gred C
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat* diayak

Cara:-
1. Pukul mentega dan esen vanila hingga kembang sedikit dengan menggunakan spatula.
2. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
3. Masukkan sebiji telur, kacau rata dan masukkan sebiji lagi kacau rata ulangi hingga habis.
4. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak sekali. Kaup balikkan biar rata.
5. Setelah adunan rata masukkan pula karamel, kacau perlahan hingga bergaul rata. Kalau adunan cair tambah sedikit tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi pekat sedikit.


05 April 2012

Kek Karamel

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin cuba2lah buat Kek Karamel...semalam Kak Lin terjumpa resepi dari blog Anna Qawina tapiiii...Kek Karamel yang Kak Lin buat ni tak gebussss....dan tak berapa jadi...adalah sebab2nya......hanya Kak Lin jer yang tau....hahahahaha...Insya Allah lain kali Kak Lin buat pasti gebusssss....Rasanya mmg sedap ni anak2 belum rasa kalau dah rasa pasti dia suruh buat lagi...

KEK KARAMEL
Sumber : AnnaQawina 
Dicuba Oleh: LinRosly      


Bahan2:
(A)-Gula Hangus
2 Sudu Besar Gula - Untuk Buat Gula Hangus
*Tabur Gula Dlm Loyang. Masak Atas Api Perlahan. Biar Gula Hangus Dan Bertukar Perang.
*Ketepikan Dulu - Gula Tersebut Akan Mengeras Dan Bunyi Macam Kaca Pecah.
(B)-Bahagian Atas
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Susu Pekat Manis
1 Sudu Teh Esen Vanilla
3 Biji Kuning Telur
2 Biji Telur - Putih Dan Kuning

(C)-Lapisan Kek
140 Gram Tepung Gandum - Ayak Bersama Baking Powder
70 Gram Gula Kastor
3 Biji Kuning Telur
135 Ml Air Biasa
1 Sudu Teh Baking Powder
45 Ml Minyak Masak - Kak Lin Guna Minyak Jagung
2 Sudu Besar Susu Pekat Manis
(D)-Merinque
6 Biji Putih Telur
70 Gram Gula Kastor
1 Sudu Teh Krim Of Tartar


Cara2:
Sediakan Bahan (A) Dahulu. Ketepikan.
Kacau Semua Bahan (B) Perlahan2...Jangan Berbuih2 Nanti Tak Jadi Karamelnya.
Tapis Bahan (B) Tadi Dalam Loyang Gula Hangus (A) Tadi. Ketepikan.
Pukul Bahan (C) * Campurkan Semua Sekali Dan Pukul Guna Senduk Jer. Ketepikan.
Pukul Bahan (D) Sampai Jadi Kembang Dan Bila Kita Angkat Dia Tak Jatuh (Meringue)
Campurkan Adunan (C) + (D) Dan Gaul Dengan Senduk Hingga Sebati. Jangan Terlebih Kacau. Agak2 Bercampur Sebatinya.
Bahagi Kepada Beberapa Bahagian Dan Letak Warna And Paste. Jika Suka.
Masukkan Kedalam Loyang Yang Ada Gula Hangus Dan Karamel Tadi (A) + (B) Selang Seli Warna. Letak Ditengah2 Loyang. Adunan Kek Akan Terapung.


Bakar Cara Double Boiling (Loyang Kek Berada Didalam Loyang Berisi Air Panas) Selama 1 Jam 10 Minit Dengan Suhu 175C Dgn Menggunakan Api Bawah Dahulu Selama 40 Minit, Kemudian Api Atas Bawah Sehingga Masak. * Boleh Juga Menggunakan Api Atas Bawah Tetapi Guna Suhu 160C / 170C Sahaja. (Bergantung Pada Oven Masing2 Juga Ya)

Jika Tak Pasti Karamel Dah Masak Ke Belum Boleh Tambah Lagi Masa Membakar Lebih Kurang 10 Minit.   Bila Masak Angkat. Rehatkan Selama 25 Minit / Setengah Jam Baru Terbalikkan Kek Yang Di Bakar Tadi. Masa Ni Dah Agak Sejuk Senang Nak Kuarkan Kek. Masukkan Dalam peti Sejuk 1 Jam Dan Lepas tu Makan Sejuk2 Lebih Sedap Semalaman.



02 Mac 2012

Kek Coklat Bakar

Assalamualaikum :D
Esok Kak Lin nak pergi ziarah Along di Nilai....semalam dia telefon Kak Lin dia kata demam. Pagi ni Kak Lin masakkan dia Kek Coklat Bakar resepi dari DayangJack. Lembut kek coklat bakar ni senang dan mudah untuk menyediakannya. Tapi Kak Lin tak buat ganachenya...hehehe dan Kak Lin cairkan mentega dalam Periuk Letrik jer....huhuhuhu. Buat masa ni rumah Kak Lin tak ada dapur...Dapur yang baru 3 hari beli dah bermasalah pulak...dah tu kena hantar Kilang balik,  jadi kena tunggulah 2 atau 3 minggu baru boleh memasak....huhuhuhuhu...nak tukar yang lain tak boleh pulak...geram betullah dengan taukeh kedai tu.... 

KEK COKLAT BAKAR
Resepi : DayangJack
Dicuba Oleh :LinRosly



Bahan2:
100Gram Tepung Naik Sendiri
40Gram Serbuk Koko 
150Gram Gula Pasir *Kisar Halus
3Biji Telur * Great A
50Gram Mentega* Dicairkan
60Ml Susu cair
1Sudu Kecil Esen Vanilla
1Sudu kecil Ovallete


Cara2:-
Ayak Tepung Bersama Serbuk Koko. Panaskan Oven Pada Suhu 170C. Lengserkan Loyang Kek Dengan Mentega Dan Alaskan Dengan Baking Paper. Sapukan Lagi dengan Mentega Dan Taburkan Dengan Sedikit Tepung.

Satukan Gula, telur, Esen Vanilla, Ovalette Dan Susu Cair Di dalam Mangkuk Pengadun Dan Putarrr Hingga Gebu. Masukkan Tepung Sedikit Demi Sedikit Sambil Di Putar Perlahan Sehingga Sebati. Masukkan Mentega Cair Dan Kacau Perlahan Dengan Menggunakan Senduk Kayu Atau Spatula.

Tuangkan Adunan Ke Dalam Loyang  Dan bakar Selama 20-25 Minit (Bergantung Pada Suhu Oven Masing2). Setelah Masak, Keluarkan Terus Kek Dari Oven Dan Sejukkan Sebelum Dihiaskan Dengan Ganache / Topping Kesukaan. Kak Lin Tak Buat Topping.

Note:-
Kata DayangJack  : Kek Ini Sangat Sedap Di Makan Setelah Disimpan Semalaman. Tutup kemas Kek Ni Dengan Kertas Foil Atau Simpan Dalam bekas Yang Tertutup Untuk Mengekalkan Kelembapannya.   

Terima Kasih DayangJack.



21 Februari 2012

Kek Marble

Assalamualaikum :D
Semenjak Kak Lin berpindah ke Daerah lain ni, Kak Lin tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog dan melawat blog kawan2 yang lain. Minta ampun minta maaf yer ibu2 sekelian....Kak Lin sibuk dengan mengemas barang2 yg berkotak-kotak tu...huhuhuhu. Ada masa terluang Kak Lin kena menyiapkan jahitan baju untuk anak-anak Kak Lin yang dah lama terbengkalai...hehehe. 

Hari ni Kak Lin teringin nak makan Kek Marble. Kak Lin cuba resepi Puan Rohaya Omar Bakee yang sedia ada dalam simpanan Kak Lin. Tapi belang yang Kak Lin buat ni tidaklah secantik sifu yang membuatnya...bolehlah untuk makan sendiri....

KEK MARBLE
Sumber : Puan Rohaya
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:
300Gram Butter
250Gram Tepung Naik Sendiri
200Gram Gula Kastor
5Biji Telor Great "A"
2Sudu Besar Susu Cair
1Sudu Besar Ovelette
1Sudu Kecil Esen Vanilla
Pewarna Hijau, Merah Dan Warna Asal


Cara2:
Pukul Butter Dan Gula Hingga Kembang. Masukkan Ovelette Dan Vanilla - Pukul Lagi. Masukkan Telor Satu Persatu - Pukul Perlahan.  Masukkan Tepung Dan Susu Cair - Gaul Rata. Bahagi Kepada 3 Bahagian


Cedukkan Satu Senduk Warna Asal Dan Masukkan Kedalam Loyang -  Diikuti Warna Hijau Dan Merah. Ulang Langkah 6 Hingga Habis. Bakar Pada Suhu 180 Darjah Selama 40 Minit.


17 Julai 2011

Kek Jagung Kukus

Assalamualaikum :D
Resepi kek Jagung Kukus ni dah lama benar Kak Lin simpan tak tahulah ambil daripada mana pun dah lupa...cuba2 buat alhamdulilah menjadi laa pulak....

KEK JAGUNG KUKUS
Sumber : Koleksi Keluarga

Bahan2:-
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Margerin
2 Cawan Tepung Gandum
5 Biji Telur – Di Pukul
1 Tin Jagung Manis Berkrim
1 Sudu Besar Baking Powder
- Pewarna Kuning



Cara2:-

1. Ayak Tepung Bersama Baking Powder
2.  Kacau Gula Dan Marjerin Sampai Kembang. Kemudian Masukkan Telur.
3.  Masukkan Tepung Bersama Baking Powder Yang Telah Di Ayak.
4. Masukkan Pula Pewarna Kuning Dan Kacau Rata.
5. Akhir Sekali Masukkan Jagung.
6. Sapu Loyang Dengan Marjerin Dan Tuangkan Adunan Kemudian Kukus Hingga Masak.



30 Mac 2011

Kek Coklat Kukus - *Kak Liza*

Assalamualaikum :D
Sebenarnya buat masa ni Kak Lin tengah sibuk dengan akaun tahunan untuk cukai pendapatan.  Sapa2 yang makan gaji tu cepat-cepat ler buat efiling sebelum 30hb April, 2011. Jangan dah last minit baru nak terkejar-kejar....yang berniaga tu pula,  jangan buat-buat lupa nak melaporkan pendapatan, kalau kena denda ...tanggung sendiri yerk!

Dalam sibuk-sibuk tu pulak ada yang menyuruh Kak Lin buat Kek Coklat, katanya dah lama tak makan.  Permintaannya tu dah berminggu2 tapi tak sempat nak di tunaikan, baru hari ni Kak Lin dapat menunaikannya...

Resepi Kek Coklat Kukus Chef Hanieliza jadi pilihan....Kak Lin bawa sebuku jer ke Pejabat tapiii tak cukup...kedekut betul Kak Lin ni...hehehehe.  Bukan kedekut tapi pertama kali mencuba...insya allah bila buat kali kedua nanti bolehlah lebih2 sikit kan? Hahahaha...

KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Chef Hanieliza
Dicuba Oleh : LinRosly



Bahan A
1cawan susu cair
1cawan air
1cawan mentega cair
2cawan gula perang

BahanB
2cawan tepung gandum
1/2cawan serbuk koko
1sudu teh baking powder
1sudu teh bikarbonat

BahanC
1biji telur*
1sudu teh esen vanila* kacau rata


Cara2:-
1.Panaskan kukusan
2.Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3.Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan. Kacau rata.
4.Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan kedalam mangkuk adunan. 
   (Kacau supaya tidak bergentel.)
5.Lapik loyang dengan kertas dan masukkan adunan.
6.Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah)
7.Hias dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.


Krim Coklat
1cawan susu pekat
2sudu makan serbuk koko
2sudu makan mentega

Cara Membuat Krim Coklat
1.Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau rata.
2.Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi
4.Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi.
5.Tunggu sehingga sedikit, kemudian tuangkan di atas kek.


11 Mac 2011

Kek Kukus Dua Warna

Assalamualaikum :D
Salam Jumaat daripada Kak Lin khas untuk sahabat-sahabat blog yang disayangi...sebulan yang lalu Kak Lin terjumpa resepi Kek Kukus Dua Warna kat dalam Utusan Malaysia. Resepinya teramat senang...Pada anak-anak dara yang baru nak belajar2 buat kek kukus tu memang sesuai sangatlah...hehehehe.

Ingat nak suruh si anak dara Kak Lin belajar2 buat Kek Kukus ni pada musim cuti sekolah yang akan datang Mac ni... tapiii belum sampai cuti sekolah lagi siibunya pulak yang gatal tangan nak mencuba! Ini adalah resepi asal dari Utusan Malaysia...Kak Lin tak ubah apa-apa pun!

KEK KUKUS DUA WARNA
Sumber: Utusan Malaysia
Dicuba Oleh : LinRosly
Bahan2:-
6biji telur
1sudu besar ovalette
1cawan gula halus
½ camca esen vanilla
1 ½ cawan tepung superfine – diayak
2 ½ sudu minyak jagung
-sedikit pewarna merah


Cara2:-
1.Panaskan pengukus dahulu dan griskan Loyang mengikut saiz kesukaan anda
2.pukul telur, ovalette,gula,esen vanilla dan tepung hingga kembang dan kental selama 6-8 minit dengan kelajuan maksimum.
3.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan kek.
4.Asingkan kepada dua bahagian mengikut warna yang disukai.
5.Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
6. Tuangkan sebelah menyebelah mengikut warna supaya ada ton yang berbeza pada kek yang telah  masak.
7.Pastikan dituang ¾ penuh dari acuan. Kukus hingga kek masak.

09 Februari 2011

Kek Coklat

Assalamualaikum :D
Lamanya Kak Lin tak update blog ni....rindu pada kalian semua. Biasalah bila anak-anak balik bercuti PC dan Laptop dia orang yang punyaaaa!!! Kak Lin terpaksalah mengalah. Inilah Kek Coklat terakhir yang dapat Kak Lin tayangkan disini. Lepas ni Kak Lin terpaksa cuti membuat Kek sebab Mixer yang baru 2 bulan Kak Lin beli rosakkkk!!! Huhuhuhu.... Esok kena hantar balik ke Kedai tempat Kak Lin beli tempohari.

Resepi Kek Coklat ni Kak Lin ambil daripada salah satu buku resepi koleksi Kak Lin, Senang membuatnya, anak2 pun suka. 

KEK COKLAT
Sumber : LinRosLy

Bahan2:-
250gram tepung kek
250gram mentega
250gram gula halus
60gram sebuk koko
4biji telur
2sudu kecil susu pekat manis
1sudu kecil esen vanilla
1/4sudu kecil garam


Cara2:-
1.Putar mentega bersama gula hingga kembang
2.Masukkan telur satu persatu.
3.Ayak tepung dan serbuk koko
4.Masukkan ke dalam adunan diikuti susu, esen vanilla dan garam
5.Gaul rata. Tuang ke dalam acuan
6.Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit.

25 Januari 2011

Kek Lapis Seri Kaya

Assalamualaikum :D
Pada hari-hari biasa, Kak Lin tinggal berdua jer dirumah....tu yang Mr.M pun datang... kwang... kwang... kwang... tapiii baru2 ni Along ada balik cuti, Kak Lin mulalah menunjukkan kerajinannya.... Kak Lin cuba pula resepi Kek Lapis Seri Kaya yang ada dalam simpanan Kak Lin. Kak Lin ni kalau buat sesuatu mesti nak cepat memang tak boleh sabar punya....Inilah hasilnya....

KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : LinRosly

Bahan2:-
300gm tepung gandum
300 gm mentega
200 gm gula pasir
180 gm seri kaya
6 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
- sedikit pewarna merah


Cara2:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
3. Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
6. Kukus setiap lapis hingga habis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...