22 Mac 2012

Sambal Ponorogo

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Sambal Ponorogo. Kak Lin belajar memasak resepi ini dengan arwah Embah (Nenek suami Kak Lin) semasa Kak Lin pergi menunaikan fardhu haji bersama-sama dengan arwah dalam tahun 1989.  Masa tu kita boleh masak sendiri dibilik hotel dan dibenarkan membawa dapur dan barang-barang kering seperti bawang, kentang, ikan bilis dan lain-lain.  Sekarang ni kalau kita pergi kesana semua telah disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jadi dah tak perlu nak masak2 lagi...

Sambal Ponorogo ini sedap dimakan bersama lempeng, nasi dan bubur.  Senang dan mudah untuk memasaknya....

SAMBAL PONOROGO
Resepi Asal : LinRosly


Bahan2:-
2 Biji Kentang -dibelah 4 dipotong2
2 Biji Bawang Besar -dihiris
2 Ulas Bawang Putih -dihiris
3 Biji Lada Merah -dihiris
2 Biji Lada Hijau -dihiris 
5 Biji Cili Padi -dihiris
1 Biji Buah Tomato -dibelah 4
50 Gram Ikan Bilis
1/4 Keping Belacan *
1/2 Mangkuk Air Asam Jawa* diramas sekali
- Sedikit Gula - ikut rasa
- Sedikit Garam - ikut rasa
- Sedikit Minyak


Cara2:
1. Panaskan Minyak Masukkan Ikan Bilis Dan Kentang. Goreng Sehingga Ikan Bilis Kekuningan.
2. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih, Lada Merah, Lada Hijau, Cili Padi, Buah Tomato Dan Belacan Yang Telah Di Ramas Bersama Air Asam Jawa.
3. Masak Sehingga Agak Pekat Dan Berkuah.
4. Rasa Gula Dan Garam (Kalau Dah Masin Jangan Bubuh Garam) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...