27 Ogos 2010

Mi Rebus

Assalamualaikum :D
Bila masa hari raya inilah salah satu menu rumah terbuka, resepinya tak ingat datang dari mana sebab dah siap tertulis didalam buku resepi Kak Lin beberapa tahun dahulu...hehehe


Bahan2:-
1 Kilo Mi Kuning
300 Gram Udang
5 Biji Cili Merah *Di Hiris
3 Keping Tahu Goreng *Di Hiris
3 Biji Telor Rebus *Di Belah 2
5 Biji Limau Kasturi
Sedikit Taugeh
Bawang Goreng
Daun Bawang *Di Hiris

Bahan Kuah:-
5 Buku Keledek *Di Rebus Di Kisar Dengan Air
300Gram Udang Kering *Di Kisar
100 Gram Serbuk Kari Daging
10 Biji Cili Kering
8 Ulas Bawang Putih
3 Batang Serai          
1  Inci Halia





Cara2:-
Mee Di Bersihkan Dan Di Celur Dengan Air Panas.  Kak Lin Masak Air Panas Tuangkan Di atas Mee. Cili Kering, Bawang Putih, Serai Dan Halia Di Kisar  Kemudian Tumis Hingga Garing. Masukkan Udang Kering Dan Serbuk Kari Daging. Masak Lagi. Akhir Sekali Masukkan Pula Air, Keledek Kisar, Udang, Garam Dan Gula. Biarkan Mendidih. Masukkan Mee Ke Dalam Mangkuk, Bubuh Taugeh, Tahu, Telor Rebus, Bawang Goreng, Daun Bawang Dan Limau Kasturi. Tuangkan Kuah Diatasnya.


24 Ogos 2010

Kacang Botol Goreng Petai

Assalamualaikum :D
Satu Masa Tu Kak Lin Pergi Beraya Rumah Mak Uda Di Maran, Pahang.  Waktu Makan Tengahari Salah Satu Menu Yang Mak Uda Hidangkan Adalah Kacang Botol Goreng Dengan Petai....Punyalah Berseleranya Anak Bongsu Kak Lin Makan......Balik Segamat Disuruhnya Pulak Kak Lin Masak Macam Mak Uda Masak.....Apa Lagi Calling2lah Mak Uda Tanya Resepi.......Jom Tgk Resepinya Mudah Jerkan....Tapi Kadang2 Air Tangan Tak Sama....Huhuhuhuhu.....Terima kasih Mak Uda!


Bahan2:-
1Ikat Kacang Botol
3 Papan Petai
10Tangkai Cili Kering
1Genggam Ikan Bilis-Di Tumbuk
1Biji Bawang Besar       
2Ulas Bawang Putih
Sedikit Belacan
Sedikit Garam 
Sedikit Gula


Cara2:-
Kacang Botol Di Hiris. Petai Di Buang Kulitnya.
Kisar Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih Dan Belacan. Kemudian Panaskan Sedikit Minyak Dan Tumis Hingga Naik Baunya.  Masukkan Ikan Bilis, Garam Dan Gula Masak Lagi Hingga Mengeluarkan Minyak.
Akhir Sekali Masukkan Kacang Botol Dan Petai. Balik-Balik Sebentar Kemudian Angkat.

Ayam Masam Manis

Assalamualaikum :D
Ayam Masam Manis kegemaran anak-anak Kak Lin, dulu masa kechik2 dia orang suka makan Ayam, sampai tak tau ayam nak masak apa....Kak Lin buat jer ayam masam manis ni janji boleh dimakan....alhamdulilah sedap pulak rasanya, masuk bakul angkat sendirilah!!

AYAM MASAM MANIS
Sumber: LinRosly

Bahan2:-
6 Ketul Ayam
2 Biji Bawang Besar - Di Kisar
4 Ulas Bawang Putih - Di Kisar
8 Sudu Besar Sos Cili
5 Sudu Besar Minyak Masak
4 Sudu Besar Tepung Jagung
4 Sudu Besar Sos Tomato
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam Dan Gula Secukup Rasa




Cara2:-
Gaulkan Ayam Dengan Garam Dan Serbuk Kunyit. Goreng Hingga Masak. Tumis Bahan Yang Di Kisar Hingga Berbau Wangi. Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Garam, Gula Dan Didihkan Sekejap. Kemudian Masukkan Ayam Dan Tepung Jagung. Masak Lagi Hingga Hampir Kering.





23 Ogos 2010

Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum :D
Resepi ni daripada Majalah Saji, bila tengok resepinya ada bunga kantan mula lah teruja nak buat sebab Kak Lin suka masakan yang ada bunga kantan....resepi ni kira kenalah dengan selera Kak Lin....

SIAKAP TIGA RASA
Sumber : Majalah Saji
Dicuba Oleh : LinRosly
Bahan2:-
180 Gram Siakap
20 Gram Serai – Kisar
20 Gram Bunga Kantan – Kisar
20 Gram Bawang Merah – Kisar
5 Gram Cili Padi – Kisar
15 Gram Sos Plum
10 Gram Sos Cili
20 Gram Sos Tomato
10 Gram Sos Tiram
1 Biji Limau Nipis
5 Gram Serbuk Kunyit
- Garam Secukup Rasa


Cara2:-
Lumurkan Bersama Garam Dan Serbuk Kunyit.  Goreng Ikan Hingga Garing. Angkat Dan Letakkan Dalam Pinggan. Kemudian, Gorengkan Bawang Putih Bersama Sayur Kailan. Angkat Dan Hidangkan Bersama Ikan Tadi.
Selepas Itu Tumiskan Bahan-Bahan Yang Di Kisar Bersama Bahan Lain Untuk Membuat Sos.  Masukkan Sedikit Air Sekiranya Terlalu Pekat Dan Tambahkan Perasa Secukupnya Dengan Air Limau Nipis.
Kalau Ada Acar Buah Panaskan Dan Hiaskan Bersama Ikan Mengikut Kretiviti Masing-Masing





22 Ogos 2010

Ikan Kembung Kukus

Assalamualaikum :D
Resepi ni Kak Lin tak ingat datangnya dari mana, rasa2nya dalam majalah sedap, rasa masam2 sikit...bolehlah kalau untuk diet....makan menu ni setiap hari pasti kurus!!! hik3


Bahan2:-
4Ekor Ikan Kembung
250Ml Air
6Ulas Bawang Putih – Dicincang
4Cm Halia – Dicincang
8Biji Cili Padi – Di Ketuk
4Batang Serai – Dititik
2Biji Tomato – Di Belah 2
4Biji Limau Kasturi – Ambil Airnya



Cara2 :-
Didikan Air Seketika Dan Masukkan Ikan. Tutup Periuk Dan Biarkan Ikan Masak. Masukkan Air Limau Nipis, Garam Dan Gula.
Akhir Sekali Masukkan Bawang Putih, Halia,Cili Padi Serai Dan Buah Tomato. Biar Sebentar Dan Angkat.


18 Ogos 2010

Mi Hailam

Assalamualaikum :D
Resepi ini pun resepi daripada buku Kak Lin, salinan dah beberapa tahun dahulu...tapi anak2, anak buah, adik2 suka sangat makan mee hailam ni....bila musim perayaan mesti ada yang suruh Kak Lin buat....



Bahan2:-
1 Kilo Mi Kuning
500 Gram Isi Ayam
10 Biji Bebola Ikan
5 Keping Fish Cakes
250 Gram Udang
1 Tangkai Sawi
1 Batang Carrot
100 Gram Bunga Kobis
2 Senduk Kecil Sos Tiram
6 Biji Bawang Putih
6 Biji Cili Padi
10 Biji Lada Hitam
1 Senduk Kecil Kicap Pekat
1 Senduk Kecil Sos Tomato
3 Sudu Tepung Jagung *Di Bancuh Dengan Air
- Garam Secukup Rasa 


Cara2:-
Mee Di Celor Kemudian Toskan. 
Cili Padi Dan Bawang Putih Di Tumbuk. Kemudian Di Tumis Di Dalam Periuk Hingga Naik Baunya. 
Masukkan Udang, Ayam, Fish Ball, Fish Cake Dan Air Secukupnya. Biarkan Mendidih. Kemudian Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat Dan Sos Tomato Serta Tepung Jagung Yang Telah Dibancuh Dengan Air. 
Akhir Sekali Setelah Mendidih Sekali lagi.  Masukkan Pula Sayur-Sayuran. Hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...