24 Ogos 2010

Kacang Botol Goreng Petai

Assalamualaikum :D
Satu Masa Tu Kak Lin Pergi Beraya Rumah Mak Uda Di Maran, Pahang.  Waktu Makan Tengahari Salah Satu Menu Yang Mak Uda Hidangkan Adalah Kacang Botol Goreng Dengan Petai....Punyalah Berseleranya Anak Bongsu Kak Lin Makan......Balik Segamat Disuruhnya Pulak Kak Lin Masak Macam Mak Uda Masak.....Apa Lagi Calling2lah Mak Uda Tanya Resepi.......Jom Tgk Resepinya Mudah Jerkan....Tapi Kadang2 Air Tangan Tak Sama....Huhuhuhuhu.....Terima kasih Mak Uda!


Bahan2:-
1Ikat Kacang Botol
3 Papan Petai
10Tangkai Cili Kering
1Genggam Ikan Bilis-Di Tumbuk
1Biji Bawang Besar       
2Ulas Bawang Putih
Sedikit Belacan
Sedikit Garam 
Sedikit Gula


Cara2:-
Kacang Botol Di Hiris. Petai Di Buang Kulitnya.
Kisar Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih Dan Belacan. Kemudian Panaskan Sedikit Minyak Dan Tumis Hingga Naik Baunya.  Masukkan Ikan Bilis, Garam Dan Gula Masak Lagi Hingga Mengeluarkan Minyak.
Akhir Sekali Masukkan Kacang Botol Dan Petai. Balik-Balik Sebentar Kemudian Angkat.

6 ulasan:

  1. Salam K.Lin.KAcang botol dgn petai tu..dua2 ulam digoreng..nampak sedap pulak.lama tak nampak org jual putu mayam sidai atas bekas gitu.slmt berbuka buat k.lin.

    BalasPadam
  2. Salam kak lin, alamak lagu raya ni shadu gitu...sedih gitu...tingat zaman dolu2...kak lin buka apa hari ini?? Rasa gumbira dpt bertemu semula kawan2 fotopage...aduhai...terharu ni. Kacang botol

    BalasPadam
  3. semangkuk ya...nak buat buka ni..

    BalasPadam
  4. Mamasya > Walaikumsalam.....Bolehlaaa Ubah Selera....Tu Yg Kak Lin Sempat Snap2 Lagi Tu...Hihihihi

    BalasPadam
  5. Nur > Terhau Jumpa Kak Lin Balik Ke Atau Terharu Tgk Kacang Botol? Hahahaha....Nak Pos Posmen Dah Balik Lah Nur! Sorilah Hari Ni Tak Dapat Berbuka Dg Menu Kak Lin....

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...