Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

19 September 2012

Sardin Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum :D
Dah lama betul Kak Lin tak masak ikan kurung (ikan sardin) semalam teringin pulak nak makan ikan sardin...selalu masak guna resepi sendiri, semalam teringin pulak nak cari resepi lain dari yang lain, nak ubah2 selera laaaaa katakan.....cari punya cari terrrrjumpa resepi tu di SINI. Perrrrhhh!!!! sedapnya. Sarapan pagi ni siap Kak Lin buat  jemput2 air panas makan dengan kuah sardin semalam....

SARDIN MASAK KICAP PEDAS
Sumber : Nor@SecubitGaram 
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:-
1 tin kecil  sardin - Kak Lin guna sardin tin besar cap ayam
2 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang* Kak Lin letak 3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah - di mayang *Kak Lin letak 4 ulas bawang merah
1 sudu besar cili mesin
5-7 sudu besar kicap manis
5 biji cili padi - diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat* Kak Lin letak 1 labu bawang besar
1 biji limau kasturi
sedikit garam 
minyak


Cara2:-
Panaskan inyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api
Perahkan limau kasturi dalam masakan dan kacau rata
Angkat dan hidangkan.



15 Ogos 2012

Ikan Cencaru Bakar Dgn Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum :D
Iftar hari ini Kak Lin memasak simple2 jer...sebab projek membuat biskut raya sudah bermula...jadi hari ni Kak Lin hanya masak sawi putih masak lemak, sambal goreng, ayam goreng dan ikan bakar.  Cerita pasal ikan bakar ni, Kak Lin bakar ikan ni menggunakan Pemanggang Ajaib yang Kak Lin beli dari SINI . Ok juga Pemanggang ni tak melekat dan rasa ikannya pun sedap. Promotelaaa...pulak hik3

IKAN CENCARU BAKAR
Resepi : LinRosly


Bahan2:-
2 ekor ikan cencaru
3 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
Garam dan serbuk kunyit

Cara2:-
1. Tumbuk bawang putih kemudian lumur pada ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Perap lebih kurang sejam atau lebih.
2. Kemudian balut ikan dengan daun kunyit dan bakar sehingga masak.
3. Sedia untuk dimakan dengan pencicah.


Bahan Pencicah:-
5 tangkai cili padi - dihiris
1/2 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
2 biji limau kasturi
Kicap manis secukupnya

Cara2:-
1. Bahan yang dihiris dan didadu dimasukkan kedalam mangkuk kemudian perah limau  kasturi  dan masukkan kicap. Sedia dimakan dengan ikan bakar.


27 Julai 2012

Kari Ikan Tenggiri...Ringkas Dan Mudah

Assalamualaikum :D
Semalam Kak Lin berbuka dengan kurma, hehehe itu dah semestinya kan? asparagus goreng, telur masam manis, popia goreng, puding karemel, dan kari ikan tenggiri, tapi...Kak Lin sempat ambil gambar kari ikan tenggiri sahaja. Maaflah yer menu yang lain2 tu tak dapat nak tayang kat sini sebab dah tak sempat nak ambil gambar, dah dekat sangat waktu berbuka...

KARI IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG 
Dicuba Oleh : LinRosly 


Bahan2:
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, kerat ikut suka bersih dan toskan
10 batang bendi muda, cuci dan toskan 
2 biji tomato, belah 3 setiap satu 
1 cawan santan
1/2 cawan jus asam jawa
3 1/2 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 camca besar penuh cili kisar 
4 biji bawang merah, kisar halus
3 ulas bawang putih, kisar halus
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
1 inci halia, dikisar halus
Air secukupnya
Garam dab gula secukup rasa

Bahan Tumis:
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, lurut - Kak Lin tak bubuh, kehabisan stock hik3
1 camca teh halba campur


Cara2:
Bancuh rempat kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.  Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.

Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.

Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...

06 Disember 2011

Rebus Asam Ikan

Assalamualaikum :D
Atas Permintaan Rakan2 Yang Terdekat, Hari Ini Kak Lin Nak Tayang  Resepi REBUS ASAM IKAN Dari Resepi Mak Kak Lin...Untuk  Pengetahuan Kalian Masa Kak Lin Kecik-Kecik Dulu Mak Kak Lin Suka Masak Rebus Asam Ikan Sungai Dengan Nenas Sampai Sekarang Pun Dia Suka Masak Rebus2. Alhamdulilah Pada 12hb Disember 2011 Ni Usianya Genap 72 Tahun, Masih Sihat Dan Tiada Menghidapi Sebarang Penyakit Kronik. Setakat Demam2 Tu Biasalah.... Hari Ni Kak Lin Ganti Rebus Asam Ikan Sungai Kepada Ikan Tenggiri.

REBUS ASAM IKAN
Resepi: Mak
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:
4 Keping Ikan Tenggiri
1Sudu Asam Jawa *Kak Lin Guna Asam Jawa Adabi
1/2 Biji Nenas Sederhana Kecil
5 Tangkai Daun Kesum
1Ulas Bawang Putih *Dibelah 2

Bahan Kisar:
1/2 Inci Kunyit Hidup
5 Ulas Bawang Merah
4 Biji Lada Merah
5 Tangkai Cili Padi *Jika Nak Pedas
1 Inci Belacan


Cara2:
Ikan Di Bersihkan.  Masukkan Bahan Kisar, Bawang Putih, Nenas, Ikan, Asam Jawa Dan Garam Ke Dalam Periuk. Masak Hingga Mendidih Dan Masukkan Daun Kesum. Setelah Ikan Masak Bolehlah Di Hidangkan.


08 Ogos 2011

Asam Pedas Ikan Sembilang

Assalamualaikum :D
Sebenarnya Asam Pedas Ikan Sembilang Ni Memang Kegemaran Suami Dan Anak-Anak Kak Lin. Al-maklumlah Suami Kak Lin Orang Muar...Di Muar Sememangnya Terkenal Dengan Masakan Asam Pedas Ikan Sembilang Terutamanya Di Kawasan Parit Jawa Dan Jalan Jonet.  Biasanya Dalam Asam Pedas Tersebut Mereka Bubuh Kelapa Bakar, Tu Yang Ada Rasa Lemak2. Resepi Yang Kak Lin Masak Ni Lebih Kurang Jerlah Cuma Tak Bubuh Kelapa Bakar....Yang Penting Bila Suami Dan Anak-Anak Makan Habis Licin...Kira Sedaplah Tu!

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Bahan:-
2 Ekor Ikan Sembilang
20 Tangkai Cili Kering
5 Ulas Bawang Kecil
1 Labu Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
1 Inci Kunyit Hidup
1 Mangkuk Air Asam Jawa
2 Ikat Daun Kesum
2 Biji Buah Tomato
2 Mangkuk Air * Tambah Jika Tak Mencukupi
1 Sudu Kecil Gula
Sedikit Belacan
Garam Secukup Rasa


ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Cara:-
Ikan Sembilang Di Bersihkan Kemudian Di Perap Sebentar Dengan  Asam Jawa/ Perahan Limau Dan Garam. Kemudian  Di Basuh Bersih. Kisar Cili Kering, Bawang Kecil, Bawang Besar, Bawang Putih, Halia, Kunyit Dan Belacan.

Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Kisar Hingga Naik Baunya.  Masukkan  Garam, Gula, Air Asam Jawa Dan Tambah Air. Biarkan Mendidih. Masukkan Pula Ikan, Daun Kesum Dan Buah Tomato. Bila Ikan Telah Masak Bolehlah Di Hidangkan.


26 Mac 2011

Keli Salai Lomak Cili Padi *Mas*

Assalamualaikum :D
Sebelum Kak Lin mulakan cerita tentang resepi kali ini,  Kak Lin nak citer pasal "Mak Kak Lin Nyaris Tertipu". Mak Kak Lin tinggal seorg di Kg, Kak Lin ajak tinggal dengan Kak Lin dia menolak kerana kat rumah Kak Lin pun x ada org kalau Kak Lin dan suami keluar bekerja.  

Pada hari sabtu 2 minggu lepas ada 2 org perempuan datang kerumah Mak Kak Lin, mereka kata mereka dari Jabatan Agama Johor bahagian zakat dan Mak Kak Lin telah terpilih untuk menerima zakat berjumlah RM10,000.00, tetapi dengan syarat Mak Kak Lin tak boleh beritahu pada anak-anak.  Kemudian mereka minta buku akaun Mak Kak Lin, nak tengok berapa banyak duit yang ada dalam akaun bank, tetapi dalam buku akaun tersebut memang kosonglah!. sebab semua buku Mak, Kak Lin yang pegang.  Lepas tu dia minta  Mak Kak Lin menyerahkan wang sebanyak RM 500.00 jika hendak mendapatkan wang RM10,000.00 yang mereka janjikan. Jika tidak wang RM 10,000.00 tersebut tak kan dapat. Mak Kak Lin kata "Mak Cik tak ada duit, hanya ada RM 30.00 sahaja, itu pun utk belanja dapur" Kemudian mereka kata "oleh kerana Makcik tak dapat menyediakan wang sebanyak RM 500.00 maka Makcik tak dapatlah wang RM 10,000.00 tersebut". Mak Kak Lin kata "tak apalah bukan rezeki makcik" mereka pun terus berlalu pergi.  Mak Kak Lin tak dapat nak ambil No Kereta mereka,  masa tu Mak Kak Lin tak pakai cermin mata, jadi tak nampak.  Berhati-hatilah pada ibu-ibu yang tinggal keseorangan dirumah.

Okeylah berbalik pada resepi kali ini "Ikan Keli Salai Lomak Cili Padi" resepi dari umah Mas Terima kasih Mas! muaaahhhhhh....sumber dari Kak Norma....Terima kasih juga pada Kak Norma. Kak Lin masak kaw! kaw! kepedasannya, makan pulak dengan nasi panas Wow! terangkat!

 KELI SALAI LOMAK CILI PADI
Sumber : Kak Norma  Resepi Dari Rumah : Mas 
Dicua Oleh: LinRosly

Bahan2:-
3 ekor ikan keli - dibersihkan 
*  cili padi  - terpulang banyak mana nk...
*  kunyit hidup 
* 1 biji bawang besar 
Santan - dr setengah biji kelapa - Kak Lin guna santan kotak
Sebiji limau nipis - Kak Lin guna asam keping
Garam dan perasa

Cara2:-
1.Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
2.Bahan-bahan bertanda  * ditumbuk halus ( Kak Lin kisar jer ). Kemudian,masukkan ke dalam periuk
3.Masukkan santan dan asam keping. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan keli salai.
4.Masukkan garam dan perasa
5.Masak hingga kuah pekat dan boleh tutup api.

23 Mac 2011

Asam Pedas Ikan Tenggiri - *MaDiHaA*


ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Sumber: Dari Dapur MaDiHaA 
Dicuba Oleh : LinRosly

Assalamualaikum :D
Sebelum nak citer pasal resepi nak luahkan perasaan dulu...Januari 2010 Kak Lin disahkan menghadapi masalah hati.  Beberapa kali buat pemeriksaan darah,  hati Kak Lin tetap tak normal! Kak Lin teruskan makan ubat yang doctor bagi dan amalkan makan-makanan kesihatan yang lain alhamdulilah nampaknya hati Kak Lin telah sembuh sepenuhnya.  Mulai dari saat ini Doctor suruh Kak Lin menjalani suntikan hepatitis B tetapi macam-macam alasan yang Kak Lin berikan. Almaklumlah dah lama tak kena suntik...takut! 

23hb mac, 2011
Sudah hampir setahun lebih masa berlalu...Semalam Kak Lin kena pergi ke Klinik buat pemeriksaan darah untuk urik asid, kolestrol, diabetes dan darah tinggi...alhamdulilah semuanya normal.  Kak Lin ke Klinik ditemani oleh suami tersayang..Doctor beritahu suami Kak Lin, Kak Lin belum mendapat suntikan hepatitis B maka semalam dengan tak rela hati terpaksalah Kak lin menjalani satu suntikan hepatitis B untuk dos pertama...huhuhuhu...

Sampai di Pejabat, seorang sahabat baik Kak Lin tolong masakkan air panas dan suruh Kak Lin tuam....Terima kasih pada yang sudi ambil berat.

Kak Lin dah lama tak masak asam pedas...tempohari jalan-jalan kat blog Ratna ternampak ikan tenggiri masak asam pedas. Kebetulan pulak dalam peti sejuk memang ada  Ikan tenggiri. Apa tunggu lagi....Jom! Masak! Hehehehe


Bahan2:-
3 ~ 4 keping ikan tenggiri ~ bersihkan 
secekak daun kesum
10 biji bendi ~ cuci bersih dan tos JANGAN KERAT LAGI supaya tak berlendir!
2 batang serai ~ diketuk
4 cawan air atau secukupnya 
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 sudu kecil gula
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan air ambil jusnya
1 ½ senduk sedang minyak masak


Bahan2 Dikisar Halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci halia
2 hirisan lengkuas
6 sudu besar cili kisar/ 20 biji cili kering ~ direbus hingga lembut
1 inci belacan (1" x 1")

Cara2:-
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga wangi dan terbit minyak.  Masukkan air, air asam jawa dan biar hingga mendidih.
2. Masukkan ikan, garam, perasa serta gula dan masak sekejap. Kemudian masukkan daun kesum.  Masa ni barulah kerat pangkal kacang bendi dan terus masukkan ke dalam kuah dan renih sehingga nampak bendi lembut. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidang. 

28 Februari 2011

Singgang Ikan

SINGGANG IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG 

Assalamualaikum :D
Hari ini Kak Lin nak tayang masak Singgang Ikan,  sumber daripada CMG dan Kak Lin copy resepi ini dari Blog Yatie. Terima kasih daun keladi buat kedua-dua pakar masak yang Kak Lin minati ini.   Masakan mereka berdua sudah semestinya sedap!. Kak Lin juga akan mencuba resepi2 masakan daripada blog rakan-rakan yang lain...cuma tunggu masa yang sesuai...Insya Allah....

Kak Lin nak bertolak ke Kluang untuk menghantar anak-anak pulang ke asrama....sudi-sudikanlah melayari blog Kak Lin yer...Terima kasih.



Bahan2:-
3 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan (ikan lain pun boleh..)
1 liter air (nak lebih boleh tambah)
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci kunyit hidup, dititik
1 helai daun kunyit, ( daun kesum pun boleh..)
8 biji cili padi merah, diketuk
sedikit belacan(saya tambah..sedap..)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa(letak gula sedikit..)
tomato@bendi

Cara2:-
1.Dalam periuk, masukkan semua bahan2 diatas, kecuali ikan dan garam. Masak hingga mendidih, kacau rata.
2.Masukkan ikan dan tambah perisa. Biar hingga ikan masak, dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm sedapp!!!




10 Januari 2011

Ikan Tiga Rasa

Assalamualaikum :D
Ikan 3 Rasa resepi daripada buku 1 hari 1 resepi daripada Kak Liza yang begitu enak dan sedap rasanya.   

IKAN TIGA RASA
Sumber : Chef Hanieliza 
Dicuba Oleh : LinRosly



Bahan A
1 ekor ikan siakap
1 sudu makan tepung jagung
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia         
minyak untuk mengoreng

Bahan B
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
1  sudu teh gula
        
Bahan C
1 tangkai daun bawang
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji buah tomato


Cara2:-
Sapukan Tepung Jagung Di Sekeliling Ikan.   Goreng Ikan Menggunakan Minyak Yang Banyak Sehingga Masak Dan Kuning Keemasan. Angkat Dan Letakkan Di Dalam Pinggan Hidangan.

Keluarkan Minyak Dan Tinggalkan Dua Sudu Makan Minyak Bagi Menumis Bahan Yang Di Hiris Sehingga Wangi.

Masukkan Bahan Sos Dan Biarkan Mendidih Kacau Rata.  Masukkan Bahan Hiasan Dan Tutup Api.  Akhir Sekali Curahkan Sos Di atas Ikan.
















22 Disember 2010

Baung Masak Lemak Dg Belimbing Buluh


BAUNG MASAK LEMAK BELIMBING BULUH
Sumber : LinRosly

Assalamualaikum :D
Inilah Entry Terakhir Untuk Minggu Ni Ke Atau Tahun Ni? Hehehehe.... Esok Kak Lin Mula Bercuti Untuk Mengambil Anak Kak Lin Di Kluang Dan Hari Jumaat Ambil Anak Yang Di Kuala Pilah.   Lepas Tu Kalau Keadaan Cuaca Mengizinkan Kak Lin Akan Bercuti Ke Melaka Bersama Keluarga. 

Ikan Baung Ni Memang Terkenal Di Segamat, Johor.  Kalau Ada Sesiapa Yang Belum Pernah Makan Ikan Baung Ni.... Jomlah Datang Ke Johor. Sekali Dah Rasa Mesti Nak Lagi....


Bahan2:-
1 Ekor Ikan Baung
15 Biji Cili Padi
10 Biji Belimbing Buloh* Di Belah Dua
1 Inci Kunyit Hidup
1 Helai Daun Kunyit
- Santan Secukupnya
- Garam Secukupnya

Cara2:-
Ikan Di Bersihkan Kemudian Di Rendam Dengan Garam Dan Air Asam Sehingga Bau Hanyirnya Hilang. Basuh Sekali Lagi Dan Masukkan Ke Dalam Periuk Bersama-sama Dengan Belimbing Buluh.

Tumbuk Kunyit Dan Cili Padi Kemudian Masukkan Ke Dalam Periuk Yang Berisi Ikan.  Masukkan Pula Santan, Garam Dan Daun Kunyit.  Masak Sehingga Ikan Masak.

27 November 2010

Siakap Kukus

Assalamualaikum :D
Siakap Kukus salah satu resepi yang ada dalam simpanan Kak Lin, resepi ini Kak Lin tak ingat ambil daripada buku resepi yang mana satu...sebab resepinya dah siap tertulis di dalam buku Kak Lin..


Bahan2 :-
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sos Ikan
2 Sudu Sos Tiram / Kicap Cair
3 Ulas Bawang Putih
4 Cm Halia Muda
1 Tangkai Daun Bawang
2 Batang Saleri Besar
1 Biji Limau Nipis
2 Biji Lada Hidup
½ Batang Lobak Merah - Jika Suka.


Cara2:-
Bersihkan Ikan. Halia Dan Bawang Putih Di Hiris Panjang Halus-Halus. Daun Bawang Di potong 1 Inci. Lada Hidup, Lobak Merah Dan Halia Di Potong Panjang Halus-Halus  Batang Saleri Di Potong Serong.

Masukkan Ikan Di Dalam Pinggan Yang Tahan Panas.   Perah Asam Limau.  Sapukan Sos Ikan Dan Sos Tiram Diatasnya. Kemudian Taburkan Bawang Putih, Halia, Batang Saleri Dan Lobak Merah. Jika Suka. Bila Ikan Dah Masak Taburkan Daun Sup Dan Daun Bawang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...