03 Disember 2010

Jemput-Jemput Ikan Bilis Anakku Sayang!

Assalamualaikum :D
Setiap Hari Jumaat....Waktu Rehat Tengahari Kak Lin Balik Rumah....Tengahari Tadi Dapatlah Kak Lin Buat Apam Coklat....Resepi Dari Anna Dan Izah.....Untuk Buat Minum2 Petang Nanti...Bila Kak Lin Balik Umah Selepas Waktu Kerja Apam Coklat Tu Dah Habis! Sebelum Tu Kak Lin Dah Rasa Gak....Tak Perlah Anak-Anak Nak Makan....

Bila Kak Lin Tengok Kat Atas Meja Ada Jemput-Jemput Ikan Bilis Dengan Air Teh...Rupa-Rupanya Anak Perempuan Kak Lin Yang Berusia 13 Tahun Tu Buat Jemput-Jemput Ikan Bilis Untuk Mengantikan Apam Coklat Yang Dah Habis Di Makan....Terkejut Juga Kak Lin Sebab Dia Tak Pandai Masak Lagi....

Jom! Tgk Apa Yang Dia Bubuh Kat Dalam Jemput-Jemput Ni....Ibunya Pulak Macam Polis! Tanya Tu Tanya Ni...Lepas Tu Pandai Pulak Klik! Klik! Klik...Hehehehehe


Bahan2:-
Tepung Gandum
Air Panas
Kentang
Bawang
Ikan Bilis - Di Kisar
Garam



Cara:-
Masukkan air panas dalam bekas. Masukkan garam, tepung, kentang, bawang dan ikan bilis kisar kemudian di kacau rata.
Panaskan minyak. Goreng. Nasib baik tak hangus! Hehehehe...


Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat



Assalamualaikum :D


Solat Seseorang Akan Batal Apabila Ia Melakukan Salah Satu Di Antara Hal-Hal Berikut Ini:-

1.Makan Dan Minum Dengan Sengaja. Hal Ini Berdasarkan Sabda Rasulullah Saw.

"Sesungguhnya Di Dalam Solat Itu Ada Kesibukan Tertentu." (Muttafaq Alaih). Maksudnya Orang Yang Solat  Seharusnya Hanya Berkonsentrasi Pada Solatnya Saja Dan Mengesampingkan Perbuatan Yang Lain. (Pen).
  
2.Berbicara Dengan Sengaja, Bukan Untuk Kepentingan Pelaksanaan Solat:-

"Dari Zaid Bin Arqam, Ia Berkata, 'Dahulu Kami Berbicara Di Waktu Solat, Salah Seorang Dari Kami Berbicara Kepada Temannya Yang Berada Di Sampingnya Sampai Turun Ayat: 'Dan Hendaklah Kamu Berdiri Kerana  Allah (Dalam Solatmu) Dengan Khusyu' (Al-Baqarah : 238), Maka Kami Pun Diperintahkan Untuk Diam Dan Dilarang  Berbicara." (Muttafaq Alaih).

Dan Juga Sabda Rasulullah S.A.W:-
 
"Sesungguhnya Solat Ini Tidak Pantas Ada Di Dalamnya Percakapan Manusia Sedikit Pun." (HR. Muslim).

Adapun Pembicaraan Yang Maksudnya Untuk Membetulkan Pelaksanaan Solat,  Maka  Hal  Itu  Diperbolehkan  Seperti  Membetulkan Bacaan (Al-Qur'an) Imam,  Atau Imam  Setelah  Memberi  Salam  Kemudian  Bertanya  Apakah  Solatnya  Sudah Sempurna, Apabila Ada  Yang  Menjawab  Belum,  Maka Dia Harus Menyempurnakannya.   Hal Ini  Pernah  Terjadi Terhadap  Rasulullah  SAW,  Kemudian Dzul Yadain  Bertanya  Kepada  Beliau,   'Apakah  Anda  Lupa  Ataukah Sengaja  Meng-Qashar Solat, Wahai Rasulullah?' Rasulullah S.A.W Menjawab,   'Aku  Tidak  Lupa  Dan  Aku  Pun Tidak Bermaksud  Meng-Qashar Solat.' Dzul Yadain Berkata,   'Kalau Begitu Anda Telah Lupa Wahai Rasulullah. 'Beliau Bersabda, 'Apakah  Yang Dikatakan Dzul Yadain Itu Betul? Para Sahabat Menjawab,  'Benar.  ' Maka Beliau  Pun  Menambah Solatnya Dua Rakaat Lagi, Kemudian Melakukan Sujud Sahwi Dua Kali. (Muttafaq Alaih).

3.Meninggalkan Salah Satu Rukun Solat Atau Syarat Solat Yang Telah Disebutkan Di Muka,  Apabila Hal Itu Tidak Ia Ganti/Sempurnakan Di Tengah Pelaksanaan Solat Atau Sesudah Selesai Solat  Beberapa  Saat.  Hal  Ini  Berdasarkan  Hadits Rasulullah S.A.W Terhadap Orang Yang Soatnya Tidak Tepat.

"Kembalilah Kamu Melaksanakan Solat, Sesungguhnya Kamu Belum Melaksanakan Solat." (Muttafaq Alaih).

Lantaran Orang Itu Telah Meninggalkan Tuma'ninah Dan I'tidal. Padahal Kedua Hal Itu Termasuk Rukun.

4.Banyak Melakukan Gerakan, Kerana Hal Itu Bertentangan Dengan Pelaksanaan Ibadah Dan Membuat Hati  Dan Anggota Tubuh Sibuk Dengan Urusan Selain Ibadah.  Adapun Gerakan  Yang  Sekadarnya  Saja,  Seperti Memberi  Isyarat  Untuk  Menjawab Salam, Membetulkan Pakaian,  Menggaruk  Badan Dengan Tangan,  Dan  Yang  Semisalnya,   Maka  Hal  Itu Tidaklah Membatalkan Solat.

5.Tertawa Sampai Terbahak-Bahak. Para Ulama Sepakat Mengenai Batalnya Solat Yang  Disebabkan  Tertawa Seperti Itu.  Adapun Tersenyum, Maka Kebanyakan Ulama Menganggap Bahwa Hal Itu Tidaklah Merosakkan Solat Seseorang.

6.Tidak Berurutan Dalam Pelaksanaan Solat,  Seperti Mengerjakan  Solat Isya  Sebelum Mengerjakan  Solat Maghrib, Maka Solat Isya Itu Batal Sehingga Dia Solat Maghrib Dulu,  Kerana  Berurutan Dalam Melaksanakan Solat-Solat Itu Adalah Wajib, Dan Begitulah Perintah Pelaksanaan Solat Itu.

7.Kelupaan Yang Fatal, Seperti Menambah Solat Menjadi Dua Kali Ganda, Umpamanya Solat Isya' Delapan Rakaat,  Kerana Perbuatan Tersebut Merupakan Indikasi Yang Jelas, Bahwa Ia Tidak Khusyu' Yang Mana Hal Ini Merupakan Ruhnya Solat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...