18 Ogos 2010

Mi Hailam

Assalamualaikum :D
Resepi ini pun resepi daripada buku Kak Lin, salinan dah beberapa tahun dahulu...tapi anak2, anak buah, adik2 suka sangat makan mee hailam ni....bila musim perayaan mesti ada yang suruh Kak Lin buat....



Bahan2:-
1 Kilo Mi Kuning
500 Gram Isi Ayam
10 Biji Bebola Ikan
5 Keping Fish Cakes
250 Gram Udang
1 Tangkai Sawi
1 Batang Carrot
100 Gram Bunga Kobis
2 Senduk Kecil Sos Tiram
6 Biji Bawang Putih
6 Biji Cili Padi
10 Biji Lada Hitam
1 Senduk Kecil Kicap Pekat
1 Senduk Kecil Sos Tomato
3 Sudu Tepung Jagung *Di Bancuh Dengan Air
- Garam Secukup Rasa 


Cara2:-
Mee Di Celor Kemudian Toskan. 
Cili Padi Dan Bawang Putih Di Tumbuk. Kemudian Di Tumis Di Dalam Periuk Hingga Naik Baunya. 
Masukkan Udang, Ayam, Fish Ball, Fish Cake Dan Air Secukupnya. Biarkan Mendidih. Kemudian Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat Dan Sos Tomato Serta Tepung Jagung Yang Telah Dibancuh Dengan Air. 
Akhir Sekali Setelah Mendidih Sekali lagi.  Masukkan Pula Sayur-Sayuran. Hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...