22 Disember 2010

Baung Masak Lemak Dg Belimbing Buluh


BAUNG MASAK LEMAK BELIMBING BULUH
Sumber : LinRosly

Assalamualaikum :D
Inilah Entry Terakhir Untuk Minggu Ni Ke Atau Tahun Ni? Hehehehe.... Esok Kak Lin Mula Bercuti Untuk Mengambil Anak Kak Lin Di Kluang Dan Hari Jumaat Ambil Anak Yang Di Kuala Pilah.   Lepas Tu Kalau Keadaan Cuaca Mengizinkan Kak Lin Akan Bercuti Ke Melaka Bersama Keluarga. 

Ikan Baung Ni Memang Terkenal Di Segamat, Johor.  Kalau Ada Sesiapa Yang Belum Pernah Makan Ikan Baung Ni.... Jomlah Datang Ke Johor. Sekali Dah Rasa Mesti Nak Lagi....


Bahan2:-
1 Ekor Ikan Baung
15 Biji Cili Padi
10 Biji Belimbing Buloh* Di Belah Dua
1 Inci Kunyit Hidup
1 Helai Daun Kunyit
- Santan Secukupnya
- Garam Secukupnya

Cara2:-
Ikan Di Bersihkan Kemudian Di Rendam Dengan Garam Dan Air Asam Sehingga Bau Hanyirnya Hilang. Basuh Sekali Lagi Dan Masukkan Ke Dalam Periuk Bersama-sama Dengan Belimbing Buluh.

Tumbuk Kunyit Dan Cili Padi Kemudian Masukkan Ke Dalam Periuk Yang Berisi Ikan.  Masukkan Pula Santan, Garam Dan Daun Kunyit.  Masak Sehingga Ikan Masak.

21 Disember 2010

Award Drpd Kak Ummi Dan Qira




Assalamualaikum :D
Award Yang Cantik Ni Kak Lin Terima Drpd Kak Ummi Dan Qira Tersayang! Kak Lin Suka Skodeng Umah Kak Ummi Gambar Masakannya Mmg Membuat Kak Lin Terliur! Tapi..... Belum Sempat Untuk Mencubanya.... Insya Allah...Azam Untuk Mencuba Masakan Kak Ummi Tetap Tersemat Di Hati...Lebih-Lebih Lagi Ada Masakan Kak Ummi  Yang Ala2 Masakan Thailand.  Memang Fav Kami Sekeluarga....Cayang Kak Ummi....Muaaahhhh....

Untuk Qira... Kak Lin Juga Suka Skodeng Umah Qira....Hehehehe... Cari2 Resepi Dan Cuci Mata.... Kalau Ada Yg Terpikat Di Hati Bolehlah Kak Lin Cuba-Cubakan? Hehehehe 

Terimakasih Pada kak Ummi Dan Qira Yang Senantiasa Ingat Pada Kak Lin....Muaaahhhhhh....

1. Sejak Bila Anda Mula Memasak Dan Apakah Masakan Pertama Anda?

Kak Lin Mula Memasak Semenjak Daripada Sekolah Rendah.  Tolong Mak Buat Kuih Bangkit Dan Bahulu Untuk Di Jual....Masa Tu Guna Dapur Kayu... Kak Lin Tolong Tiup Api....Sampai Merah-Merah Mata Masuk Asap....Kalau Tak,  Pukul Telur Buat Bahulu....Bila Dah Mula Berat...Maklah Yang Ganti.....Seingat Kak Lin Masakan Pertama Yang Kak Lin Masak Sambal Tumis Sebab Sambal Tumis Mmg Fav Kak Lin Masa Kecik2 Dulu....Biar Tak Ada Lauk  Lain Janji Ada Sambal Tumis.

2. Sapa Yang Mengalakkan Anda Memasak?

Kalau Dulu Tentulah Mak Kak Lin Yang Tersayang! Masa Kecik-Kecik Dulu Kak Lin Ni Pemalas Sikit....Di Tukul Baru Bergerak.... Mak Tak Pernah Berputus Asa Untuk Mengajar Kak Lin Memasak.  Selalu Suruh Kak Lin Tengok Buku Resepi Dia....Di Tulis Dalam Tulisan Jawi Pulak Tu....Tergagap-gagap Nak Membacanya....Masa Tu Sekolah Agama Baru Darjah 2 Sekolah Rendah Darjah 5.  Sekrg Ni Anak-Anak Dan Abg Kak Lin Yang Mengalakkan Kak Lin Memasak.  Bila Kak Lin Masak Mereka Makan Sangat Berselera...Hati Pun Suka Dan Manyak Gembiralah! Lepas Tu Ingat Nak Duk Dapur Jerrrr.....Ahaks!

3. Masakan Yang Anda Suka Masak Dan Digemari Orang-Orang Kesayangan Anda...

Kak Lin Suka Masak Asam Pedas, Ikan 3 Rasa, Tom Yam, Ikan Masam Manis, Ayam Goreng, Kailan Ikan Masin, Sup Tulang, Daging Dan Tempe Goreng Ketumbar Serta  Kek Coklat.  Masakan Ni Anak-Anak Dan Abg Kak Lin Amat Mengemarinya...

4. Tag 5 Orang Blogger Masak Yang Sering Berkunjung Ke Blog Anda...(Ramai Tapi Ni Antaranya Eh...Yang Lain Jangan Kecik Hati Eh...Boleh Jek Ambil Award Dan Jawab Tag K....Muaaahhhh!)

1. LILY



4. ZURENA 



20 Disember 2010

Nasi Lemak Dan Ubi Rebus

Assalamualaikum :D
Sebelum Kak Lin Bertolak Ke Kluang Pada Hari Ahad Tempohari Sempat Jugalah Kak Lin Buat Sarapan Nasi Lemak Dan Ubi Rebus. Lama Tak Makan Ubi Rebus Cicah Sambal Tumis....Kebetulan Sehari Sebelum Tu Mak Sedara Kak Lin Ada Bagi Ubi....


Bahan A/
3 Cawan Beras 
2 Helai Daun Pandan
- Garam
- Santan Secukupnya

Bahan B/
10  Biji Cili Kering
5    Ulas Bawang Kecil
1    Ulas Bawang Putih
1    Biji Bawang Besar - Di Hiris Dan Di Goreng
1    Mangkuk Kecil Ikan Bilis - Di Goreng
-    Sedikit Belacan
-    Sedikit Air Asam Jawa
-    Garam Dan Gula Secukup Rasa

Bahan Hiasan:-
Timun, Telur, Ikan Bilis Dan Kacang Tanah Goreng.


Cara2:-
Masak Nasi Dengan Santan Seperti Masak Nasi Biasa. Kemudian Kisar Cili Kering, Bawang Kecil, Bawang Putih Dan Belacan.

Panaskan Minyak Masukkan Bahan Kisar, Bila Sudah Pecah Minyak Masukkan Air Asam Jawa, Gula Dan Garam. Kemudian Bolehlah Di Hidangkan




15 Disember 2010

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum :D
Salam Semua Sahabat-Sahabat Blog.....Kak Lin Ni Dah Selalu Masak Ayam...Tak Tau Nak Masak Ayam Apa Lagi Yang Anak-Anak Kak Lin Suka.....Kak Lin Belek2 Buku Resepi Kak Liza. Kak Lin Terjumpa Resepi Ayam Masak Halia Yang Begitu Senang Dan Sedap! Terima kasih Kak Liza....Muaaahhhh....

Pada Semua Sahabat-Sahabat Blog..Kak Lin Minta Ampun....Kerana Tidak Selalu Berkesempatan Untuk  Bertandang Ke Rumah-Rumah Kalian Memandangkan Masa Yang Tidak Mengizinkan.  Sebentar Lagi Kak Lin Akan Bertolak Ke Johor Bahru Atas Urusan Kerja Dan Pada Sahabat-Sabahat Blog Yang Selalu Meninggalkan Komen Yang Membina, Yang Kelakar Dan Pada Yang Suka Bertanya Khabar,  Kak Lin Ucapkan Berbanyak-Banyak Terima Kasih.

AYAM MASAK HALIA
Resepi: Chef Hanieliza
 Sumber: LinRosly

Bahan2:-
500 Gram Ayam
3 Sudu Makan Sos Tiram
1 Sudu Teh Tepung Jagung ~ Di Bancuh Dengan 1/2 Cawan Air
1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
1 Pokok Daun Bawang
1 Biji Tomato - Di Belah 4
2 Sudu Makan Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa

Bahan Hiris:-
3 Inci Halia
3 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
3 Biji Cili Merah



Cara2:-
1. Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Yang Di Hiris Sehingga Layu.
2. Masukkan Ayam Dan Kacau Rata. Kemudian Masukkan Sedikit Air.
3. Masakkan Ayam Sehingga Lembut
4. Masukkan Bancuan Tepung Jagung, Sos Tiram, Serbuk Lada Hitam Dan Garam. Biarkan Sehingga Kuah   Pekat.
5. Masukkan Tomato Dan Daun Bawang. Kemudian Kacau Rata.
6. Sedia Untuk Di Hidangkan.


12 Disember 2010

Spaggethi Bolognese

Assalamualaikum :D
Angah Suka Makan Spaggethi....Selalu Masak Cara Yang Sama Pun Jemu Jugakan....Kali Ni Kak Lin Masak Spaggethi Bolognese Resepi Asal Daripada MutiaraZura.  Kalau Aanak-Anak Kak Lin Makan Hingga Habis Tu Maknanya Sedaplahkan?? Tapi....Kak Lin Ni Tak Suka Kalau Masakan Bubuh Susu. Selera Orang Kampung Laaaa Katakan...Hehehehe...


SPAGGETHI BOLOGNESE
Sumber : MutiaraZura
Dicuba Oleh : LinRosly

Bahan2:-
500 Gram Spaggethi
500 Gram Daging Lembu Cincang
2 Ml Susu
1 Labu Bawang Besar Cincang *Di Dadu Kecil
1 Ulas Bawang Putih *Di Dadu Kecil
1 Tin Sedang Sos Tomato Puri
5 Biji Buah Tomato *Di Dadu Kecil
2 Batang Salery *Di Dadu Kecil
½ Sudu Teh Herba Oregano
3 Sudu Besar Minyak Zaitun
2 Sudu Besar Butter *Kak Lin Guna 1 Sudu




Cara2:-
Didihkan Air Bersama Dua Sudu Teh Garam. Masukkan Spaggethi Dan Satu Sudu Teh Minyak Zaitun. Bila Pasta Dah Lembut Angkat Dan Toskan.

Panaskan Minyak Zaitun. Masukkan Butter Dan Kacau. Bila Butter Cair Berbuih Masukkan Bawang Besar Dan Bawang Putih. Jangan Sampai Garing Cukup Sekadar Layu.

Masukkan Daging Cincang. Masak Hingga Keperang-Perang. Kemudian Masukkan Semua Sayur.

Masukkan Susu. Bila Susu Telah Serap Masukkan Pula Tomato Puri Dan Buah Tomato.  Tambahkan Sedikit Air.

Akhir Sekali Masukkan Herba Oregano, Garam, Gula Dan Perasa.


08 Disember 2010

Daging Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum :D
Daging Masak Lemak Cili Padi....Menu Kak Lin Beberapa Hari Yang Lalu..... Kak Lin Tak Sempat Nak Klik..Klik...Klik Dan Terus Tayang Kat Blog.  Kena Tunggu Beberapa Hari Dulu Mengikut Giliran... Hehehehe 

Sebenarnya Resepi Ni Kak Lin Jumpa Dalam Blog Nuridah Sedap! Tapi Kalau Daging Tu Di Salai Lagi Ler Bertambah-Tambah Sedap....


Bahan2:-
½ Kg Daging Batang Pinang
2  Batang Serai
20 Biji Cili Padi
3 Biji Ubi Kentang
½ Inci Kunyit Hidup
2 Cawan Santan Pekat
1 Cawan Santan Cair
1 Helai Daun Kunyit
½ Cawan Air
 -  Garam Secukup Rasa



Cara2:-
Blend Cili Api,Kunyit Hidup Sehingga Halus.  Kemudian Masukkan Bahan Yang Telah Di Blend, Serai Yg Telah Dititik(Ditumbuk Sedikit)Kedalam Periuk. Masukkan Daging Dan Tambah Sedikit Air. Masak Sehingga Daging Empuk.

Jika Daging Telah Empuk Masukkan Santan Cair Dan Air Tadi. Kemudian Mskkan Ubi Kentang Dan Daun Kunyit.  Apabila Ubi Kentang Telah Empuk, Mskkan Santan Pekat Dan Garam.Tutup Api.

Cadangan Hidangan:-

Jika Hendak Pedas Dan Lebih Kick, Tambah Lebih Cili Api.
Ini Adalah Resepi Original Negeri Sembilan. Kalau Tak Nak Guna Ubi Kentang Boleh Guna Belimbing Buluh. Boleh Juga Kalau Nk Guna Dg Salai, Tetapi Kena Letak Belimbing Buluh Baru Power.


07 Disember 2010

Cinta Monyet Di Tanjung Mas!




Assalamualaikum :D
Kebetulan Masa Cuti Maal Hijrah, Abang Kak Lin Ada Urusan Di Muar.  Kak Lin Dengan Anak-Anak Ikut Sekali.  Selepas Urusan Abang Kak Lin Selesai, Adik Na Ajak Pergi Tengok Monyet Dekat Tanjung Mas,  Salah Satu Tempat Tarikan Pelancong Di Muar, Johor. Monyet kat Sini Memang Banyak Dan Semuanya Jinak-Jinak Dan Comel-Comel Pulak Tu......Nak Ambil Gambar Pun Kena Hati-Hati.....Takut Monyet-Monyet Ni Rampas Hp Kak Lin...Hehehehe.  Sebenarnya Monyet-Monyet Ni Memang Suka Kita Ambil Gambar Dia.....Siap Posing Macam Model! Gitu....


Tengok Yang Ni Tengah Duduk Termenung....."Frust" Kot...Pak We Lari!!! Hehehehe


Yang Ni Pulak Tengah Makan Asam Pelam....Bila Kak Lin Nak Ambil Gambar Dia Pusing Sana....Dia Pusing Sini...."Pemalu Kot" Hehehehe....Bulunya Gebus Gitu.....Rasa macam Nak Pegang Tapi......Takutttt!!!!


Kak Lin Memang Geram Dengan Yang Ni......Kak Lin Beli Jajan Nak Bagi Mereka Makan. Dia Larikan Pulak Jajan Tu Dari Tangan Kak Lin.....Dia Makan Sorang2 Nakal Betul!!!


Tadi Yang Betinanya "Frust" Ni Yang Jantan Pulak "Frust" Tapi Yang Ini "Frust" Sebab Kak Lin Dah Nak Balik Kot! Hihihihihihihi......

Berakhirlah Cerita Monyet Di Tanjug Mas!   Sajer Suka-Suka Siarkan Kat Sini....Rehat-Rehatkan Minda!.....


Pucuk Paku Goreng Kicap

Assalamualakum :D
Kak Lin Teringat Pada Seorang Pelajar Pratikal Di Pejabat Kak Lin Beberapa Tahun Yang Lalu.....Namanya Safis....Dia Citer Dengan Kak Lin Dia Suka Makan Pucuk Paku Goreng Kicap. Bila Beli Pucuk Paku Pasti Suruh Mak Dia Masak Goreng Kicap.

Hari Ni Teringin Pulak Kak Lin Nak Mencuba....Inilah Hasilnya.....


Bahan2:-
1 Ikat Pucuk Paku
1 Biji Bawang Besar
1 Biji Bawang Putih
2 Biji Lada Hidup
2 Sudu Kicap Manis / Masin
1 Keping Tempe – Di Hiris Dan Di Goreng
- Sedikit Ikan Bilis – Di Tumbuk
- Garam Secukup Rasa



Cara2:-
Pucuk Paku Di Bersihkan Dan Di Toskan.   Bawang Besar, Bawang Putih Dan Lada Hidup Di Hiris. Panaskan Minyak Tumis Bahan Hiris Kemudian Masukkan Ikan Bilis Tumbuk Kemudian Masukkan Kicap Dan Garam. Masukkan Tempe Dan Akhir Sekali Masukkan Pucuk Paku. Masak Jangan Sampai Layu.


05 Disember 2010

Apam Coklat

Assalamualaikum :D
Kak Lin Nak Juga Buat Apam Coklat....Hari Jumaat Tempohari Kak Lin Cuba-Cubalah Buat Hehehehe....Resepi Apam Coklat Ni Kak Lin Jumpa Daripada Blog Sahabat-Sahabat Kak Lin Yang Tersayang Anna QwinaIzah dan Kak Lin Copy Dari Blog Kak Nor Toceh Semua Yer! Kerana Kongsi-Kongsi Resepi....Muaaaahhhhhh.....Muahhhhhh.....Muahhhhhh.....


Bahan2:-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko


      
Cara2:-

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Sedap dimakan panas2.




03 Disember 2010

Jemput-Jemput Ikan Bilis Anakku Sayang!

Assalamualaikum :D
Setiap Hari Jumaat....Waktu Rehat Tengahari Kak Lin Balik Rumah....Tengahari Tadi Dapatlah Kak Lin Buat Apam Coklat....Resepi Dari Anna Dan Izah.....Untuk Buat Minum2 Petang Nanti...Bila Kak Lin Balik Umah Selepas Waktu Kerja Apam Coklat Tu Dah Habis! Sebelum Tu Kak Lin Dah Rasa Gak....Tak Perlah Anak-Anak Nak Makan....

Bila Kak Lin Tengok Kat Atas Meja Ada Jemput-Jemput Ikan Bilis Dengan Air Teh...Rupa-Rupanya Anak Perempuan Kak Lin Yang Berusia 13 Tahun Tu Buat Jemput-Jemput Ikan Bilis Untuk Mengantikan Apam Coklat Yang Dah Habis Di Makan....Terkejut Juga Kak Lin Sebab Dia Tak Pandai Masak Lagi....

Jom! Tgk Apa Yang Dia Bubuh Kat Dalam Jemput-Jemput Ni....Ibunya Pulak Macam Polis! Tanya Tu Tanya Ni...Lepas Tu Pandai Pulak Klik! Klik! Klik...Hehehehehe


Bahan2:-
Tepung Gandum
Air Panas
Kentang
Bawang
Ikan Bilis - Di Kisar
Garam



Cara:-
Masukkan air panas dalam bekas. Masukkan garam, tepung, kentang, bawang dan ikan bilis kisar kemudian di kacau rata.
Panaskan minyak. Goreng. Nasib baik tak hangus! Hehehehe...


Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat



Assalamualaikum :D


Solat Seseorang Akan Batal Apabila Ia Melakukan Salah Satu Di Antara Hal-Hal Berikut Ini:-

1.Makan Dan Minum Dengan Sengaja. Hal Ini Berdasarkan Sabda Rasulullah Saw.

"Sesungguhnya Di Dalam Solat Itu Ada Kesibukan Tertentu." (Muttafaq Alaih). Maksudnya Orang Yang Solat  Seharusnya Hanya Berkonsentrasi Pada Solatnya Saja Dan Mengesampingkan Perbuatan Yang Lain. (Pen).
  
2.Berbicara Dengan Sengaja, Bukan Untuk Kepentingan Pelaksanaan Solat:-

"Dari Zaid Bin Arqam, Ia Berkata, 'Dahulu Kami Berbicara Di Waktu Solat, Salah Seorang Dari Kami Berbicara Kepada Temannya Yang Berada Di Sampingnya Sampai Turun Ayat: 'Dan Hendaklah Kamu Berdiri Kerana  Allah (Dalam Solatmu) Dengan Khusyu' (Al-Baqarah : 238), Maka Kami Pun Diperintahkan Untuk Diam Dan Dilarang  Berbicara." (Muttafaq Alaih).

Dan Juga Sabda Rasulullah S.A.W:-
 
"Sesungguhnya Solat Ini Tidak Pantas Ada Di Dalamnya Percakapan Manusia Sedikit Pun." (HR. Muslim).

Adapun Pembicaraan Yang Maksudnya Untuk Membetulkan Pelaksanaan Solat,  Maka  Hal  Itu  Diperbolehkan  Seperti  Membetulkan Bacaan (Al-Qur'an) Imam,  Atau Imam  Setelah  Memberi  Salam  Kemudian  Bertanya  Apakah  Solatnya  Sudah Sempurna, Apabila Ada  Yang  Menjawab  Belum,  Maka Dia Harus Menyempurnakannya.   Hal Ini  Pernah  Terjadi Terhadap  Rasulullah  SAW,  Kemudian Dzul Yadain  Bertanya  Kepada  Beliau,   'Apakah  Anda  Lupa  Ataukah Sengaja  Meng-Qashar Solat, Wahai Rasulullah?' Rasulullah S.A.W Menjawab,   'Aku  Tidak  Lupa  Dan  Aku  Pun Tidak Bermaksud  Meng-Qashar Solat.' Dzul Yadain Berkata,   'Kalau Begitu Anda Telah Lupa Wahai Rasulullah. 'Beliau Bersabda, 'Apakah  Yang Dikatakan Dzul Yadain Itu Betul? Para Sahabat Menjawab,  'Benar.  ' Maka Beliau  Pun  Menambah Solatnya Dua Rakaat Lagi, Kemudian Melakukan Sujud Sahwi Dua Kali. (Muttafaq Alaih).

3.Meninggalkan Salah Satu Rukun Solat Atau Syarat Solat Yang Telah Disebutkan Di Muka,  Apabila Hal Itu Tidak Ia Ganti/Sempurnakan Di Tengah Pelaksanaan Solat Atau Sesudah Selesai Solat  Beberapa  Saat.  Hal  Ini  Berdasarkan  Hadits Rasulullah S.A.W Terhadap Orang Yang Soatnya Tidak Tepat.

"Kembalilah Kamu Melaksanakan Solat, Sesungguhnya Kamu Belum Melaksanakan Solat." (Muttafaq Alaih).

Lantaran Orang Itu Telah Meninggalkan Tuma'ninah Dan I'tidal. Padahal Kedua Hal Itu Termasuk Rukun.

4.Banyak Melakukan Gerakan, Kerana Hal Itu Bertentangan Dengan Pelaksanaan Ibadah Dan Membuat Hati  Dan Anggota Tubuh Sibuk Dengan Urusan Selain Ibadah.  Adapun Gerakan  Yang  Sekadarnya  Saja,  Seperti Memberi  Isyarat  Untuk  Menjawab Salam, Membetulkan Pakaian,  Menggaruk  Badan Dengan Tangan,  Dan  Yang  Semisalnya,   Maka  Hal  Itu Tidaklah Membatalkan Solat.

5.Tertawa Sampai Terbahak-Bahak. Para Ulama Sepakat Mengenai Batalnya Solat Yang  Disebabkan  Tertawa Seperti Itu.  Adapun Tersenyum, Maka Kebanyakan Ulama Menganggap Bahwa Hal Itu Tidaklah Merosakkan Solat Seseorang.

6.Tidak Berurutan Dalam Pelaksanaan Solat,  Seperti Mengerjakan  Solat Isya  Sebelum Mengerjakan  Solat Maghrib, Maka Solat Isya Itu Batal Sehingga Dia Solat Maghrib Dulu,  Kerana  Berurutan Dalam Melaksanakan Solat-Solat Itu Adalah Wajib, Dan Begitulah Perintah Pelaksanaan Solat Itu.

7.Kelupaan Yang Fatal, Seperti Menambah Solat Menjadi Dua Kali Ganda, Umpamanya Solat Isya' Delapan Rakaat,  Kerana Perbuatan Tersebut Merupakan Indikasi Yang Jelas, Bahwa Ia Tidak Khusyu' Yang Mana Hal Ini Merupakan Ruhnya Solat.





02 Disember 2010

Sup Tulang Siam

Assalamualaikum :D
Setelah Kak Lin Penat Merayau Dari Satu Rumah Ke Satu Rumah Untuk Mencari Resepi Sup Tulang Siam. Akhirnya Kak Lin Bertemu Juga Resepi Sup Tulang Siam Di Rumah MAMASYA. Bertapa Gembiranya Kak Lin  Akhirnya Dapat Juga Kak Lin Mencari  Resepi Yang Di Idam-Idamkan Selama Ini. Abang Kak Lin Memang Suka Makan Sup Tulang Siam. Selalu Makan Kat Kedai Orang Thailand Yang Berniaga Disini.  Almaklumlah Isterinya Ni Tak Pandai Masak Masakan Siam...Hehehehehe....

Terima kasih MAMASYA Cayang Mama.... 
Muaaaaahhhhhh.... Muaaaahhhhhh....Muaaaahhhhh......


Bahan2:-
1 kg tulang biasa yg byk isi
200 gm daging campur
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 bungkus rempah bunjut sup tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8 
 garam secukup rasa
minyak untuk menumis 
 rempah penumis
daun sup dan daun bawang secukupnya


Cara2:-
Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa. (kak lin guna periuk biasa)

apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup. 

biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.

tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng dan tambahkan cili padi dan limau nipis jika suka rasa lebih pedas dan masam. 

01 Disember 2010

Agar-Agar Gula Melaka

Assalamualaikum :D
Agar-Agar Gula Melaka Bersantan....Sama Juga Dengan Agar-Agar Santan Kot.   Tempohari Kak Lin Balik Kg...Mak Masak Agar-Agar Gula Melaka Bersantan Ni.....Al-Maklumlah Cuti Sekolah Ni Cucu2nya Semua Balik....Macam-Macamlah Yang Dia Nak Buat.  Kak Lin Cuma Tolong Sikit-Sikit Jer...Al-Maklumlah Kak Lin Ni Anak Tunggal....Manja Gitu!....Perasan!!!

Siap Masak Kak Lin Pun Apa Lagi....Ambil "Hand Phone" Klik...Klik...Klik.....Inilah Hasilnya......Terima kasih Mak....Sayang Mak....Muahhhh....Muahhhh...Muahhhhh...

AGAR2 GULA MELAKA
Resepi: Mak 
 Sumber: LinRosly

Bahan:-
1 peket agar-agar
6 cawan air
1 buku gula melaka 
½ cawan gula pasir 2 cawan santan pekat
1 biji telur ayam
1 helai daun pandan
sedikit garam



Cara2:-
Agar-Agar Di Masuk Kedalam Periuk.  Masukkan Air Dan Daun Pandan.  Masak Hingga Mendidih. Kemudian Masukkan Pula Gula Melaka Dan Gula Pasir. Bila Semuanya Telah Larut Angkat Dan Tapis. Setelah Di Tapis Masak Lagi. Biarkan Mendidih.  Masukkan Pula Telur Dan Santan Yang Telah Di Gaul Sebati Bersama Dengan Garam.  Setelah Mendidih. Angkat Dan Tuang Dalam Acuan. Kemudian Sejukkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...