22 Mac 2012

Sambal Ponorogo

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Sambal Ponorogo. Kak Lin belajar memasak resepi ini dengan arwah Embah (Nenek suami Kak Lin) semasa Kak Lin pergi menunaikan fardhu haji bersama-sama dengan arwah dalam tahun 1989.  Masa tu kita boleh masak sendiri dibilik hotel dan dibenarkan membawa dapur dan barang-barang kering seperti bawang, kentang, ikan bilis dan lain-lain.  Sekarang ni kalau kita pergi kesana semua telah disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jadi dah tak perlu nak masak2 lagi...

Sambal Ponorogo ini sedap dimakan bersama lempeng, nasi dan bubur.  Senang dan mudah untuk memasaknya....

SAMBAL PONOROGO
Resepi Asal : LinRosly


Bahan2:-
2 Biji Kentang -dibelah 4 dipotong2
2 Biji Bawang Besar -dihiris
2 Ulas Bawang Putih -dihiris
3 Biji Lada Merah -dihiris
2 Biji Lada Hijau -dihiris 
5 Biji Cili Padi -dihiris
1 Biji Buah Tomato -dibelah 4
50 Gram Ikan Bilis
1/4 Keping Belacan *
1/2 Mangkuk Air Asam Jawa* diramas sekali
- Sedikit Gula - ikut rasa
- Sedikit Garam - ikut rasa
- Sedikit Minyak


Cara2:
1. Panaskan Minyak Masukkan Ikan Bilis Dan Kentang. Goreng Sehingga Ikan Bilis Kekuningan.
2. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih, Lada Merah, Lada Hijau, Cili Padi, Buah Tomato Dan Belacan Yang Telah Di Ramas Bersama Air Asam Jawa.
3. Masak Sehingga Agak Pekat Dan Berkuah.
4. Rasa Gula Dan Garam (Kalau Dah Masin Jangan Bubuh Garam) 


17 Mac 2012

Sup Ayam Ala Thai

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin siarkan resepi daripada CendanaKasih iaitu Sup Ayam Ala Thai, Kak Lin memang suka Sup Ayam Ala Thai ni ada rasa pedas2 dan terasa semua rempah-rempahnya. Memang sedap dan amat menyelerakan bila makan dengan nasi panas....


SUP AYAM ALA THAI
Resepi: CendanaKasih 
Dicuba Oleh:LinRosly


Bahan2:
1/2 Ekor Ayam *Dipotong Sederhana Besar 
2 Batang Serai * Dititik
2 Inci Lengkuas *Diketuk
2 Batang Saleri *Dikerat2
2 Biji Tomato * Dibelah 4
3 Batang Akar Daun Ketumbar * Kak Lin Tak Letak
6 Biji Cili Padi
1 Jag Air
- Sos Ikan
- Garam Dan Serbuk Perasa

Bahan Tumis:
2 Kuntum Bunga Lawang
5 Biji Buah Pelaga
3 Kuntum Bunga Cengkih
1 Batang Kulit Kayu Manis



Bahan Kisar:
5 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia

Bahan Serbuk:
1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Manis
1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih

Bahan Hiasan:
Daun Ketumbar *Kak Lin Tak Letak
Daun Bawang
Bawang Goreng



Cara2:
Ayam  Dibuang Kulitnya (Kak Lin Tak Buang Kulit) Cuci Bersih Dan Toskan. Panaskan Sedikit Minyak Dalam Periuk Tumis Lengkuas Yang Di Ketuk, Bahan Kisar, Bahan Tumis Dan Bahan Serbuk Sampai Garing Dan Pecah Minyak.

Tuang Air Dan Masukkan Batang Saleri, Akar Ketumbar Dan Serai. Biarkan Mendidih Sekejap Dan Masukkan Ayam.  Didihkan Lagi Hingga Ayam Masak. Tambah Sos Ikan Dan Serbuk Perasa.

Akhir Sekali Masukkan Tomato Dan Cili Padi Yang Di Ketuk Dan Masak 1-2 Minit Lagi. Taburkan Hirisan Daun Ketumbar (Kak Lin Tak Letak Sebab Tak Suka), Daun Bawang Dan Bawang Goreng.



13 Mac 2012

Cendawan Rangup

Assalamualaikum :D
Pada mulanya Kak Lin terfikir untuk berhenti daripada berblog....almaklumlah kadang2 kita tidak berkesempatan untuk mengupdate blog, menziarahi blog rakan-rakan yang lain dan ada banyak perkara lain yang perlu diuruskan lagi.... tetapi ada kawan-kawan Kak Lin yang tak bagi Kak Lin berhenti daripada berblog, mereka ingin Kak Lin teruskan berblog walaupun Kak Lin tidak selalu mengupdate blog mereka kata tak mengapa, bila berkesempatan barulah update.....terharunya..... Apapun Kak Lin nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada mereka terutama rakan-rakan Facebook dan rakan-rakan sepejabat dahulu....

Hari ni Kak Lin masak Cendewan Rangup resepi daripada Izah Daut untuk buat minum-minum petang....ada rasa rempah  dan pedas2 sikit sedap!  Jom tengok gambar dan resepinya....berapa peratus markah yang harus diberikan ni Izah? hehehehehe

CENDAWAN RANGUP
Resepi :Izah Daut 
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:
250 Gm Cendawan Tiram *Kurang Lebih
* Bersihkan Dan Keringkan Cendawan. Jika Cendawan Besar, Boleh Disiat2 Kan.
Ketepikan.
3 Sb Tepung Gandum
3 Sb Tepung Jagung
3 Sb Tepung Beras
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Lada Hitam
1 1/2 Sb Serbuk Kari Daging
1 1/2 Sk Garam Halus *Ikut Citarasa
1 Biji Telur 


Cara2:
Setelah Dibasuh Cendawan, Ketepikannya. Campurkan Semua Tepung Dan Bahan Perasa Kecuali Telur. Masukkan Ke Dalam Bekas Tapuware Besar Bertutup Dan Tutup Bekas. Goncang2kan Tepung Supaya Semuanya Sebati. 

Ketepikan. Pukul Sikit Telur Dlm Mangkuk Besar. Masukkan Ke Semua Cendawan Tadi Ke Dalam Telur. Gaul2 Rata.Kemudian Masukkan Ke Dalam Tapuwre Berisi  Campuran Tepung. Goncang2 Dan Goreng Hingga Garing. Cadangan Hidangan: Dihidang Panas2.


02 Mac 2012

Kek Coklat Bakar

Assalamualaikum :D
Esok Kak Lin nak pergi ziarah Along di Nilai....semalam dia telefon Kak Lin dia kata demam. Pagi ni Kak Lin masakkan dia Kek Coklat Bakar resepi dari DayangJack. Lembut kek coklat bakar ni senang dan mudah untuk menyediakannya. Tapi Kak Lin tak buat ganachenya...hehehe dan Kak Lin cairkan mentega dalam Periuk Letrik jer....huhuhuhu. Buat masa ni rumah Kak Lin tak ada dapur...Dapur yang baru 3 hari beli dah bermasalah pulak...dah tu kena hantar Kilang balik,  jadi kena tunggulah 2 atau 3 minggu baru boleh memasak....huhuhuhuhu...nak tukar yang lain tak boleh pulak...geram betullah dengan taukeh kedai tu.... 

KEK COKLAT BAKAR
Resepi : DayangJack
Dicuba Oleh :LinRosly



Bahan2:
100Gram Tepung Naik Sendiri
40Gram Serbuk Koko 
150Gram Gula Pasir *Kisar Halus
3Biji Telur * Great A
50Gram Mentega* Dicairkan
60Ml Susu cair
1Sudu Kecil Esen Vanilla
1Sudu kecil Ovallete


Cara2:-
Ayak Tepung Bersama Serbuk Koko. Panaskan Oven Pada Suhu 170C. Lengserkan Loyang Kek Dengan Mentega Dan Alaskan Dengan Baking Paper. Sapukan Lagi dengan Mentega Dan Taburkan Dengan Sedikit Tepung.

Satukan Gula, telur, Esen Vanilla, Ovalette Dan Susu Cair Di dalam Mangkuk Pengadun Dan Putarrr Hingga Gebu. Masukkan Tepung Sedikit Demi Sedikit Sambil Di Putar Perlahan Sehingga Sebati. Masukkan Mentega Cair Dan Kacau Perlahan Dengan Menggunakan Senduk Kayu Atau Spatula.

Tuangkan Adunan Ke Dalam Loyang  Dan bakar Selama 20-25 Minit (Bergantung Pada Suhu Oven Masing2). Setelah Masak, Keluarkan Terus Kek Dari Oven Dan Sejukkan Sebelum Dihiaskan Dengan Ganache / Topping Kesukaan. Kak Lin Tak Buat Topping.

Note:-
Kata DayangJack  : Kek Ini Sangat Sedap Di Makan Setelah Disimpan Semalaman. Tutup kemas Kek Ni Dengan Kertas Foil Atau Simpan Dalam bekas Yang Tertutup Untuk Mengekalkan Kelembapannya.   

Terima Kasih DayangJack.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...