02 Disember 2010

Sup Tulang Siam

Assalamualaikum :D
Setelah Kak Lin Penat Merayau Dari Satu Rumah Ke Satu Rumah Untuk Mencari Resepi Sup Tulang Siam. Akhirnya Kak Lin Bertemu Juga Resepi Sup Tulang Siam Di Rumah MAMASYA. Bertapa Gembiranya Kak Lin  Akhirnya Dapat Juga Kak Lin Mencari  Resepi Yang Di Idam-Idamkan Selama Ini. Abang Kak Lin Memang Suka Makan Sup Tulang Siam. Selalu Makan Kat Kedai Orang Thailand Yang Berniaga Disini.  Almaklumlah Isterinya Ni Tak Pandai Masak Masakan Siam...Hehehehehe....

Terima kasih MAMASYA Cayang Mama.... 
Muaaaaahhhhhh.... Muaaaahhhhhh....Muaaaahhhhh......


Bahan2:-
1 kg tulang biasa yg byk isi
200 gm daging campur
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 bungkus rempah bunjut sup tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8 
 garam secukup rasa
minyak untuk menumis 
 rempah penumis
daun sup dan daun bawang secukupnya


Cara2:-
Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa. (kak lin guna periuk biasa)

apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup. 

biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.

tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng dan tambahkan cili padi dan limau nipis jika suka rasa lebih pedas dan masam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...