08 Disember 2010

Daging Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum :D
Daging Masak Lemak Cili Padi....Menu Kak Lin Beberapa Hari Yang Lalu..... Kak Lin Tak Sempat Nak Klik..Klik...Klik Dan Terus Tayang Kat Blog.  Kena Tunggu Beberapa Hari Dulu Mengikut Giliran... Hehehehe 

Sebenarnya Resepi Ni Kak Lin Jumpa Dalam Blog Nuridah Sedap! Tapi Kalau Daging Tu Di Salai Lagi Ler Bertambah-Tambah Sedap....


Bahan2:-
½ Kg Daging Batang Pinang
2  Batang Serai
20 Biji Cili Padi
3 Biji Ubi Kentang
½ Inci Kunyit Hidup
2 Cawan Santan Pekat
1 Cawan Santan Cair
1 Helai Daun Kunyit
½ Cawan Air
 -  Garam Secukup Rasa



Cara2:-
Blend Cili Api,Kunyit Hidup Sehingga Halus.  Kemudian Masukkan Bahan Yang Telah Di Blend, Serai Yg Telah Dititik(Ditumbuk Sedikit)Kedalam Periuk. Masukkan Daging Dan Tambah Sedikit Air. Masak Sehingga Daging Empuk.

Jika Daging Telah Empuk Masukkan Santan Cair Dan Air Tadi. Kemudian Mskkan Ubi Kentang Dan Daun Kunyit.  Apabila Ubi Kentang Telah Empuk, Mskkan Santan Pekat Dan Garam.Tutup Api.

Cadangan Hidangan:-

Jika Hendak Pedas Dan Lebih Kick, Tambah Lebih Cili Api.
Ini Adalah Resepi Original Negeri Sembilan. Kalau Tak Nak Guna Ubi Kentang Boleh Guna Belimbing Buluh. Boleh Juga Kalau Nk Guna Dg Salai, Tetapi Kena Letak Belimbing Buluh Baru Power.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...