12 Disember 2011

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum :D
Hari Ini 12/12/2011 Genap Usia Mak Kak Lin Yang Ke 72 Tahun. Semoga Mak Di Panjangkan Usia, Diberikan Kesihatan Baik Senantiasa Di Dalam Rahmat Dan Hidayah ALLAH Hendaknya....Amin Ya Rob....

**SELAMAT HARI LAHIR MAK**

Buat Mu Ibu
Nyanyian : Aeman

Ibu Bergenang Air Mataku
Terbayang Wajahmu Yang Redup Sayu
Kudusnya Kasih Yang Engkau Hamparkan
Bagaikan Laut Yang Tak Bertepian

Biarpun Kepahitan Telah Engkau Rasakan
Tak Pula Kau Merasa Jemu
Mengasuh Dan Mendidik Kami Semua Anakmu
Dari Kecil Hingga Dewasa

Hidupmu Kau Korbankan
Biarpun Dirimu Yang Telah Terkorban
Tak Dapat Kubalasi Akan Semua Ini
Semoga Tuhan Memberkati Kehidupanmu Ibu

Ibu Kau Ampunilah Dosaku
Andainya Pernah Menghiris Hatimu
Restumu Yang Amatlah Aku Harapkan
Kerana Disitu Letak Syurgaku

Tabahnya Melayani Kenakalan Anakmu
Mengajarku Erti Kesabaran
Kau Bagai Pelita Di Kala Aku Kegelapan
Menyuluh Jalan Kehidupan

Kasihanilah Tuhan Ibu Yang Telah Melahirkan Diriku
Bagaikan Kasih Ibu Sewaktu Kecilku
Moga Bahgia Ibu Di Dunia Dan Di Akhirat Sana...

Kasih Sayangmu Sungguh Bernilai
Itulah Harta Yang Engkau Berikan
Ibu... Dengarlah Rintih Hatiku Untukmu Ibu


10 Disember 2011

Sotong Masak Kunyit

Assalamualaikum :D
Hari Ni Teringin Kak Lin Nak Postekan Sotong Masak Kunyit....Sedap Dan Amat Menyelerakan...Lagi Kalau Makan Dengan Nasi Panas...Ermmmm Pastinya Mandi Peluh!!!! Hehehehe....Kak Lin Masak Sotong Ni Minggu Lepas Tapi Tak Berkesempatan Nak Post Dan Duduk Lama Di Depan Laptop Ni....Almaklumlah Ada Banyak Urusan Lain Yang Patut Di Utamakan....

Minggu Depan Ni Kak Lin Mungkin Jarang Online Dan Menziarahi Blog Rakan-Rakan Yang Disayangi....Mulai Hari Khamis 15hb. Disember, 2011 Kak Lin Dah Mula Bercuti....Nak Pergi Makan Angin.....Kemudian Balik Dari Makan Angin Setelah Perut Kembung.....Nak Shopping Persiapan Anak-Anak Masuk Sekolah Pulak.....Pantasnya Masa Berlalu.....

SOTONG MASAK KUNYIT
Resepi : Chef Dino
Dicuba OlehLinRosly 


Bahan2:
500 Gram Sotong
5 Gram Kulit Kayu Manis
10 Gram Halba Campur
5 Gram Daun Kunyit
50 Gram Serbuk Kunyit
50 Gram Serbuk Cili* Kak Lin Guna Cili Kisar
-Sedikit Santan
-Minyak Untuk Menumis

Bahan Kisar:
5 Gram Bawang Putih
5 Gram Bawang Merah
5 Gram Halia
2 Batang Serai


Cara2:
Panaskan Minyak Masukan Kulit Kayu Manis. Masukkan Bahan Tumis Biar Sehingga Wangi. Masukkan Serbuk Kunyit, Serbuk Cili, Halba Campur, Daun Kunyit Dan Tunggu Sehingga Pecah Minyak.  Masukkan Sotong, Santan Dan Garam Secukup Rasa.  Biarkan Hingga Masak.


06 Disember 2011

Rebus Asam Ikan

Assalamualaikum :D
Atas Permintaan Rakan2 Yang Terdekat, Hari Ini Kak Lin Nak Tayang  Resepi REBUS ASAM IKAN Dari Resepi Mak Kak Lin...Untuk  Pengetahuan Kalian Masa Kak Lin Kecik-Kecik Dulu Mak Kak Lin Suka Masak Rebus Asam Ikan Sungai Dengan Nenas Sampai Sekarang Pun Dia Suka Masak Rebus2. Alhamdulilah Pada 12hb Disember 2011 Ni Usianya Genap 72 Tahun, Masih Sihat Dan Tiada Menghidapi Sebarang Penyakit Kronik. Setakat Demam2 Tu Biasalah.... Hari Ni Kak Lin Ganti Rebus Asam Ikan Sungai Kepada Ikan Tenggiri.

REBUS ASAM IKAN
Resepi: Mak
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:
4 Keping Ikan Tenggiri
1Sudu Asam Jawa *Kak Lin Guna Asam Jawa Adabi
1/2 Biji Nenas Sederhana Kecil
5 Tangkai Daun Kesum
1Ulas Bawang Putih *Dibelah 2

Bahan Kisar:
1/2 Inci Kunyit Hidup
5 Ulas Bawang Merah
4 Biji Lada Merah
5 Tangkai Cili Padi *Jika Nak Pedas
1 Inci Belacan


Cara2:
Ikan Di Bersihkan.  Masukkan Bahan Kisar, Bawang Putih, Nenas, Ikan, Asam Jawa Dan Garam Ke Dalam Periuk. Masak Hingga Mendidih Dan Masukkan Daun Kesum. Setelah Ikan Masak Bolehlah Di Hidangkan.


25 November 2011

Soto

Assalamualaikum :D
Sudah agak lama juga Kak Lin tidak membersihkan rumah Kak Lin ni daripada sesawang. Hari ni baru Kak Lin berupaya untuk mengemasnya... Maaflah pada semua rakan-rakan blog sebab dah lama Kak Lin tak bertandang kerumah kalian. Sebenarnya Kak Lin tak ada Laptop nak mengemas rumah Kak Lin ni.. Guna PC asyik berebut dengan Cik Abang....

Baru jer duduk dia dah tunggu kat belakang! Laptop dia anak dah bawa pergi belajar.  Laptop Kak Lin pulak dah rosak.  Beberapa minggu ni dapatlah beli Laptop baru. Ni yang dapat mengemas semula!. Jom! tengok apa pula selera Kak Lin kali ini:-

SOTO
Resepi : Norazlina Nordin
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan Kuah:
2-3 Rangka Ayam
10 Pasang Kaki Ayam-Di Potong Hujung
2 Keping Dada Ayam
3 Batang Serai* Di Titik
2.5 Sm Lengkuas* Di Titik
3.5 Liter Air
3 Sudu Besar Rempah Sup
1 ½ Sudu Besar Rempah Kurma

Bahan A:
1 Batang Kayu Manis
1 Kuntum Bunga Lawang
5 Kuntum Bunga Cengkih
3 Biji Buah Pelaga

Bahan Kisar:
1 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Merah Kecil
3 Ulas Bawang Putih
5 Sm Halia
1 Sudu Teh Lada Hitam
4 Biji Buah Keras
2.5 Sm Kunyit


Bahan Kicap:-
10-15 Biji Cili Padi
2 Ulas Bawang Putih
250 Ml Kicap Manis

Bahan Bergedel:-
500 GramUbi Kentang* Di Rebus, Kupas Dan Lecek
100 Gram Bawang Merah * Di Hiris, Goreng DanTumbuk
2 Sudu Besar Hirisan Daun Sup
2 Sudu Besar Hirisan Daun Bawang
2 Sudu Teh Serbuk Ketumbar
1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
2 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih
4 Biji Telur
Minyak Untuk Mengoreng
Garam Dan Serbuk Lada Sulah secukup Rasa

Bahan Sampingan:-
Nasi Impit
Bergedel
Kacang Tanah Goreng
Suun * Goreng Dalam Minyak Panas
Taugeh * Di Celur
Bawang Goreng
Hirisan Daun Sup Dan daun Bawang


Cara2:
Untuk Kuah: Panaskan Minyak Tumis Bahan A.  Apabila Naik Bau, Masukkan Bahan Kisar,  Kacau Sehingga Terbit Minyak. Masukkan Rempah Sup Dan Rempah Kurma, Dada, Kaki Dan Rangka Ayam, Serai, Lengkuas. Bila Mendidih, Perlahankan Api Dan Renihkan Selama 45 Minit.

Keluarkan Dada Ayam, Siat Isinya. Ketepikan Kaki Dan Rangka Ayam. Untuk Bergedel: Satukan Semua Bahan, Bentukkan Bebola Dan Leperkan Sedikit, Celup Di Dalam Telur Dan Goreng Keemasan. Untuk Kicap: Tumbuk Cili Padi Dan Bawang Putih, Campurkan Dengan Kicap. Untuk Menghidang: Letak Nasi Impit Di Dalam Mangkuk. Bubuh Bahan Sampingan. Tuangkan Kuah Soto.


11 September 2011

Biskut Raya 2011

Assalamualaikum :D
Biskut Tiga Serangkai Dan Biskut Bunga Tanjug Ini Adalah Resepi Daripada Mak Kak Lin Tersayang.  Kira Jenis Biskut Dulu-Dululah... Yang Pernah Mak Kak Lin Belajar.  Dah Hampir 10 Tahun Mak Tak Pernah Buat Biskut Ni...Tapi Oleh Kerana Anak Sulong Kak Lin Teringin Nak Makan Biskut Ini, Maka Tahun Ni Kak Lin Pulak Yang Mencubanya Dengan Tunjuk Ajar Mak. Hehehhe....Terima Kasih Mak!

Biskut Sarang Semut, Resepi Daripada Sepupu Kak Lin.  Cornflakes Madu Pula Resepi Daripada Rinnchan Fotopages Manaka Biskut Keracis Adalah Resepi Kak Lin Yang Terdahulu Yang Mana Satu Hari Raya Pasti Dah Habis!!

BISKUT TIGA SERANGKAI
Resepi : Mak 
Sumber : LinRosly

Bahan:-
1 Biji Telur
1¼ Cawan Gula
1½ Cawan Mentega
5 Cawan Tepung Gandum
Sedikit Serbuk Vandili
Manik Untuk Hiasan

Cara2:-
1. Pukul Mentega Dan Gula Hingga Kembang. 
2. Masukkan Telur Dan Vandili. Kacau Rata
3. Masukkan Pula Tepung Gandum Sedikit Demi Sedikit.
4. Uli Hingga Menjadi Doh Yang Lembut
5. Bagi Kepada 2 Bahagian. Satu Bahagian Di Campur Pewarna Merah.
6. Tekan Dengan Acuan. 


BISKUT BUNGA TANJUNG
Resepi : Mak 
Sumber: LinRosly

Bahan:-
2 Biji Kuning Telur
1 Cawan Gula Halus
1 Cawan Marjerin
2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Tepung Jagung
-  Sedikit Esen Pisang

Cara:-
1. Pukul Marjerin Dan Gula Hingga Kembang.
2. Masukkan Kuning Telur Dan Esen Pisang.  Kacau Rata.
3. Masukkan Tepung Gandum Dan Tepung Jagung Sedikit Demi Sedikit.
4. Uli Hingga Menjadi Doh Yang Lembut.
5. Tekan Menggunakan Acuan Dan Bakar.

BISKUT SARANG SEMUT
Resepi : Puan Khalijah  
Sumber: LinRosly

Bahan:-
1 Cawan Gula Halus
1 Cawan Marjerin
2 Cawan Tepung Jagung
1 ½ Cawan Tepung Kastad
1 Cawan Tepung Gandum
3 Biji Kuning Telur
1 Cawan Susu Tepung
- Coklat Urai Secukupnya
- Mangkuk Kertas

Cara:-
1.Gula Dan Marjerin Di Kacau Sampai Rata.
2. Masukkan Kuning Telur. Kacau Lagi Sampai Rata
3. Masukkan Kesemua Tepung Tadi Sedikit Demi Sedikit
4. Masukkan Pula Susu Tepung
5. Uli Hingga Sebati Dan Parut Dalam Mangkuk Kertas.
6. Tabur Coklat Rice Dan Bakar.


CORNFLAKES MADU
Resepi : Rinnchan Fotopages  
Sumber: LinRosly

Bahan:-
325gm Nestle Cornfalke 
250gm Butter
4 Senduk Besar Madu
2 Senduk Besar Bijan
2 Senduk Besar Buah2 Campuran Kering – Tak Bubuh
1 Senduk Almond Cincang – Tak Bubuh
- Coklat Urai Warna Warni – Kak Lin Tambah

Cara:-
1. Cairkan Butter Dalam Periuk. Tak Perlu Sampai Jadi Minyak.
2. Masukkan Madu. Kacau Hingga Rata.
3. Masukkan Cornflake, Buah2 Campuran, Bijan Dan Almond Cincang. Kacau Rata.
4. Sudukan Ke Dalam Papercups Pilihan Dan Bakar Pada Suhu 150 Drj Selama 10min - 15min. Jangan Terlalu Lama Nanti Hangus Pulak. 
 5. Sejukkan Dulu Baru Simpan Dalam Bekas Kedap Udara.


BISKUT KERACIS
Resepi : LinRosly

Bahan:-
8  Cawan Cornflake
1  Cawan Gula Pasir
1  Cawan Kelapa Tin
4  Biji Putih Telor - Great A
1  Cawan Kacang Tanah – Di Panggang Di Gelek Diatas Papan Pengelek
 - Ceri Secukupnya

Cara:-
A. Putih Telor Di Pukul Sehingga Kembang Sambil Di Masukkan Gula Pasir Sedikit Demi Sedikit. Bila Pekat Dan Agak Keras Biarkan Dahulu.


B. Cornflake Di Ramas Dan Digaulkan Bersama-sama Dengan Kacang Tanah Dan Kelapa Tin.  Kemudian Masukkan Bahan (A) Tadi Separuh Daripadanya Dan Gaulkan Sampai Bahan-Bahan Ini Agak Basah.  Jikalau Kurang Basah Tambahkan Lagi Dengan
Putih Telor Yang Di Pukul Tadi.


C. Cedok Dengan Secop Susu Tepung, Kemudian Di Tekan-Tekan Dengan Garpu Sehingga Nipis. Bubuh Ceri Diatasnya Dan Di Bakar Didalam Ketuhar Yang Telah Di
Panaskan.


08 Ogos 2011

Asam Pedas Ikan Sembilang

Assalamualaikum :D
Sebenarnya Asam Pedas Ikan Sembilang Ni Memang Kegemaran Suami Dan Anak-Anak Kak Lin. Al-maklumlah Suami Kak Lin Orang Muar...Di Muar Sememangnya Terkenal Dengan Masakan Asam Pedas Ikan Sembilang Terutamanya Di Kawasan Parit Jawa Dan Jalan Jonet.  Biasanya Dalam Asam Pedas Tersebut Mereka Bubuh Kelapa Bakar, Tu Yang Ada Rasa Lemak2. Resepi Yang Kak Lin Masak Ni Lebih Kurang Jerlah Cuma Tak Bubuh Kelapa Bakar....Yang Penting Bila Suami Dan Anak-Anak Makan Habis Licin...Kira Sedaplah Tu!

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Bahan:-
2 Ekor Ikan Sembilang
20 Tangkai Cili Kering
5 Ulas Bawang Kecil
1 Labu Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
1 Inci Kunyit Hidup
1 Mangkuk Air Asam Jawa
2 Ikat Daun Kesum
2 Biji Buah Tomato
2 Mangkuk Air * Tambah Jika Tak Mencukupi
1 Sudu Kecil Gula
Sedikit Belacan
Garam Secukup Rasa


ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Cara:-
Ikan Sembilang Di Bersihkan Kemudian Di Perap Sebentar Dengan  Asam Jawa/ Perahan Limau Dan Garam. Kemudian  Di Basuh Bersih. Kisar Cili Kering, Bawang Kecil, Bawang Besar, Bawang Putih, Halia, Kunyit Dan Belacan.

Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Kisar Hingga Naik Baunya.  Masukkan  Garam, Gula, Air Asam Jawa Dan Tambah Air. Biarkan Mendidih. Masukkan Pula Ikan, Daun Kesum Dan Buah Tomato. Bila Ikan Telah Masak Bolehlah Di Hidangkan.


05 Ogos 2011

Ondeh-Ondeh Keledek "MamaFami"

Assalamualaikum :D
Hari Ini Kak Lin Nak Tayang Ondeh-Ondeh Keledek Resepi Dari MamaFami. Kak Lin Cari Keledek Merah/Orange Tapi Tak Jumpa, Kak Lin Beli Keledek Putih... Putih Pun Putihlah Janji Ada Rasa Keledek..... Inilah Dia Hasilnya. Tapi Taklah Secantik Yang Sifu Buat...Hehehehe

ONDEH-ONDEH KELEDEK
Sumber : MamaFami 
Dicuba Oleh: LinRosly



Bahan:-
2 Buku Ubi Keledek
Garam Secukup Rasa
Tepung Beras Pulut Secukupnya

Inti:-
Sekeping Gula Merah-Di Potong Dadu

Hiasan:-
Kelapa Parut Putih
Secubit Garam

Cara:-
Bersihkan Ubi Keledek Dan Dipotong Dadu. Letakkan Dalam Seperiuk Air. Tambah Garam Secukup Rasa. Rebus Sehingga Keledek Lembut. Tapiskan. Setelah Sejuk Lecek Keledek Sambil Masukkan Tepung Beras Sedikit Demi Sedikit Hingga Menjadi Doh Yang Lembut.

Kelapa Parut Di Campur Dengan Garam Kemudian Kukus Selama Kira-Kira 2 Hingga 3 Minit. Ambil Sedikit Dot Dan Letak Ditapak Tangan Letakkan Sekeping Gula Kelapa Ditengah-Tengah Dan Tutup Dengan Doh. Bulat-Bulatkan Seperti  Bola Dan Ulangi Hingga Adunan Habis.

Didihkan  Seperiuk Air Kemudian Masukkan Ondeh-Ondeh. Apabila Ondeh-Ondeh Telah Terapung Angkat Dan Golekkan Diatas Kelapa Tadi.


30 Julai 2011

Daging Halia

Assalamualaikum :D
Hari Ni Kak Lin Masak Daging Halia Untuk Anak-Anak Kak Lin. Resepi Dari Buku 1 Hari 1 Resepi. Sedap3 Anak-Anak Suka Makan. Alhamdulilah Sekali Makan Habis Licin....Hehehehe...

DAGING HALIA
Resepi : Chef Hanieliza
Dicuba Oleh: LinRosly




BahanA
500Gram Daging
1/2Cawan Air
2Sudu Makan Sos Tiram
1Sudu Teh Tepung Jagung
(Dibancuh Dengan 1 Cawan Air)
1Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
1Pokok Daun Bawang - Kak Lin Tak Bubuh
1Biji Tomato - Dipotong 4
3Biji Cili Merah - Dihiris
2Sudu Makan Minyak Masak
Garam - Jika Perlu

BahanB
5Inci Halia - Dihiris
3Biji Bawang Merah - Dihiris
3Ulas Bawang Putih - Dihiris



Cara:-
1.Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Yang Dihiris Hingga Layu
2.Masukkan Daging Dan Air. Masak Sehingga Daging Lembut
3.Masukkan Bancuhan Tepung Jagung, Lada Hitam Dan Sos Tiram. 
4.Masak Sehingga Pekat.
5.Masukkan Tomato, Cili Merah dan daun Bawang.
6.Sedia Untuk Di Hidang.


21 Julai 2011

Selamat Hari Lahir Kak Lin

Assalamualaikum :D
Hari ini adalah hari lahir Kak Lin. Terima kasih pada suami Kak Lin yang tercinta, anak-anak tersayang dan pada semua adik-adik ipar, anak-anak saudara dan sahabat-sahabat Kak Lin yang dikasihi yang telah mendoakan Kak Lin dan mengucapkan "SELAMT HARI LAHIR" buat Kak Lin di Facebook mahupun melalui sms.

Semoga kalian semua juga beroleh kebahagian dan senantiasa di dalam rahmat dan hidayah Allah hendaknya...Ameen...


DOA DIPANJANGKAN UMUR, SIHAT BADAN DAN TETAPKAN IMAN
**********************************************************************


Bismillahirrahmanirrahim


Allahuma thawwil a'maaranaa washahhiih ajsaadanaa wanawwir quluubanaa watsabbit iimaananaa wa-ahsin a'maalanaa wawassi 'arzazqanaa wa'anisysyarri ab' idnaa waqdlihawaa-ijanaa fiddiini waddunyaa wal-aakhirati innaka 'alaa kulli syai-in qadiirun.


Ertinya:-


"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah badan kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkan kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia dan akhirat.  Sesungguhnya engkau maha kuasa atas tiap2 sesuatu.

Hikmahnya:-

Agar kita mendapatkan keampunan dari Allah s.w.t dan dipanjangkan umur kita, serta disihatkan keadaan tubuh kita, dan dikuatkan iman kita. Allah s.w.t akan memudahkan rezeki kita dalam hidup ini, Allah akan jauhkan kita dari sifat-sifat tercela dan nista yang akan mengurangi iman kita. Agar hajat kita akan selalu dipenuhi oleh Allah s.w.t. Agar lebih banyak mengejakan amal ibdat dan amal soleh. Akan dijauhkan dari segala musibah dan bencana.

Ameen...

20 Julai 2011

Ayam Tiga Rasa Syg

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Ayam Tiga Rasa Sayang. Resepi daripada Mesra. Net. Sedap rasanya,  tapi maaflah gambar tak secantik rasanya sebab guna kamera handphone.

AYAM TIGA RASA SAYANG
Resepi : Mesra.Net 
Sumber : LinRosly
Bahan2:-
½ Ekor Ayam
1 Biji Bawang Besar
3 Ulas Bawang Merah Kecil
4 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
1 Batang Serai
½ Cawan Air
2 Sudu Makan Cili Kisar
1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
2 Sudu Makan Serbuk Kari Baba’s – Kak Lin Guna Serbuk Kari Rajas
2 Sudu Makan Sos Tiram
2 Sudu Makan Kicap Manis
2 Biji Buah Tomato
- Garam Dan Bahan Perasa Secukupnya


Cara2:-
1. Bawang Besar, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia Dan Serai Di Hiris.
2. Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan-Bahan Yang Dihiris Sehingga Naik Baunya.
3. Masukkan Cili Kisar, Serbuk Kunyit, Serbuk Kari, Sos Tiram Dan Kicap Manis.
4. Gaul Sampai Terbit Minyak.
5. Kemudian Masukkan Ayam, Air, Garam Dab Bahan Perasa.
6. Setelah Ayam Hampir Masak Masukkan Pula Buah Tomato Dan Hidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...