Assalamualaikum :D
Biskut Tiga Serangkai Dan Biskut Bunga Tanjug Ini Adalah Resepi Daripada Mak Kak Lin Tersayang. Kira Jenis Biskut Dulu-Dululah... Yang Pernah Mak Kak Lin Belajar. Dah Hampir 10 Tahun Mak Tak Pernah Buat Biskut Ni...Tapi Oleh Kerana Anak Sulong Kak Lin Teringin Nak Makan Biskut Ini, Maka Tahun Ni Kak Lin Pulak Yang Mencubanya Dengan Tunjuk Ajar Mak. Hehehhe....Terima Kasih Mak!
Biskut Sarang Semut, Resepi Daripada Sepupu Kak Lin. Cornflakes Madu Pula Resepi Daripada Rinnchan Fotopages Manaka Biskut Keracis Adalah Resepi Kak Lin Yang Terdahulu Yang Mana Satu Hari Raya Pasti Dah Habis!!
BISKUT TIGA SERANGKAI
Bahan:-
1 Biji Telur
1¼ Cawan Gula
1½ Cawan Mentega
5 Cawan Tepung Gandum
Sedikit Serbuk Vandili
Manik Untuk Hiasan
Cara2:-
1. Pukul Mentega Dan Gula Hingga Kembang.
2. Masukkan Telur Dan Vandili. Kacau Rata
3. Masukkan Pula Tepung Gandum Sedikit Demi Sedikit.
4. Uli Hingga Menjadi Doh Yang Lembut
5. Bagi Kepada 2 Bahagian. Satu Bahagian Di Campur Pewarna Merah.
6. Tekan Dengan Acuan.
BISKUT BUNGA TANJUNG
Resepi : Mak
Sumber: LinRosly
Sumber: LinRosly
Bahan:-
2 Biji Kuning Telur
1 Cawan Gula Halus
1 Cawan Marjerin
2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Tepung Jagung
- Sedikit Esen Pisang
Cara:-
1. Pukul Marjerin Dan Gula Hingga Kembang.
2. Masukkan Kuning Telur Dan Esen Pisang. Kacau Rata.
3. Masukkan Tepung Gandum Dan Tepung Jagung Sedikit Demi Sedikit.
4. Uli Hingga Menjadi Doh Yang Lembut.
5. Tekan Menggunakan Acuan Dan Bakar.
BISKUT SARANG SEMUT
Bahan:-
1 Cawan Gula Halus
1 Cawan Marjerin
2 Cawan Tepung Jagung
1 ½ Cawan Tepung Kastad
1 Cawan Tepung Gandum
3 Biji Kuning Telur
1 Cawan Susu Tepung
- Coklat Urai Secukupnya
- Mangkuk Kertas
Cara:-
1.Gula Dan Marjerin Di Kacau Sampai Rata.
2. Masukkan Kuning Telur. Kacau Lagi Sampai Rata
3. Masukkan Kesemua Tepung Tadi Sedikit Demi Sedikit
4. Masukkan Pula Susu Tepung
5. Uli Hingga Sebati Dan Parut Dalam Mangkuk Kertas.
6. Tabur Coklat Rice Dan Bakar.
CORNFLAKES MADU
Bahan:-
325gm Nestle Cornfalke
250gm Butter
4 Senduk Besar Madu
2 Senduk Besar Bijan
2 Senduk Besar Buah2 Campuran Kering – Tak Bubuh
1 Senduk Almond Cincang – Tak Bubuh
- Coklat Urai Warna Warni – Kak Lin Tambah
Cara:-
1. Cairkan Butter Dalam Periuk. Tak Perlu Sampai Jadi Minyak.
2. Masukkan Madu. Kacau Hingga Rata.
3. Masukkan Cornflake, Buah2 Campuran, Bijan Dan Almond Cincang. Kacau Rata.
4. Sudukan Ke Dalam Papercups Pilihan Dan Bakar Pada Suhu 150 Drj Selama 10min - 15min. Jangan Terlalu Lama Nanti Hangus Pulak.
5. Sejukkan Dulu Baru Simpan Dalam Bekas Kedap Udara.
BISKUT KERACIS
Resepi : LinRosly
Bahan:-
8 Cawan Cornflake
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Kelapa Tin
4 Biji Putih Telor - Great A
1 Cawan Kacang Tanah – Di Panggang Di Gelek Diatas Papan Pengelek
Cara:-
A. Putih Telor Di Pukul Sehingga Kembang Sambil Di Masukkan Gula Pasir Sedikit Demi Sedikit. Bila Pekat Dan Agak Keras Biarkan Dahulu.
B. Cornflake Di Ramas Dan Digaulkan Bersama-sama Dengan Kacang Tanah Dan Kelapa Tin. Kemudian Masukkan Bahan (A) Tadi Separuh Daripadanya Dan Gaulkan Sampai Bahan-Bahan Ini Agak Basah. Jikalau Kurang Basah Tambahkan Lagi Dengan
Putih Telor Yang Di Pukul Tadi.
C. Cedok Dengan Secop Susu Tepung, Kemudian Di Tekan-Tekan Dengan Garpu Sehingga Nipis. Bubuh Ceri Diatasnya Dan Di Bakar Didalam Ketuhar Yang Telah Di
Panaskan.
Assalam lin, semua nampak sedap biskut raya, rajinnya mengukis
BalasPadambiskut dulu2 ni selalunya mengundag nostalgia.
BalasPadamaslmkum lin.. cantk2 biskut lin.. selamat hr raya maaf zahir n batin yer..
BalasPadamSelamat hari raya kak lin wah cantik2 biskut akak
BalasPadamAsslamualaikum Lin, lama tak datang sini, masih ada kuih raya ke.... tengok biskut di atas tu teringat dulu2 selalu tolong mak buat... selamat hari raya Lin...maaaf zahir & batin.
BalasPadamKak Rosliza :-
BalasPadamWalaikumsalam. Masa Tu Anak Bujang Lin Ada Kat Rumah..Dia Yg Byk Tolong..
Yan:-
BalasPadamBetul3 Mmg Mengundang Nostalgia...Tahun Ni Membangkitkan Lagi Kenangan Lama...Hehehehe
DZana:-
BalasPadamWalaikumsalam. Tak Secantik Mana Pun. Biasa2 Jer..Maaf Zahir Batin Juga Dari Lin Sekeluarga.
Chik Mimi:-
BalasPadamSelamat Hari Raya Juga Daripada Akak. Maaf Zahir Batin...Biasa2 Jer Tak Secantik Mana Pun..
Amie:-
BalasPadamWalaikumsalam. Dah Lama Ambil Gambar Tapi Tak Sempat Nak Post. Ni Ler Baru Berkesempatan..
Selama Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Lin, macam sedap jek biskut keracis tuh...letak cis ke x? Hahhaaa...asal dgr cis jek, igt ada cheese eh.. Apasai ko baru tayang, ada lg ke tak ntah tu...meh kirim sini sikit...nak beraya rumah ko ntah bila laaa..huhu
BalasPadamKak Ummi:-
BalasPadamTak Letak Cis...Nama Jer...Itu Hari Tak Sempat Nak Tayang!...
Segamat - Kuantan Bukan Jauh Pun!..Jomlah Datang Sini...
Assalamualaikum Kak Lin,
BalasPadamwaduh tergoda tngk biskut raya yg akak buat...menarik sungguh...ada lagi ke, nak dtng beraya ni..hehehehe...Slmt Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat akak sekeluarga..
assalamualaikum
BalasPadamkak lin ku sayang, ayu singgah malam2 nie..
kak... selain rindu.. terkejut dengan penampilan blog kak yang baru.. cun sangat2..
dan.. resepi biskut raya tradisional mmg kena syer bersama2..agar anak2 kita dapat sama2 membuatnya..
agar tak hilang dik zaman..
kak...
hasil tanganmu mantoppppppppp..cun..
suka ayu belek2 gambar biskut diatas
Yatie > Walaikumsalam
BalasPadamRaya Dah Habis Baru Dapat Reply...Hahahaha.. Biskut Biasa Jer Ni...Biskut Zaman Dulu2..
Silalah Dtg Rumah...Rumah Kak Lin Senantiasa Terbuka Tak Kira Raya Atau Tidak..
Citarasa Rinduan > Walaikumsalam.
BalasPadamBlog Ni Biasa Jer Ayu, Tak Cun Mana Pun..Anak2 Mmg Suka Biskut2 Mcm Ni...Cantik Dia Org Kata..
Terima kasih SbbAyu Suka Tgk Biskut Kak Lin Ni...
Assalammualaikum Kak lin.. dah lame sy cari resepi biskut dolu2 ni.. mohon share yer. Halalkan sy copy untuk berniaga yer.
BalasPadamcliquez ici maintenant répliques de sacs à main Ysl meilleur site sacs de répliques de Chine rapport complet Dolabuy Chloe
BalasPadamcheap jordan shoes
BalasPadamfear of god essentials hoodie
supreme
hermes bag outlet
palm angels
supreme new york
kyrie spongebob
yeezy 350
jordan shoes
air jordan travis scott