Hari ni pula Kak Lin nak kongsi resepi Kek Sarang Lebah. Kak Lin ambil resepi ini daripada Majalah Rasa 2012 buat kali pertama tak menjadi tapi buat kali kedua dengan kerjasama jiran Kak Lin yang dah biasa membuat kuih2 jual akhirnya menjadi juga Kek Sarang Lebah Kak Lin ni.... Terima kasih "Puan Sapura".
Puan Sapura ni seorang jiran yang baik, dia adalah seorang oku dan punya 2 orang cahaya mata yang masih kecil. Tugasnya hari2 buat kuih untuk dihantar ke kantin Kilang di sekitar daerah Batu Pahat. Tapi yang sedihnya sekarang ni beliau menghidapi ketumbuhan di payu dara dan pada 27/08/2012 beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut....setelah ketumbuhan tersebut dibuang dan diuji di makmal barulah Doctor tahu yang ketumbuhan tersebut adalah barah. Pada 5/11/2012 yang akan datang beliau dikehendaki menjalani sekali lagi pembedahan untuk membuang semua letumbuhan tersebut.
Kenapalah Doctor tak dapat kesan lebih awal yang ketumbuhan tersebut adalah barah...kalau tidak dia hanya menjalani sekali pembedahan sahaja tidaklah sampai 2 kali pembedahan. Sedih dan kasihan Kak Lin melihatkan penderitaannya. Kak Lin doakan beliau dipanjangkan usia, semoga selamat menjalani pembedahan, dan senantiasa di dalam rahmat dan hidayah ALLAH hendaknya...Ameen...
KEK SARANG LEBAH
Sumber : Majalah Rasa 2012
Dicuba Oleh : LinRosly
Bahan Karamel:-
1 cawan gula
1 cawan air
Cara:-
Gula dimasak hingga menjadi kekuningan atau coklat sedikit. Jangan sampai hangus. Kemudian curah air perlahan-lahan. Kacau sehingga rata. Setelah rata tutup api dan biarkan sejuk.
Bahan2:-
2 sudu besar mentega*Kak Lin lebihkan sedikit 2 1/2 sudu
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis
5 biji telur *Kak Lin guna gred C
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat* diayak
Cara:-
1. Pukul mentega dan esen vanila hingga kembang sedikit dengan menggunakan spatula.
2. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
3. Masukkan sebiji telur, kacau rata dan masukkan sebiji lagi kacau rata ulangi hingga habis.
4. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak sekali. Kaup balikkan biar rata.
5. Setelah adunan rata masukkan pula karamel, kacau perlahan hingga bergaul rata. Kalau adunan cair tambah sedikit tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi pekat sedikit.