Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan

22 Mac 2012

Sambal Ponorogo

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Sambal Ponorogo. Kak Lin belajar memasak resepi ini dengan arwah Embah (Nenek suami Kak Lin) semasa Kak Lin pergi menunaikan fardhu haji bersama-sama dengan arwah dalam tahun 1989.  Masa tu kita boleh masak sendiri dibilik hotel dan dibenarkan membawa dapur dan barang-barang kering seperti bawang, kentang, ikan bilis dan lain-lain.  Sekarang ni kalau kita pergi kesana semua telah disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jadi dah tak perlu nak masak2 lagi...

Sambal Ponorogo ini sedap dimakan bersama lempeng, nasi dan bubur.  Senang dan mudah untuk memasaknya....

SAMBAL PONOROGO
Resepi Asal : LinRosly


Bahan2:-
2 Biji Kentang -dibelah 4 dipotong2
2 Biji Bawang Besar -dihiris
2 Ulas Bawang Putih -dihiris
3 Biji Lada Merah -dihiris
2 Biji Lada Hijau -dihiris 
5 Biji Cili Padi -dihiris
1 Biji Buah Tomato -dibelah 4
50 Gram Ikan Bilis
1/4 Keping Belacan *
1/2 Mangkuk Air Asam Jawa* diramas sekali
- Sedikit Gula - ikut rasa
- Sedikit Garam - ikut rasa
- Sedikit Minyak


Cara2:
1. Panaskan Minyak Masukkan Ikan Bilis Dan Kentang. Goreng Sehingga Ikan Bilis Kekuningan.
2. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih, Lada Merah, Lada Hijau, Cili Padi, Buah Tomato Dan Belacan Yang Telah Di Ramas Bersama Air Asam Jawa.
3. Masak Sehingga Agak Pekat Dan Berkuah.
4. Rasa Gula Dan Garam (Kalau Dah Masin Jangan Bubuh Garam) 


30 November 2010

Tempe Goreng




Assalamualaikum :D
Inilah Resepi Kak Lin Yang Paling Rajin!!!!...Hehehehehe.... Bila Kak Lin Masak Tempe Goreng Ni Teringat Pada Arwah Mak Mertua Kak Lin.... Ini Adalah Salah Satu Makanan Kegemarannya.....Sekarang Ni Anak Kak Lin Yang Bongsu Suka Sangat Makan Tempe Goreng Dengan Sambal Kicap....

AL-FITHAH Untuk Mak Mertuaku Tersayang.....Tiga Tahun Telah Berlalu Namun Kenangan Manis Bersama Mu Tetap Mekar Di Hati Ini. 


Bahan2:-
5 keping tempe – di kerat dua
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci kunyit hidup
 sedikit air
 sedikit garam
 sedikit gula
  
Cara2:- 
Tumbuk kunyit, bawang putih dan ketumbar.  Masukkan sedikit garam dan gula kemudian tumbuk lagi. Masukkan sedikit air.
Gaulkan tempe dengan bahan-bahan yang di tumbuk tadi kemudian goreng




Bahan utk sambal kicap:-
10 biji cili padi
1 biji bawang putih
- kicap manis
- sedikit gula
  
Cara2:-
Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kemudian masukkan kicap manis dan gula.

12 Oktober 2010

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum :D
Sambal Udang Ni Salah Satu Makanan Kegemaran Anak Bongsu Kak Lin. Bila Cuti Sekolah Pasti Inilah Salah Satu Menu Yang Dia Suruh Kak Lin Masak. 


Bahan2:-
500 Gram Udang
3 Keping Petai
6 Biji Bawang Kecil
1 Biji Bawang Putih
1 Senduk Cili Kisar
Sedikit Belacan
Sedikit Air Asam Jawa
Garam Dan Gula Mengikut Rasa


Cara2:-
Udang Di Bersihkan.   Petai Di Buang Kulitnya. Kisar Bawang Kecil, Belacan Dan Bawang Putih. Tumis Cili Kisar Kemudian Masukkan Bawang Yang Telah Dikisar. Masukkan Gula Dan Garam.  Biar Sehingga Kering Sedikit Kemudian Masukkan Udang Dan Air Asam Jawa. Biarkan Mendidih.  Akhir Sekali Masukkan Petai.


23 September 2010

Sambal Kacang Kerisik

Assalamualaikum :D
Sambal kacang ni sedap rasanya tapi sedap lagi Sambal Kacang mak Kak Lin....hehehehe selera masing2 kadang2 masakan kita ni rasa sedap kadang2 tak sedap...ikut air tangan masing2 jangan pulak dibubuh air tangan kat dalam masakan tu yer....

SAMBAL KACANG KERISIK
Sumber: Nur Fatihah Murthi
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:-
600 Gram Kacang Tanah – Di Tumbuk
2 Cawan Gula Pasir
1 Mangkuk Cili Kisar
1 Biji Kelapa Parut – Si Buat Kerisik
Sedikit Garam Dan Asam

Bahan Giling:-
2.5 Cm Lengkuas
1.2 Cm Belacan
10 Ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
6 Batang Serai


Cara2:-
Panaskan Minyak, Tumis Bahan Giling Kemudian Masukkan Cili Kisar.  Masukkan Gula, Air Asam Dan Garam.  Kacau Supaya Tidak Melekat. Akhir  Sekali Masukkan Pula Kacang Tumbuk Dan Kerisik.  Bila Telah Masak Bolehlah Diangkat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...